CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24360|Reply: 25

Sejarah Al-Arqam

[Copy link]
Post time 24-8-2009 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Al-Arqam

diasaskan oleh Ashaari Muhammad.Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telahmengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islamdi seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutansebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuahbadan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwahislam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.                       


SejarahBermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968 ketika ditubuhkan, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976,keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secaramendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaahitu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Namun menurutBahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut.
Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75.




Pemimpin kananBerikut beberapa pemimpin kanan Al-Aram yang menjadi tulang belakangkejayaan pertubuhan Al-Arqam selama 26 tahun dari 1968 - 1994.
  • Ustaz Ashaari Muhammad - pengasas pertubuhan Al-Arqam
  • Akhbar Anang
  • Ustaz Mohktar Yaakob - sarjana syariah
  • Zabidi Mohamed - penasihatundang-undangAl-Arqam
  • Haji Hassan Mokhtar
  • Khairil Anuar Ujang- peguam
  • Shuib Sulaiman
  • Ibrahim Mohamad
  • Jailani Kasmani
  • Khadijah Aam
  • Khadijah Din
  • Pak Salleh


AjaranDi antara kepercayaan mereka adalah kepercayaan bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih hidup. Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdiyang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam.Tindakan Ashaari yang mengqiyaskan (menganalogikan) Syeikh MuhammadAs-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir .




Ciri-CiriPegangan Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammaddan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yangdiantara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut: [1]
  • Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpaRasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripadaBaginda Rasulullah saw di dalam Kaabah.
  • Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi.
  • Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa' Al-Rasyidin.
  • Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemuisecara jaga (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kuntuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikutAl-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taatkepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
  • Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya.
  • Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .
  • Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu saturumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panjiAl-Mahdi. [2]




Meluaskan PengaruhSememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harusdijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan kecemerlanganorganisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan aspek kewangan sangatpenting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktorlain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan,keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan danlainnya. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruhperkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alatibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia.
Pada tahun 1993,Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatiankepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkanAl-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anaksyarikat milik jemaah Al-Arqam. Setelah membuka pusat hubunganantarabangsa di Islamabad, Pakistandan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilahAshaari mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan Khurasan.




Krisis KepimpinanKrisis kepimpinan Al-Arqam bermula setelah berlakunya penyingkiran Akbar Anang pada tahun 1979yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Ummah. Menurut Akbar Anang,penyingkirannya bersama adalah kerana beliau mempersoalkan ajaranAl-Arqam , namun menurut Ashaari, Akbar Anang disingkirkan keranabeliau cuba membentuk pakatan yang bertujuan menyingkirkan Ashaaridaripada tampuk kepimpinan Al-Arqam. Akbar Anang memberontak danmendedahkan keperihalan Aurad Muhammadiah sehingga dihadapkan ke PusatIslam pada 1979.Ashaari dilapor menafikan Kiyai Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah ImamMahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam daripada kesangsian asas.




DiharamkanJAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelahbermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekalidilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad MuhammadiyahPegangan Darul Arqam pada tahun 1986.
Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994,tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'. Kerajaan telah mengharamkankumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yangdikeluarkan pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2009 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by oneseven at 24-8-2009 16:39

hairan sbb die boleh menpengaruhi org dgn cara pakaian, niaga dan percakpan ..ada siape pernah masuk kum. al-arqam cerita pengalaman..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 05:23 PM | Show all posts
aku paling kagum dgn kumpulan ini (dr segi ekonominya)..masih aku ingat setiap minggu mesti ada majalah+komik al-ain kat rumah aku..siapa ckp mengamalkan ajaran Islam itu xleh kaya..sila ke kg sg penchala anda akan dpt melihat bekas2 pengikut yg hidup senang lenang hasil berniaga..jutawan pun ramai dlm group ni..diorg sgt maju dlm ekonomi..kalaulah semua muslim itu bersatu dan bwat mende yg same mesti xde org merungut kan?!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 05:42 PM | Show all posts
Dulu kt area pontian, johor pun ade jugk markas arqam ni.

