CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 632934|Reply: 1081

Apa Yg Saya Tidak Tahu Tentang P.Ramlee

  [Copy link]
Post time 15-9-2009 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by winamp05 at 5-12-2011 11:25

Banyak thread P.Ramlee ada kat mforum ni..tapi aku dapati takde satu pun yg berjaya memberi makluman dan info ttg rahsia2 peribadi P.Ramlee. So..aku yg merupakan salah seorang peminat dan pengkaji P.Ramlee (utk assignment di Univ)..ingin berkongsi dgn anda rahsia2 P.Ramlee.

1. Bekas isteri kedua P.Ramlee iaitu Norizan merupakan seorang yg tegas dan berdisplin. Maklumlah merupakan orang istana (kerabat di raja). Jika anda hendak tgk Norizan..dialah yg berlakon sebagai permaisuri Pasir Berdengong dlm cerita Pendekar Do Re Mi (1973)..di mana P.Ramlee menawarkan watak itu kepada Norizan slps berbelas tahun mereka berpisah (bercerai).

2. Sepanjang pembabitannya selaku seniman..P.Ramlee hidup berpindah randah (7 kali dari studio Jalan Ampas, Boon Teck Road hingga ke Jalan Bunga Dedap, tidak jauh dgn Taman P.Ramlee). Kesemua rumah itu di sediakan oleh studio di mana P.Ramlee bekerja iaitu Shaw Brothers. Beberapa tahun sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, P.Ramlee yg merupakan satu nama besar di Tanah Melayu ketika itu hanya tinggal di sebuah rumah teres 2 tingkat (di Cedar Avenue).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2009 05:50 PM | Show all posts
wahh... menarik nih...:pompom:
ada lagi tak...takkan dua je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 06:12 PM | Show all posts
1. bekas isteri dia yg seksi tu atas katil tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 06:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by Detektif_Hantu at 15-9-2009 18:33

3. Salah seorang anak angkat P.Ramlee, iaitu Normah pernah berkahwin lari (meninggalkan rumah) dgn pembantu di rumah P.Ramlee iaitu abg Ngah. P.Ramlee sangat marah dan kecewa dgn tindakan Normah yg tidak berterus-terang dgnnya. Perkahwinan Normah dgn abg Ngah tidak bahagia spt yg di harapkan dan akhirnya mereka bercerai. Normah yg malu dgn P.Ramlee tidak lagi berjumpa dgn P. Ramlee selepas itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 06:30 PM | Show all posts
4. Mr Singh (selalu muncul dlm film2 P.Ramlee spt org yg menghumban samseng2 ke dalam laut dlm film Pendekar Bujang Lapok dan yg menjadi pak guard dlm cerita Seniman Bujang Lapo) akan datang ke rumah P.Ramlee setiap minggu utk mengurut P.Ramlee.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 06:39 PM | Show all posts
1. bekas isteri dia yg seksi tu atas katil tu..
bawanghitam Post at 15-9-2009 18:12


tu Dayang Sulu...
tatau lak dia tu bekas isteri p.ramlee gak..
Norizan tu betullah, yang jadik permaisuri di bawah pohon beringin tu..
norizan ni slalu gak berlakon dlm movie diawal tahun 80an.. dlm filem badul pun byk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2009 07:43 PM | Show all posts
wah..good info...lagi bagus kalau u compile semua sekali and baru bukak thread..rasa lagi menarik tanpa interupption dan pertanyaan dari forummers lain..my opinion la....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 07:51 PM | Show all posts
ang kaji p.ramlee kan..mestila ang lg tau pada kami suma2 kat cni...apalaa...luahkan2 singkapkan lagi..ku tolong baca nie...;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2009 08:44 PM | Show all posts
apa yg kita tau mengenai isteri2 Tan Sri P.Ramlee ialah:

