CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2487|Reply: 8

speech problem

[Copy link]
Post time 30-8-2009 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Salam
Ade anak buah aku sorang ni, he's almost 3 years old now, tapi nk bercakap susah sangat. Even nk pronounce simple words pun susah. ade ape2 suggestion tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2009 08:29 PM | Show all posts
stgh budak mmg lambat bercakap.....try jmpe pakar kanak2.....anak sy skrg dh 4taun mmg bijak bcakap la....last year masa umo 3taun ada member x pcaya bila sy ckp anak sy boleh sebut 1 ayat lgkap dgn fasih...anak dia sebaya juz boleh sebut simple words tu pon pelat.....as parents kite kene latih anak sjk di dlm perut lagi.....pstu masa dia baby x boleh bcakap lg bykkan sembg dgn dia & sebut benda smbil tnjuk objek.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 09:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by 220796 at 30-8-2009 21:50

Pakar Kanak-kanak: Lewat bercakap
Bersama Dr Syed Nazir Syed Kadir

“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke rumah, banyak juga perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang ibu bercerita mengenai anaknya.

Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.

Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.

Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:

•Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)
•Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)
• Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)

Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.

Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.

Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif.

Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.

Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.

Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.

Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.

Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.

Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.

Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.

Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.

Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.

Perkembangan percakapan

•Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan

•Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan

•Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)

•Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)

•Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)

•Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya

•Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan

•Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul

•Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)

•10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya

•11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)

•14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan

•16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)

•18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’

•16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan

•19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan

•24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan

•24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar

•26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah

•27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’

•29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun

•Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan

Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.

Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.

Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:

•Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek

•Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan

•Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya

•Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan

•Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya

•Jangan paksa anak bercakap.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 09:57 PM | Show all posts
1# kalikoni

Kalau nak pastikan tak ada masalah lain cuba jumpa dgn speech therapist.  Nak senang pergi private hospital - macam Sime Darby, Prince Court, Tropicana etc.  First time jumpa about RM100++.  

Otherwise mintak referral to PPUM / GHKL.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 10:20 PM | Show all posts
tak leh cakap tu  macam mana
nak bunyikan perkataan tu susah ka
tak keluar butiran perkataan tu dengan terang atau jelas
atau kurang lagi perkataan ?

pendengaran okay tak? dah check?
anything  major tak masa ibu dia hamil or semasa give birth?
ada familhyhistory lambat cakap ? macam mana adik beradik lain?
sapa yg jaga kat rumah ibu bapa or bibik?


terangkan sikit or else you gi

private speech therapist

or  speech therapist clinic kat ukm .
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 10:21 PM | Show all posts
dia boleh faham tak simple arahan / command?
faham tak bila kita kata tunjuk mana jam?
mana adik / abang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2009 07:57 AM | Show all posts
suruh dia cakap..ajar dia guna flash card ke....suruh dia sebut perkataan tue...TAPI.

jangan dia x dapat sebut perkatan tue awak g sebutkan plak....tunggu dia cakp
nie budak lelaki ke pompuan...kalau lelaki mmg ade yang lambt cakap....semua budak pun x same...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 07:59 AM | Show all posts
stgh budak mmg lambat bercakap.....try jmpe pakar kanak2.....anak sy skrg dh 4taun mmg bijak bcakap la....last year masa umo 3taun ada member x pcaya bila sy ckp anak sy boleh sebut 1 ayat lgkap dgn f ...
220796 Post at 30-8-2009 20:29

yes baby bleh dengar mase dlm kandungan lagi...digalakan perdengarkan ayat2 al quran mase dlm kandungan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2009 02:39 PM | Show all posts
apa follow up case ni ? dah jumpa paediatriciam dgn speech therapist ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.043896 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list