Paling obvious perampilan diorang ialah serban dgn songkok yg tajam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 06:33 PM | Show all posts
aku paling kagum dgn kumpulan ini (dr segi ekonominya)..masih aku ingat setiap minggu mesti ada majalah+komik al-ain kat rumah aku..siapa ckp mengamalkan ajaran Islam itu xleh kaya..sila ke kg sg penc ...
aidilzubir Post at 24-8-2009 17:23


ha aku ingat la masa kecik kecik sekitar hujung 80 an dan awal 90 an kami selalu beli komik dakwah..best tau komik tu semuanya cerita pasal dakwah..selalu ingat komik ni susah nak dapat kat kedai, kami beli melalui perempuan yang jual dari rumah ke rumah, biasala perempuan tu mcm tipikal dakwah tudung labuh dsb..but we enjoyed reading the mags maybe masa kecik hati suci murni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2009 06:33 PM | Show all posts
3# aidilzubir
tu aku setuju..mcndiorg boleh niaga dan maju..knp dah takada group mcn ni skg?tp ikut cara islam yg betul...mesti lagi boleh berjaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2009 06:40 PM | Show all posts
hebat diorang ni berbisnes...
tapi masaahnya,masa diharamkan tu,
dengan bisnes2 dier diharamkan...
baru nak nampak orang melayu tinggi dengan titik peluh sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 07:40 PM | Show all posts
sebelah umah aku al-arqam dulu masa aku kecik. dan aku sempat mengaji ngan ustaz al-arqam. tapi ya ampun garang gile. haha.

setiap malam jumaat ada majlis baca yassin n makan2. makan 3-4 org dalam 1 dulang.

semuanya berakhir bila pusat tu terbakar. almost meragut rurmah aku sekali. phewww.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2009 08:09 PM | Show all posts
5# Pygmalion

aku pun baca al-ain masa kecik... aku beli dr ustazah sekolah agama
byk ilmu dalam majalah tu utk budak kecik macam aku...(dulu la)

lepas tu aku belajar hafal asma-ul-husna pun dari ustazah arqam aku...
bg sesetengah orang mmg sesat tp bg aku, aku tgk ustazah aku dan family dia ok jek...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 01:44 PM | Show all posts
ya betullah dulu2 memang famous giler majalah al-ain tu ...cikbee pun suka baca..pastu ingat lg dlm majalah tu tulis klu kita hafal asma ul husna blh masuk syurga...apalg kita pun dok menghafallah asma ul husna nak syurga.... smapai skrg hafal lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2009 02:00 PM | Show all posts
erk..... abah cat dulu pon salah seorang ahlinya.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 06:49 AM | Show all posts
Dulu kt area pontian, johor pun ade jugk markas arqam ni.

Paling obvious perampilan diorang ialah serban dgn songkok yg tajam..
edmundo Post at 24-8-2009 17:42


yang kat parit semerah tu ke??
tapi memang betul pun..dulu aku balik sekolah agama selalu naik van al-arqam...time tu ada la 2-3 van..dalam ven mesti kena layan nasyid...best gak...

kalau g pasar, mesti ada gerai orang2 berjubah/serban ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 09:48 AM | Show all posts
pernah gak pergi base tu dulu... dari segi bnusiness.. respect sbb diorg start buat product mostly form zero. drpd bahan mentah hingga final product + pengguna.. co-operation pembekal, manufacturer pencetak, pengedar hingga pengguna mmg kuat - diorg bersatu help each other.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 12:18 PM | Show all posts
err..wat happen to their business yg seantero tuh..nak tau gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 04:55 PM | Show all posts
masa kat itm dulu ada la kenal sorang staff nih yg jadi ahli arqam nih..... bangga nyer dia sebab arqam ada 2 bijik bas 2 tingkat pertama kat m'sia.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 05:00 PM | Show all posts
yg bestnyer arqam berjaya mendidik ahlinya berkasih-sayang...... boleh berbini ramai......... bini redha jer.... syurga menanti....... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 02:32 PM | Show all posts
ya sepupu aku fanatik arqam.. takut tgk muke laki sbb bercelak pekat.. bile da sejuk sket arqam ni, br la nmpk dorg ni idup cam org bese jugak..

owh an-nur ek name komik tu.. aku ske bace! blk kg je terus carik buku tu.. aku ske citer yg de hasutan setan tu.. best!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 02:33 PM | Show all posts
korang tau roti kusaran ke ape ke? tp aku pggl roti arqam aje.. sbb dorg yg jual.. sedap plak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 04:07 PM | Show all posts
Paling best joint arqam senang nikah 2, 3 atau 4. Ada pihak yang mau tolong..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 04:25 PM | Show all posts
actually al-arqam ni mula2nya ok..tp bila ada pengikut yg terlampau fanatik dgn ketua, itu yg jadi boley terpesong ajaran islam. itu je sbbnya dikatakan ajaran sesat. bukannya sejak mula2 ditubuhkan ia terpesong. tujuan ditubuhkan ialah nak majukan org Islam esp dr segi ekonomi. kan kita lebey bergantung kpd produk luar or non muslim, so al-arqam ni amik inisiatif nak keluarkan produk sndiri nak bantu ekonomi org islam sndri. bila org islam jugak yg support, sbb tu la bizz bley maju. skrng since al-arqam dah xde, radix pulak try sebijik mcm al arqam ni buat.mcm2 jenis bizz radix tu buat..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.339136 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list