CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4646|Reply: 16

penduduk putrajaya tak mesra alam!!

[Copy link]
Post time 30-8-2009 07:30 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya hasil sisa makanan tertinggi
Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM




PUTRAJAYA 29 Ogos - Penduduk Putrajaya menghasilkan 27.6 tan sampah daripada sisa buangan makanan sehari iaitu yang tertinggi di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zahri Abdul Ghani berkata, jumlah itu merupakan 69 peratus daripada jumlah 40 tan sampah sehari yang dikutip di wilayah itu.

''Ini berdasarkan satu kajian yang dilakukan baru-baru ini yang di kenal pasti menjadi punca utama program kitar semula di Putrajaya tidak berjaya sejak 10 tahun lalu.

''Hanya 10 peratus sahaja proses kitar semula dicapai di wilayah ini berikutan jumlah sisa makanan lebih banyak dihasilkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pelancaran Projek Perintis Pengasingan Sisa Pepejal Dipunca di sini, hari ini.

Projek usahasama Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) itu, Putrajaya dipilih menjadi lokasi pertama sebagai permulaan amalan pengurusan sisa pepejal yang lebih terancang di samping memupuk kesedaran dan pemahaman di kalangan masyarakat terhadap pengurusan itu yang lebih ideal dan mesra alam.

Mengikut statistik, setiap penduduk Putrajaya menghasilkan 0.8 peratus sehingga 1.25 kilogram sampah setiap hari bagi tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Jumlah ini dikatakan mampu menyumbang kepada penjanaan sisa pepejal yang beribu kali ganda pada masa hadapan sekiranya tidak diberi perhatian sewajarnya.

Menurut Zahri, bagi mengatasi masalah sisa buangan makanan berlebihan itu, penduduk Putrajaya kini disaran mengasingkan sisa makanan dan sisa organik secara lebih terancang dan akan dihantar ke tapak kompos Presint 20 untuk dikitar semula menjadi baja.

''Dengan pengasingan sisa makanan ini, maka sasaran untuk mencapai pengurangan 40 peratus sisa itu dilupuskan ke tapak pelupusan berjaya dicapai," katanya.

Sementara itu, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pelaksanaan program kitar semula negara ini masih di tahap rendah berbanding negara maju lain.

''Singapura telah berjaya mencapai kadar 40 peratus kitar semula sedangkan Malaysia masih mengejar sasaran sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020.

'' Penglibatan semua lapisan masyarakat menjadikan kitar semula sebagai amalan budaya mampu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal dan menjimatkan kewangan negara," katanya.




membazir ke hulu... membazir ke hilir.... buang makanan sana sini... hah!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2009 10:05 AM | Show all posts
Kalau gi Alamanda, kerap sangat terjumpa Third class community. Habit potong queue dah lazim, buang sampah dari dalam kereta ke luar... hmm. So bila news macam nih, tak pelik dan rasanya patut bagi award!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 10:17 AM | Show all posts
camni rupenye org putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 10:57 AM | Show all posts
Ramai orang kerajaan kat sana...baik2 ...sume2 ada kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 11:01 AM | Show all posts
dengar tempat tu mcm high class, rupanya mentaliti goreng pisang....ces...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 11:48 AM | Show all posts
5# Pygmalion

gerai goreng pisang pun takde.

Aku cukup tak suka org buang sampah keluar keter atau meludah ditempat public. Aku duk putrajaya gak. kebanyakkan yang buat keje gini mmg jenis2 yang nampak kekampungan. Maaf lah kalau ade org marah terasa hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2009 08:29 AM | Show all posts
huhuhu .. yg pastinya aku bukan tergolong dalam kategori tu.
even anak2 aku dlm kereta makan something pun nak buang plastik aku suh simpan dulu, buang bila dah sampai rumah ..

hmm cite bab sampah, kat kuarters aku tu ... geram pun ada gak. Dah terang2 tmpt tu tu kitar semula, tapi ada gak makhluk2 yg tak reti bahasa main longgok ajer plastik2 sampah kat situ. aku tgk bukan bahan kitar semula, tapi sampah2 dari rumah dorang. itulah mentaliti orang yang hendak senang! padahal jalanlah sikit ke rumah sampah tu, bukan jauh mana pun. tak nak penat, hah tunggang lah motor!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 10:06 AM | Show all posts
Sampah organik memang buat seluruh tong sampah jadi berbau.

