View: 7835|Reply: 4
|
...Makan Buah-buahan Tempatan Juga Ikut Trend...
[Copy link]
|
|
Makan Buah-buahan Tempatan Juga Ikut Trend
By Nurul Halawati Mohamad Azhari
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- "Eh, makan apa tu?"
"Jambu air. Nak rasa?"
"Tak mahulah. Local!"
Selain pandangan sebegini, pernah atau tidak, sewaktu mengunjungipasar raya, anda menuju ke rak yang menjual buah-buahan dan sayuranimport dan terasa seperti pengguna yang mengikut trend dan memilikigaya hidup bercita rasa tinggi?
Maklumlah, beli dan makan buah-buahan serta sayuran yang diimportmanakala jika yang tempatan sering tidak termasuk dalam senaraibarangan pilihan. Kemungkinan ada dua pendapat, pertama, produktempatan itu berbau tidak enak dan tidak mengandungi zat dan nutrienyang baik dan kedua pula mungkin terfikir bahawa produk dalam negeriitu tidak ada kelas!
Tepuk dada, tanyalah selera masing-masing. Namun apa yang ingindikongsi di sini ialah salah tanggapan sesetengah pihak yang memandanghasil tanaman tempatan ini dengan sebelah mata sahaja.
Sedar atau tidak kempen makan buah-buahan tempatan memang sudahlama ditekankan iaitu sejak 1972. Sejak dimulakan, ia banyak membantupara pengusaha memasarkan hasil tanaman mereka di bawah bantuan LembagaPemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di samping memperkenalkanbuah-buahan tempatan sebagai produk tanahair yang tinggi khasiatnya.
Menurut Ketua Pengarah FAMA, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz,jika dahulu buah-buahan tempatan seperti durian dan nangka tidakdibenarkan dibawa ke hotel, kini ia sudah menjadi hidangan yangistimewa dalam menu yang disediakan pihak hotel.
"Malah kempen makan buah-buahan tempatan juga menunjukkan kejayaanapabila ia menembusi pasaraya besar. Ini menunjukkan adanya sokongandaripada pelbagai pihak dalam usaha kerajaan mempromosi buah-buahantempatan," jelas beliau.
Bagaimanapun, menurut beliau, sungguhpun berlaku peningkatan darisegi produksi dan pemasaran, jumlah pengambilannya di kalangan rakyattempatan pula berkurangan.
UBAH GAYA HIDUP
Kajian yang dijalankan oleh FAMA menunjukkan jumlah pengambilanbuah-buahan di kalangan penduduk Malaysia hanyalah sebanyak 60 kg perkapita berbanding 130 kg per kapita di kalangan penduduk di negara maju.
Ini menunjukkan bahawa penduduk negara ini masih kurang mengambil buah dalam diet harian mereka, jelas Mohamed Shariff.
Beliau berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan Lembaga PromosiKesihatan Malaysia dalam menggalakkkan orang ramai makan lebihbuah-buahan tempatan sebagai satu langkah untuk menjalani gaya hidupsihat.
Beliau turut menolak tanggapan bahawa buah-buahan tempatan sepertijambu, ciku, nanas, mempelam, betik serta buah-buahan bermusim sepertidurian, langsat, duku, pulasan, rambutan, cempedak dan pelbagai buahyang lain adalah buah yang boleh mengundang penyakit.
"Buah-buahan tempatan sebenarnya mengandungi khasiat dan seratyang tinggi. Saya fikir, salah tanggapan yang mengatakan durian buah'penyakit' patut diperbetulkan. Ramai yang tidak tahu raja buah itusangat kaya dengan potasium," sambil menekankan setiap makanan yangdiambil walau dalam apa jenis sekalipun perlulah secara sederhana.
SEBAGAI GAYA HIDUP
Sementara itu Pengerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, TohPuan Datuk Seri Hajah Dr Aishah Ong, turut menyokong pandangan MohamedShariff.
Menurutnya, penyakit tidak semestinya datang hanya dengan memakanbuah-buahan tempatan. Kalau makan buah import berlebihan pun bawamudarat juga. Tetapi yang paling utama ialah memastikan jumlah makananyang diambil adalah secara sederhana.
"Apa yang penting, bila kita makan, makanlah secara sederhana.Bahkan, Allah juga menjadikan buah-buahan sebegini secara bermusim.Kalau durian orang kata buah penyakit, mereka juga perlu tahu durianmengandungi fiber yang tinggi, ada vitamin C dan Vitamin A. Kalau orangkata makan durian panas badan, Allah jadikan manggis sebagaipenyejuknya, itulah sebabnya manggis dan durian boleh didapati padamusim yang sama," ulasnya lagi.
Menurut Dr Aishah, buah-buahan tempatan seperti belimbing besi,betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbandingbuah-buahan import seperti epal, pir dan lai.
Contohnya, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyaikandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin.Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan ini turutmenyumbangkan serat.
