CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307570|Reply: 445

Cerita seram di Universiti Utara Malaysia (UUM)

  [Copy link]
Post time 23-9-2009 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ratu_cinta at 4-10-2011 01:49

cerita dari member2 lain...katanya ada hantu nama dang wangi...jadik hantu sebab bunuh diri...then bilik tu lama tertutup tapi dah dibuka...so suka ganggu org sana sini...lebih time periksa

budak lelaki block A kolej aku kena rasuk...tapi yg best dia boleh cakap cina lepas tu ...

antara tempat yg keras kat UUM adalah kat hutan sintok, kat tasik guthrie ngan depan klinik...banyak kemalangan berlaku kat situ

dan baru aku tahu bila aku terbaca kat satu website ni...rupanya kolej aku P...tu ada kes dulu..

"Satu cerita yang menyeramkan berlaku di Kolej Ke-3 Kolej Pernas. Semasa uum dalam pembinaan, kawasan ni menjadi tempat latihan Pilatus TUDM. Salah sebuah kapalterbang pilatus terhempas ti sebuah Blok di Kolej Pernas yang mengorbankan pemandu tersebut. Menurut cerita bilik tu rosak teruk akibat rempuhan kapalterbang tersebut. Sekarang bilik tu dikosongkan kerana terdapat gangguan dan ramai orang takut untuk duduk di bilik tu. "

p/s bilik mana nih...siapa tahu???? aku pernah duk block C dan D jer, aku tak pernah tahu cerita tu...betuiker kolej pernas dlm keadaan uzur sekarang ni retak nak tunggu roboh?

cerita lain aku coppy dan paste :

1.
  • Cerita seram kat Sintok ada banyak. Tak tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. Cerita pertama diceritakan oleh seorang Cikgu Matrix. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku. Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya mengjulurkan tangannya yang memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik. Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu Cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate ialah orang betui.



2.
  • Kata orang ada sebatang pokok besar kat tepi tasik berhampiran dengan Dewan MAS. Pokok tu tak boleh ditebang sebab bila didekatkan dengan gergaji rantai tiba-tiba enjinnya mati. Kemudian bila dihidupkan semula, ia hidup balik. Bila didekatkan ke pokok tu, ianya mati balik. Bila digunakan gergaji sorong tarik, gergaji tu patah. Lepas tu mereka pun buat keputusan tak jadi tebang pokok tu dan ianya disimpan untuk dibuat perhiasan.
3.
  • Ada cerita semasa orientasi (minggu suaikenal) degree program. Masa tu bas disediakan untuk mengangkut budak ke Dewan MAS untuk dengar ceramah motivasi dan kaunseling. Namun bas yang disediakan selalu penuh sebab budak ramai. Oleh itu ramai ambil keputusan untuk berjalan pulang. Diceritakan sekumpulan budak perempuan berjalan berhampiran pokok besar di tepi tasik. Tiba-tiba mereka terlihat mayat berbungkus (pocong) melintas. Pocong tu melompat sebanyak tiga kali. Selepas tu terus hilang. Mereka pun begitu takut sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2009 04:24 PM | Show all posts
coppy n paste lagik..sebab aku nak tahu nama kolej tu...jika tahu marilah share di sini ok...ini ceritanya:

cerita nie berlaku semasa aku semester 6 kt uum..seperti biasa kalo ari minggu aku dan member2 seangkatan duk sembang n tengok citer smpai pagi. tp malam kejadian tue lain sket..kitorang duk la layan daun terup. saja suka2. sedar x sedar dh kul 2 a.m..perut pun dh lapar..so aku ngan mamat sorang nie pegi la amik mineral kt tingkat ground floor nak buat magie. entah mcm mana...aku terbau wangi mlm tue..kalo x salah aku bunga yg org tnam kt kubur. aku tnya mamat nie..kot2 aku sorang jer yg bau..dia pun terbau gak..peghhh..wangi giler...apalagi..kitorang cabut la...dh la aku duk tingkat 2..lpas tue...kitorang berenti main..masing duk cerita pengalaman..baru la aku teringat cerita mak cik cleaner yg slalu dok bersih blok asrama yg aku duduk tue..sorang budak india dh terserempak ngan hantu pompuan bawak anak..kejadian tue berlaku bebetul kat tmpt aku amik air mineral..untuk pengetahuan korang...kejadian tue berlaku kat asrama uum..nama asrama tue dirahsiakan...
kisah dua..
Satu peristiwa telah menggemparkan asrama uum..kes bunuh diri pelajar pompuan. masa tue aku on the way nak pegi mall..nampak la keter ngan landrover polis..aku ingt budak suksis polis buat latihan..aku buat dont know jer la.balik dari mall..baru la aku tau ada kes bunuh diri. malam tue...epas balik semayang isyak kt masjid..angin kuat giler..aku ingt nak ujan...tp bila pndang atas..cahaya bulan terang benderang..malam tue sumer penghuni asrama aku tido awal...dh mcm x der org...keesokannya baru la aku tau ader budak kena ggu mlm tue..nama asrama dirahsiakan..

