CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33163|Reply: 279

RON95 vs RON97

 Close [Copy link]
Post time 25-7-2009 08:36 AM | Show all posts |Read mode
RON95 vs RON97

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
[email protected]

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?


DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.



* $1.75 vs $2.00: tepuk dompet.. tengok duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2009 08:03 PM | Show all posts
kereta proton minima RON 95 kan? kira ok la kalau macam tu, cuma selama ini pakai ron97, bila downgrade apa agaknya bakal jadi sama kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 01:44 PM | Show all posts
rasenye kena setting balik la kot timingnye..
rasenye la..
tak la pakar bab2 nih..
tapi based on the note given,
setiap perbezaan kandungan Oktana dan Pentana mesti ada efek pada jirim petrol..
jadi mesti ada efek dalam pengaliran petrol itu..
rasenye la pendapat saya..
kalau sifat sesuatu bahan itu berubah, mesti ada sifat lain berubah..
macam alkohol kalau di ape ntah dlm kimia form 5 jd etanol..
so, gitu la kot utk petrol ROn 95 dan 97 nih..
dulu ada gak thread cite pasal ROn2 nih..
rasenye kalau pakai suntikan bahan api..
takyah la nak setting2 balik enjin tuh..
kalau pakai karpekpekor cam motor,
mungkin kena setting..hu4..
just my perception la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 09:17 AM | Show all posts
Bulan 9 dah semakin dekat daaa...Aku belum cuba lagi Ron 95...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 10:44 AM | Show all posts
sume stesen minyak akan ade ke RON 95 nnt???
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 10:58 AM | Show all posts
sume stesen minyak akan ade ke RON 95 nnt???
b_mckagan Post at 27-7-2009 10:44



suma ada la ........ mcm soalan budak sekolah rendah je kau ni.



kalu dah min. requirement keta tu blh guna ron 95, so takde problem la mau guna ron 95.
Ape la yg korang kalut sgt ........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2009 11:00 AM | Show all posts
kalu engin untuk petrol RON 95 boleh guna RON 95 dan RON 97.
Tapi kalu engine utk RON 97 hanya boleh guna RON 97, RON 95 tak boleh.
betul ker apa yg aku paham dari artikel nie.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 06:14 PM | Show all posts
aku pon tak terai lg..
kat kg baru tak jumpe pon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2009 06:16 PM | Show all posts
ya betul encik satria naga...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 02:02 AM | Show all posts
mcm mn nak tau kete tu sapot ron brp?
jgn lg pendapat bodoh sgt yg kata semua kereta proton sapot ron 95.
contohnya proton saga megavalve yg tahun 85 x kan nak disamakan enginnya dgn kereta saga blm tahun 2009 nih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 10:09 AM | Show all posts
10# otai_g

rujuk sini jer...



Most Mercedes-Benz engines, except the high-performance ones in the AMGand SL/SLK models, are able to run on fuel with RON91 to RON95.However, for optimum performance, RON95 is recommended while use ofRON92 will result in marginally reduced output



For the Cefiro 3.0, Murano, 350Z/370Z, RON97 is recommended for optimumperformance. For older models such as the Sunny 130Y, Bluebird, Altimaand AD Resort, RON95 can be used.




Volvo engines can use RON91 to 98 RON unleaded petrol. Volvo CarMalaysia says that for best performance and lowest fuel consumption,RON98 (or closest RON) is recommended. For normal driving, RON95 isacceptable and RON91 should only be used in cases where RON95 isunavailable. Knock sensors in the engines will adjust the engine timingto prevent damage with very low RON fuel.

credit to: www.motortrader.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 10:14 AM | Show all posts
saper2 yg travel hari guna federal hway..shell dah launch ron95....kenapalah kat johor ni lmbt sgt nak smpi ron95....saper2 yg dah guna tlg bg feedback kat sini ek...ni artikel pasal launching shell ron95

http://www.motortrader.com.my/NU ... cle_2032/page_m.asp

credit to:www.motortrader.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 10:37 AM | Show all posts
camnerlah dia leh bezakan jam nih.... jam cap ayam lama2 akan jd makin cepat tak pon makin lambat... asyik kena reset kerk...... beza ngan casio leh ler kata camtuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 10:56 AM | Show all posts
aritu haku negok mamat pakai bestari selamba dek jerk pakai ron95...... tak jd apa2 pon.... tak tau lama2 keta dia bakal kena gout......
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 11:16 AM | Show all posts
ala... aku selambe je tuka2 ron 95-97 kat putrajaya ni... x de pape pn... kecoh je lebih... haha




savvy.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2009 11:36 AM | Show all posts
savvy memang la boleh..... itu pujo punya henjin kan motortrader kater takleh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2009 04:10 PM | Show all posts
kancil leh pakai RON92......x tau ler pulak...kalu x dh lama guna isk3...rugi2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 06:38 PM | Show all posts
11# tok_hoi

list utk motor ade tak?he4..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 01:45 PM | Show all posts
17# itik_magic

city buleh guna ron92..?? betul ka tuh..??
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 09:18 PM | Show all posts
17# itik_magic

city buleh guna ron92..?? betul ka tuh..??
xgenerasi2 Post at 4-8-2009 01:45 PM



check awoknye manual..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.103946 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list