View: 3335|Reply: 3
|
SOMALIA: hadapi krisis kemanusiaan
[Copy link]
|
|
Somalia berdepan krisis kemanusiaan
SEORANG wanita memangku anaknya yang kurus di Hospital Banadir
, Mogadishu semalam.
MOGADISHU - Somalia kini berhadapan krisis kemanusiaan terburuk dalam tempoh 18 tahun dengan lebih separuh daripada rakyatnya memerlukan bantuan makanan.
Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU) kelmarin menjelaskan, 3.76 juta rakyat Somalia menerima bantuan kemanusiaan tetapi agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu memberi amaran bahasa keadaan semasa boleh menjadi bertambah buruk jika situasi dalam negara terus bergolak.
"Ini memberi isyarat bahawa keadaan semakin serius," kata Ketua Penasihat Teknikal FSNAU Somalia, Cindy Holleman.
Ramai pakar menyatakan keadaan tidak menentu di Somalia boleh menjadikan negara itu tapak sesuai bagi lokasi latihan dan pengukuhan kekuatan kumpulan pengganas Al-Qaeda, seperti yang terjadi di Afghanistan pada awal 1990-an.
Pergerakan pemberontak meningkatkan tekanan untuk melancarkan serangan sepanjang Ramadan tetapi wakil PBB di Somalia, Ahmedou Ould Abdallah menggesa semua rakyat negara itu bersatu.
Sheik Sharif Sheik Ahmed telah dipilih menjadi presiden pada Januari lalu dengan harapan dapat manyatukan kumpulan Islam yang berbalah.
Beberapa kumpulan Islam bertempur bagi menentang kerajaan yang disokong oleh PBB. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
kesian diorg nie....kalo ade yg dh kaya pon..mesti dok luar dri negara diorg nie |
|
|
|
|
|
|
|
macam laki aku ler
tak balik somalia 30 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
3# songeh_jer
Waah... akak ni kawin dgn org Somalia. Tak mrassaa nak melawat kampong mentua kalao dah huru-hara camtuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|