CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5694|Reply: 33

SELAMAT BERPUASA

[Copy link]
Post time 4-8-2009 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by TUKANGKEBUN at 4-8-2009 16:12

X puasa ramadhan ( 3minggu lg weh)

tp puasa rejab

& ganti puasa bg org2 pompuan & yg sewaktu dgnya

KELEBIHAN BULAN REJAB



Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari
kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2009 04:12 PM | Show all posts
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat
di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan
pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang
yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab
bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana
kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal
Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji
berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat
Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70
kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api
neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian
Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya
yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada
siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N
Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 04:20 PM | Show all posts
bukan syaaban ker sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 04:34 PM | Show all posts
Tetiba je perut rasa makin tak sedap je...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 05:02 PM | Show all posts
3# mbhcsf

Hari nie adalah 13hb Sya'ban 1430....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2009 05:03 PM | Show all posts
udah 13 syaban la weh,

tulah dari sehari ke sehari nak htr posting nie last2 terlewat

Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Doa Malam Nisfu Syaaban.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2009 07:16 PM | Show all posts
tu la dah la nak mengadap bulan pose, keadaan lak tengah h1n1, nanti nak gi bazar ramadhan kena la pakai topeng kot...hehehe...nak shopping baju raya lagi...adehhh....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 09:16 PM | Show all posts
TK, kan ke dulu kecoh kat bod-bod intellek sana pasal ada yang pertikaikan pasal fadhilat semua ni.  aku pun kengkadang konpius jugak.

selamat menyambut ramadhan.  semoga kita dapat beramal sepenuhnya dan paling penting, menghayatinya sepenuh hati supaya kesannya berlangsungan sepanjang hayat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2009 09:57 PM | Show all posts
3# mbhcsf

Hari nie adalah 13hb Sya'ban 1430....
danedzya Post at 4-8-2009 17:02

hihihi..that's why tadi...kita errk? is it rejab still?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 10:22 PM | Show all posts
selamat berposa jugak. huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2009 10:03 AM | Show all posts
8# Gemukkkkkkk

x confuse benda2 cam, yg penting itikad kita,  .... beri x beri, itu hak  dia

kita tunaikan shj kewajipan kita , lg pun eluk testing dulu bpuasa sebelum puasa sebenornya
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 10:34 AM | Show all posts
selamat berposa wt org perak semua...............
pantas tul masa....rasa mcm baru jer sambut raya......
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 10:58 AM | Show all posts
selamat menyambut bulan ramadhan tak lama lagi.....
harap2 kita semua sihat ler masa bulan puasa akan datang ni....
kalau badan sihat barulah hati kita tenang menjalankan ibadah puasa.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 11:16 AM | Show all posts
selamat berpuasa jua.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 11:04 PM | Show all posts
rasa macam baru semalam habis riban riban shopping raya
datang lagi....... huargghhhhhhhhhhhhhhhh mana nak cekau duit wehhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2009 10:27 AM | Show all posts
buat loan utk sambut raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2009 08:33 PM | Show all posts
1# TUKANGKEBUN

selamat menyambut bulan ramadhan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2009 12:33 PM | Show all posts
semlm pg gtg ryg bersihkan masjid & kubur kat tempat aku sempena menyambut ramdhan

alhamdulilah ramai yg turun, semua ada RELA, POLIS, MPSJ, JKP & Persatuan Penduduk tanpa mengira ideologi politik

mlm lak.... mesy ngan ajk surau utk sewa rumah yg kosong untuk dijadikan tempat solat tarawih tahun ni. alhamdulilah gak ada hamba allah yg mewakafkan rumahnya yg x diduduki untuk digunakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 01:33 PM | Show all posts
selamat menyambut Ramadhan kepada semua forummers perak......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 04:24 PM | Show all posts
selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua warga bod perak & seluruh umat islam kat malaysia...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.446654 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list