1)Isteri Pertama bernama Junaidah...org Indonesia kalu tak silap dan ibu kepada Nasir P.Ramlee...
2)Allahyarham Norizan yg pernah menjadi isteri P.Ramlee juga adalah bekas permaisuri negeri Perak...
3)Saloma adalah isteri Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yg terakhir....arwah juga adalah adik kepada Seniwati Mariani dan kakak kepada Mimi Loma...tak pasti samada arwah mempunyai anak dgn Tan Sri P.Ramlee....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 10:53 PM | Show all posts
aku ada tgk teater p.ramlee the musical dulu. pastuh katanya dulu p ramlee berkenan kat adik si junaidah ni (junainah)...tapi lepas tu tersngkut lak kat junaidah sbab junaidah syok kat die. betul ke tidak tatau la. itu apa yg di potrayed kan dekat teater tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 11:21 PM | Show all posts
aah... hani pun gi tgk teater pramlee tu.. tp sedih kan... bila dia pindah kl.. mcm takde idea jer dia nak wat citer.. ada sekali tu tv mana tah ada tunujuk citer2 pramlee ni.. ada satu tajuk tu.. mmg tk glamer laaa.. ragam pramlee ke apa tajuk dia.. hani heran gak.. tgk dia starting tu.. kn di awal starting dia bgtahu sapa pelakon, blkg tabir, kompeni mana... citer ni.. pelakonnya pramlee n saloma jer.. sori laa kalau ada pelakon lain.. hani tgk dlm 10minit awal jer..pasla citer dia bosan.. n citer ni..terhasil setelah dia pndah kl... citer2 dia yg best semua masa dia dgn shaw brothers tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 07:53 AM | Show all posts
7# Pygmalion

malas nak taip..
kalo aku rasa rajin, aku taip..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 07:56 AM | Show all posts
9# liyamariska

1. Yup junaidah org Indonesia..n satu2nya isteri yg ada zuriat dgn P.Ramlee
2. Saloma dgn P.Ramlee takde anak kandung..anak angkat ramai la..saloma dgn anak angkatnya, Dian..dan P.Ramlee terlalu manjakan Sazali..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 08:01 AM | Show all posts
11# haneiy79
lepas dia pindah KL, bukan dia takde idea..tapi terdapat beberapa masalah..spt tidak mendapat sokongan dah time tu..
lps dia pindah KL, ada gak cite2 yg best..cuma dari segi box office..tak dapat lawan film2 yg dia arahkan kat singapore..
film2 yg best yg dia buat slps pindah KL ialah..tiga abdul, nasib do re mi, masam masam manis, dan madu tiga.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 08:24 AM | Show all posts
ooo iye ker.. naper tkade tajaan? kan dia nama besar kat singapore sana.. suppose ada sokongan laa kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 08:27 AM | Show all posts
15# haneiy79

sbb masa tu org dah tak beberapa percaya pd dier..
ntah la..barangkali org yg tak menyokong dier dulu (lps dia pindah KL) tentu rasa menyesal slps kematian P.Ramlee dan slps tahu betapa besarnya lg nama P.Ramlee slps kematiannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2009 08:36 AM | Show all posts
mmg satu yg rugi kan .. lepas org tu dah takde.. baru terasa...
tp ada org kata... ada certain2 citer dia tu.. dicedok dr citer nagara lain sama.. cuma dia ubah sikit utk sesuaikan dgn kita.. ntah betul or tidak.. no komen.. tp penah terbaca laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 09:27 AM | Show all posts
P.Ramlee mempunyai 25 orang adik beradik lain iaitu A Ramlee B Ramlee,C Ramlee,D Ramlee,E Ramlee,F Ramlee G Ramlee,H Ramlee,I Ramlee,J Ramlee,K Ramlee,L Ramlee,M Ramlee,N Ramlee,O Ramlee,Q Ramlee,R Ramlee,S Ramlee,T Ramlee,U Ramlee,V Ramlee,W Ramlee,X Ramlee Y Ramlee dan Z Ramlee .diantara mereka yang  berjaya jadi artis adalah A Ramlee, L Ramlee dan yang jadi usahawan ialah Ramlee burger..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 10:23 AM | Show all posts
sabo jo laa rajawali ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 11:03 AM | Show all posts
sabo jo laa rajawali ni...
haneiy79 Post at 16-9-2009 10:23


haku pun copy paste dari e-mail je ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.440246 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list