p/s...kolej apa yer...setahu aku kolej yg dekat ngan mall kolek Pernas ngan petronas
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 04:27 PM | Show all posts
wuuuuu
hostel Y.A.B d cite seram x?
bukit kachi??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2009 04:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by ratu_cinta at 4-10-2011 01:50

...............................................
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 04:36 PM | Show all posts
aku dak uum gak...dok petro...penah dgr ada cte seram kat UUM. tp sepanjang 3 taun aku kat UUM mmg x pernah lgsung terkena or terjumpe benda2 seram... pasai kolej pernas tu mmg btoi pon cte tu... alkisahnye ada sorg minah dok kolej tu, pakwe dia dak TUDM... 1 ari ni, pakwe dak pmpuan tu nak menunjuk la kat awek dia ni yg dia leh bwk kapal terbang... tp tup2 kapal terbang dia terhempas... ni pon aku dgr dr org laa...setakat mana kesahihannya...wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 04:38 PM | Show all posts
tanah perkuburan cina ke?....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2009 05:15 PM | Show all posts
Ratu Cinta
pasal Pilatus terhempas tu,mmg betul la...tapi bukan kat Pernas kot,tapi kat Proton..entahlah,time saya dulu org citer kat kolej proton..

Skrg Pernas dh takde,tukar nama pada Tradewinds..sepanjg saya kat sana mmg takde kena apa2 lah,kalau balik dari KL,smpai UUM kul 3/4 pagi tu,tawakal jer...cuma ada la dgr kes2 kena tindih atau terserempak dgn makhluk2 ni...

Library pon ada cite juga,especially paras atas,yg paling sunyi tu..heheh....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 05:27 PM | Show all posts
takutnye dgr citer korg....berhantu btul ye uum ni...hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2009 07:13 PM | Show all posts
Ratu Cinta
pasal Pilatus terhempas tu,mmg betul la...tapi bukan kat Pernas kot,tapi kat Proton..entahlah,time saya dulu org citer kat kolej proton..

Skrg Pernas dh takde,tukar nama pada Tradewinds ...
bungazaleha Post at 23-9-2009 17:15

proton ke pernas ek??aku p0n x hengat..aah skang da tuka jadik tradewinds... masa aku dah kuar uum, ada lg kolej yg da tuka nama..guthrie = sime darby... kachi = bank rakyat ke apa tah..x ingt lak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 09:26 PM | Show all posts
ermm my fren pnh jumpa bus yg tk der driver tu around 4am..legend bus witohout driver tu mg btl pn kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 01:23 AM | Show all posts
ermm my fren pnh jumpa bus yg tk der driver tu around 4am..legend bus witohout driver tu mg btl pn kan
mssuci Post at 23-9-2009 21:26


xde driver?
bus unic liner tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 08:26 AM | Show all posts
menariuk gak citer tuan rumah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 09:37 AM | Show all posts
11# oni313

Aku dulu pun budak UUM gak, Kolej Pernas gak hehe..

Tapi pasal bas berhantu yang keliling kampus malam-malam buta tu memang urband legend yang sangat famous

Dengar ceritanya, bas tu sangat buruk, tiada berlampu, akan lalu dalam 2-3pagi. Paling kerap cerita ni keluar bila time nak final exam sebab ramai yang study sampai lepas lewat tengah malam. Dengar deruan enjin bas yang ala-ala rosak dan asap bas tapi bila jenguk tak nampak apa-apa. Tapi pernah satu kes, ada budak pernah nampak tapi ngeri sebab bas antik macam zaman sebelum Merdeka.  

Yelah kalau ikut logik mana plak bas UUM lalu pukul 2-3pagi?
Pastu kalau bas ekspress/bas tambahan cuma masuk waktu cuti sem atau raya jer. Entah jelmaan bas apa lah tu masih jadi misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 10:10 AM | Show all posts
Aku pun penah gak alami pengalaman seram masa belajar kat UUM ni

Time tu aku balik awal masa cuti semester sebab ada terlibat ngan aktiviti kampus, jadi dalam 30 orang kitaorg pun balik seminggu awal. Mujurlah roomate aku pun join aktiviti tu jadi kitaorg dapat duduk sebilik. Takdelah sunyi sangat sebab berdua dahla dok bilik paling atas dan wing paling hujung kat blok.