"Kita mahu seluruh masyarakat menjadikan buah-buahan tempatan sebagai gaya hidup masa kini," tambahnya.
Beliau turut menyarankan pihak media terutamanya majalah dan mediaelektronik bersama-sama mengambil tanggungjawab yang lebih dalammempromosi buah-buahan tempatan. Paling jelas ialah menggunakan gambarhiasan daripada buah-buahan tempatan menggantikan buah import sepertikiwi dan epal untuk ruangan kesihatan.
Ia sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut dan menunjukkanbahawa makan buah-buahan tempatan juga adalah satu trend di sampingbaik untuk kesihatan.
GALAK ORANG MUDA MAKAN BUAH TEMPATAN
FAMA turut memberikan tumpuan kepada generasi muda denganmempromosi kempen 'Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan' denganmemperkenalkan kempen tersebut ke sekolah.
Baru-baru ini ia memperkenalkan kempen makan buah-buahan tempatanke sekolah di seluruh negara. Lokasi pertama yang terpilih ialahSekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam Selangor.
Langkah itu sejajar dengan hasrat FAMA untuk menggalakkan golonganmuda menggemari buah-buahan tempatan termasuk buah-buahan bermusim.
"Selama ini ibu bapa lebih menggalakkan buah-buahan import mungkinkerana prestij atau terbiasa sedangkan buah-buahan tempatan tidakkurang khasiatnya, segar dan tidak ada bahan pengawet sepertikebanyakan buah-buahan import," jelas Mohamed Shariff.
PUJUK ANAK MAKAN BUAH
Bagi sesetengah ibu bapa, agak sukar untuk mereka menarik minatanak yang masih di peringkat kanak-kanak untuk memakan buah tanpadipaksa.
Menurut penulis buku dan pemenang Gourmand Award 'Fruitastic' dan'Vegemania', Mohana Gill, tabiat makan seseorang itu dibentuk sejakkecil lagi. Adalah penting menyemai tabiat pemakanan yang baik sejakperingkat kanak-kanak lagi.
"Tapi kanak-kanak tetap kanak-kanak, penting bagi kita memastikanmereka melihat buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai makanan yang baikdan sihat, sebaliknya biar mereka melihat buah-buahan dan sayur-sayuransebagai menyeronokkan dan sedap," jelas beliau.
Tambahnya lagi, tanpa disedari ibu bapa sering memberi anak-anakhadiah yang 'tidak baik' seperti gula-gula dan minuman berkarbonat dan'menghukum' mereka dengan makanan yang 'baik' seperti buah-buahan dansayur-sayuran.
Dengan ini, orang dewasa perlulah mengambil langkah pertama iaitumengubah minda di samping cara yang menyeronok dan menarik untukmemperkenalkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian anakmereka.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hamizao at 19-7-2009 01:08
Hmmm, tak perasan pula makan buah ni semacam ada trend...kalau yang konfem kaki durian dan nangka deme akan tetap cari buah2ah itu. Ni misalanlah.Yang biasa menjadi masaalah kalau deme tui ada BP tinggi atau lain2nya..............kena berhati2. Satu lagi, bila dah makan buah2an tempatan ni pastikan minum air suam . Kalau tak mungkin akan mendapat batuk dan sakit tekak.
Hami suka semua buah2an tempatan. Tetapi durian tu kena catu skit. Satu lagi, kalau ke pasar raya Hami tak akan beli sayur2an tempatan sebab di pasar lagi fresh dan murah. Jadi persepsi penulis mungkin agak tidak tepat. |
|
|
|
|
|
|
|
habisss...dah buah-buahan tu pun ada trend utk berbuah
i pun perasan my anak2 sepupu semua jenis tak makan buah...
my kids plak hantu buah, cuma local fruits nie kena jaga2 kalo makan
senang sgt dpt demam....sakit tekak etc |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa platform yang paling sesuai adalah disekolah rendah lagi. Jika kita pernah mengunjung kanti-kantin disekolah, maka menu yang disediakan almost stereotype, nasi goreng, laksa, mee, maggi, nasi lemak dll.
Paling tidak melalui PIBG boleh disarankan menyediakan buah-buahan tempatan didalam menu untuk kanak-kanak dan if possible, instead of selalu kempen minum susu, sekali sekala tukar kepada kempen makan buah-buahan tempatan. Again, we have got to select a proper fruits untuk dikempenkan seperti pisang, betik dll. |
|
|
|
|
|
|
|
Eating habit ni sesungguhnya di mulakan dari rumah. Bebudak boleh di rangsang dengan cara2 tertentu. You know...macam ...klu makan sayur ni boleh membuat kulit kadi cantiiik, atau penglihatan jadi lebih teraaaang! Selalunya cara ini amat sukses buat Hami. Hanya mungkin diorang akan memilih sikit sayur atau buah yang dia amat sukai..............OKlah at least they take their vege. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|