Tu le.. kebanyakannya, org ramai tak reti nak habiskan makanan masing2.. patut tahu la had selera makan sendiri.. berapa banyak boleh makan, kalau tak habis, sambung esok.. jgn tunggu sampai basi, terpaksa pulak buang.. so jadi la busuk!!

Masa aku duk kondo dulu, Makcik kutip sampah siap puji sampah aku tak pernah berbau hehe.. aku punya tip nak elak sampah berbau:

- Habiskan makanan licin2.
- Tulang ikan/ayam yg bersalut kari ke, basuh dulu sebelum buang & ikat kuat2 dlm plastik kecik sebelum buang dlm tong, so tak la berbau. Kuah yg tak abis pun ikat cam tadi, Pastikan tak bocor.
- Semua wrapper makanan cam aiskrim, coklat, McD.. ai basuh sebelum buang.

Senang kan walaupun sedikit ganjil la sebab, mesti korang fikir over gak kan basuh2 bagai ni.. TAPI ia mungkin boleh jadi kaedah baru nak kurangkan bau & si pengutip sampah boleh hantar sampah kita recycle dgn senang tanpa kesan lecet & lendir busuk sampah!

Korang bayangkan kalo jadi pengutip sampah & bersih loji ni.. NERAKA DUNIA tau! :geram::kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 11:23 AM | Show all posts
IM staying and working in Putrajaya as well...

Pada pendapat i lah..kat sini..segenap manusia ada... memang nampak tempat macam high class..yerlah..pusat pentadbiran kerajaan kan... tapi..bila difikirkan balik.. ramai kat sini.. bermacam2 orang... macam2 jenis boleh jumpa.. dari yang first class mentality hingga ke third class mentality.... bukan nak kata apalah.. and rasanya..ramai dari kampung... dah mana ada orang yang memang asal dari Putrajaya...

Memang i selalu jugak jumpa..orang potong Que bila time nak bayar tiket lah...time orang tengah bersesak... kadang pun pelik jugak tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 02:09 PM | Show all posts
ntah laa... org mcm ni wat malu warga pekerja gomen jer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 04:17 PM | Show all posts
penduduk Putrajaya mewah makanan??
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 08:07 PM | Show all posts
IM staying and working in Putrajaya as well...

Pada pendapat i lah..kat sini..segenap manusia ada... memang nampak tempat macam high class..yerlah..pusat pentadbiran kerajaan kan... tapi..bila difi ...
LeyyaHanna Post at 2-9-2009 11:23


setuju sgt...sgt...nama "Putrajaya" mmg nmpak gah!! tapi manusia kat sini sama jerrr ngan yg dok kat bangi..kajang...kl...gombak..dll, ada yg ok..ada yg tk ok!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 10:25 AM | Show all posts
tu pasal kat sana banyak gagak...
terlalu banyak gagak sampai spesis albino pun ade, haku ingat merpati ropenyer bunyik arrrgkkk....arrrrkkkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 12:46 AM | Show all posts
tak semua org putrajaya buruk laku camtu wei..!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 12:53 PM | Show all posts
erm....pada saya..mane2 pon same jua....jgn kerana setitik nila abih susu sebelanga....

bukan smua org kat satu2 tempat tu teruk dan bukan smua org satu2 tempat tu baik...pasti ade buruk dan baik,barulah seimbang,kan?

mane2 tempat pon same...pasti ada yg baik dan sebaliknya...kenapa kite perlu tgk pada yg negatif saja?kite perlu melatih diri ini sentiasa berfikiran positif dan mendidik diri ini menjadi yg terbaik...itu yg terbaik utk diri kita sbg manusia,kan?

all the best 4 the best
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 05:22 PM | Show all posts
em tak semua orang putrajaya macam tu tapi tak dinafikan memang wujud mentaliti sebegini yang patut dihapuskan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2009 10:45 PM | Show all posts
Aku ada gi Alamanda baru -baru ni...
Ada satu kereta tu guna lambang parlimen...
Yang aku tergelak sangat sebab dia tak tau baca...atau dia tak faham tulisan yang tertera kat depan dia...

"Khas untuk orang cacat"- Denda RM50.00
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.090349 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list