CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7498|Reply: 26

‘Kenderaan NGV umpama bom’

[Copy link]
Post time 11-7-2009 07:26 PM | Show all posts |Read mode
‘Kenderaan NGV umpama bom’

KERETA menggunakan NGV ini meletup di sebuah stesen minyak di Cheras tahun lalu, mujur pemandunya terselamat kerana berada di hadapan kenderaan itu sewaktu kejadian.

PETALING JAYA – Beribu-ribu kereta di jalan raya yang menggunakan gas asli sebagai bahan api diibaratkan seperti ‘peluru berpandu bergerak dengan bom’, menurut Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM).

Setiausaha Agung persatuan itu, S. Piarapakaran berkata, kereta berkenaan diibaratkan seperti itu kerana pemilik kenderaan tersebut menggunakan bengkel-bengkel haram dan membiarkan mekanik yang tidak berkelayakan untuk memasang tangki gas berkenaan di kereta mereka.

Beliau berkata, penyelidikan WECAM menunjukkan bahawa hanya untuk menjimatkan beberapa ringgit, pemilik sanggup mengabaikan aspek keselamatan dengan menggunakan bahan dan hasil kerja yang tidak baik untuk dipasang di kereta mereka dengan tangki gas asli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2009 08:42 PM | Show all posts


kaboom
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 08:48 PM | Show all posts

tebabooooooo














kalau pakai arang batu atau reaktor janaan uranium, musti tak meletup macam gambar kat atas sana.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 09:17 PM | Show all posts
ngerinyer .....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 11:47 PM | Show all posts
guna tong gas masak, mmg la molotop..
pepandai mod sundrik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 12:12 AM | Show all posts
Tengok gambar tong gas memasak yg meletup.....tong ngv kat belakang tu elok sihat walfiat je aku nengok.....cuba korang tgj betul2.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2009 12:10 PM | Show all posts
Rasenye yang van meletup tu sebab dia isi gas NGV dalam tong LPG tu, itu untuk spare dia... Tapi yang spare tu meletup, yang tak spare tak meletup pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 03:50 PM | Show all posts
NGV lebih selamat daripada petrol, diesel

Oleh HISHAM IDRIS
[email protected]



KERATAN Kosmo! 11 Julai 2009.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Jika Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) menyifatkan kenderaan gas asli (NGV) seperti 'peluru berpandu bergerak dengan bom', persatuan pengguna gas itu pula bangkit dengan dakwaan bahawa kenderaan mereka lebih selamat berbanding petrol atau diesel.

Malah, jika berlaku insiden tong NGV bocor, tidak akan berlaku letupan kerana gas itu lebih mudah meresap ke udara pada waktu kemalangan.

Presiden Persatuan NGV Malaysia (Mangva), M. Suaparmanyam berkata, WECAM cuba memesongkan tanggapan umum dengan memberikan fakta yang bukan sahaja tidak tepat tetapi menakutkan orang ramai.

Katanya, tangki silinder NGV bukan jenis mudah bocor dan meletup seperti tong gas memasak.

"Tangki silinder NGV tahan sehingga 15 tahun sebelum ditukar baru," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas amaran WECAM Sabtu lalu mengenai risiko kenderaan yang menggunakan tong NGV yang dipasang di bengkel-bengkel tidak bertauliah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2009 08:52 AM | Show all posts
ni bodoh bangangnye org m'sia ......... main tangkap muat je. Nak buat sesuatu perkara tu dgn takde ilmu, last2 menyusahkan diri sendri & org lain plak.

pd yg nak pasang ngv .... baik gi pusat pemasangan yg bertauliah & guna tong serta equipment lain yg mengikut piawaian yg ditetapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 10:52 AM | Show all posts
9# waksir

masa kecik2 dulu main belerang bunga api masuk dalam ariel atau besi tingkap nako..
dah beso nie main ngv masuk dalam tong gas lakkk.. nak tgk mana lebih kabbboooommmm....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 04:02 PM | Show all posts
hehe...malaysia...seme boleh....
tu tak kira forklift yg pkai tong LPG lg..berlambak kat kaw industri
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 05:22 PM | Show all posts
Ngerinya....pasal nak jimat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 08:59 PM | Show all posts
NGV sebenarnya sangat selamat kalau dibandingkan dgn petrol... yang buatkan NGV jadi tak selamat ialah melaon2 yang memandai2 pakai tong gas memasak buat tong NGV padahal tong gas memasak tu tekanan dalam dier rendah jer... tapi tekanan dalam tong NGV lak tinggi. Sebab tu la takleh memandai2 pakai tong gas memasak buat tong NGV.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 09:37 PM | Show all posts
13# Squall-Leonhart

aku setuju.. tapi tu la tahap cipan tul kekreatifan rakyat malaysia nie.. ada je idea camni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 09:37 AM | Show all posts
better stickthe car to original specs..kalau dah petrol tu petrol jela..xyah nak add on lg..lgpun bila2 masa je subsidi NGV ni leh tarik balik... time tu rasainla regenya sama mcm petrol gak!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 10:01 AM | Show all posts
huh ngeri aku tgk gambar kat atas tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 11:06 AM | Show all posts
better stickthe car to original specs..kalau dah petrol tu petrol jela..xyah nak add on lg..lgpun bila2 masa je subsidi NGV ni leh tarik balik... time tu rasainla regenya sama mcm petrol gak!
tebuanharimau Post at 15-7-2009 09:37



ape la kau ni ....... yg jadik kes2 meletop tu sbb guna ngv tak ikut spec.

lagi pun kalu ngv takde subsidi, so petrol pun takkan ada subsidi. Petrol lg mahal drp ngv & ngv tetap lbh jimat drp petrol ... dpt lbh kilometer.
nampak sgt kau ni jenis kuat cemburu buta ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 01:52 PM | Show all posts
tahniah la, nih menunjukkan pakar2 bom kat malaysia dah bertambah....... kalau berlaku perang depa nih la yg boleh buat serangan bom tepi jalan cam kat iraq nun........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2009 02:06 PM | Show all posts
tahniah la, nih menunjukkan pakar2 bom kat malaysia dah bertambah....... kalau berlaku perang depa nih la yg boleh buat serangan bom tepi jalan cam kat iraq nun........
jofizo Post at 15-7-2009 13:52


hehehe pakar bom..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 10:57 PM | Show all posts
gile lah..aku lg ngeri tgk tong ngv tu melatup...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.103400 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list