Waktu siang memang takde masalah sebab busy ngan macam-macam aktiviti berkumpulan dan meriah walaupun kebanyakan kawasan kampus masih lagi sunyi. Lagipun kitaorg berkumpul di Dewan MAS join bebudak kolej-kolej lain. Disebabkan jadual aktiviti padat, dalam pukul 1 pagi baru settle dan dapat balik bilik utk tidor.

Aku pun lalai sikit, penat sangat, lepas mandi terus baring kat katil, maklumlah keletihan tak sempat baca doa, ayat kursi, letak kepala kat bantal terus terlelap. Roomate aku lak time tu masih kat toilet. Tengah tido sedap2 tetiba aku terjaga sebab rasa badan lemah kena himpit. Aku tidur mengiring menghadap dinding jadi aku tak nampak apa yang dok tepi katil aku. Tapi serius memang lemah, lesu dan kaku badan aku tak boleh bergerak. Walaupun lampu padam cuma biar lampu meja menyala, aku tetap rasa seram sejuk dan rasa ada "makhluk" berdiri sebelah katil aku.
Paling ngeri aku sampai rasa kepala aku ditekan ke bantal, siap boleh rasa mcm kuku tajam dok cengkam kulit kepala aku. Time tu cuma boleh ingat Allah je. Lidah kelu dan suara nak sebut Allah pun tak keluar. Aku rasa sesak dan panik gak mula-mula. Tapi aku cuba lawan berkali-kali gerakkan badan dan cuba jerit-jerit "Allahua Akbar" berkali-kali. Sekali dalam 5 minit berhempas pulas baru suara aku terkeluar macam jerit bertakbir bergema satu bilik. Lepas tu baru aku dapat kekuatan bangun dari katil dengan berpeluh-peluh. Aku tengok kat cermin kulit kepala aku sebab takut ada kesan cakaran atau luka dek cengkaman "makhluk" tu. Alhamdulilah takde. Aku terus pergi toilet lepas tu.

Roomate aku yang masih tengah gosok gigi ngan basuh muka terpingga-pingga tengok aku dengan pucat lesi dan berpeluh tetiba ambik wuduk. Dia siap tanya "eh, tadi bukan kau dah lena tido ke?".

Aku pun tak mau cerita panjang cakap ngan dia "ada benda ikut kita balik ni". Dia pun terus berubah air muka. Jadi kitaorg berdua terus amik wuduk balik bilik baca ayat-ayat suci dan aku pun buat adab tidor sempurna, ayat kursi, bacaan Surah Al-Ahad, Al-Kafirun dan An-Nas. Pastu pasang mp3 Al-Quran sampai pagi. Lampu bilik semua biar pasang sampai siang. Alhamdulilah takde gangguan lagi.

Pagi tu baru aku cerita kat roomate kisah yang sebenarnya jadi kat dia. Dia pun baru buka cerita time kitaorg balik lepas perbincangan kumpulan malam kelmarin, dia pun rasa tak sedap hati masa lalu kat bangunan blok sebelah yang kosong, dia ada sekaan-akan nampak macam kat beranda tu ada kelibat lembaga putih rambut mengerbang. Dia abaikan je tak mau cerita pada kitaorg lain sebab tak mau ramai panik. Tak tau plak yang lembaga tu kot yang ikut kitaorg balik.

Tapi serius memang itu pengalaman aku sendiri alami yang paling seram kat UUM sepanjang belajar sana 3 tahun. Banyak gak cerita seram lain, tapi ini memang aku alami sendiri Entah apa kategori makhluk yang kacau kitaorg malam tu aku pun tak tahu. Pontianak, Langsuir? Yang pasti memang mengerikan dan mujurlah aku cuma rasa cengkaman kuku jer bukannya jelmaan muka makhluk tu. Nauzubillah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 10:18 AM | Show all posts
1# ratu_cinta

best citer2 nih..
mmg seram pown..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 10:22 AM | Show all posts
coppy n paste lagik..sebab aku nak tahu nama kolej tu...jika tahu marilah share di sini ok...ini ceritanya:

cerita nie berlaku semasa aku semester 6 kt uum..seperti biasa kalo ari minggu aku dan me ...
ratu_cinta Post at 23-9-2009 16:24


manyaknya kejadian2 yg menyeramkan kt uum tuh..
tp kt memana universiti pon manyak citer2 seram nih kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2009 10:25 AM | Show all posts
Aku pun penah gak alami pengalaman seram masa belajar kat UUM ni

Time tu aku balik awal masa cuti semester sebab ada terlibat ngan aktiviti kampus, jadi dalam 30 orang kitaorg pun balik seminggu aw ...
mehan Post at 24-9-2009 10:10


sampai keluar kuku?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 10:29 AM | Show all posts
17# anniez08


Tulah pasal, mujur tak dicekiknya. Panik gak takut luka berdarah kepala time kena tu. Alhamdulilah, takde apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 06:45 PM | Show all posts
Aku pun penah gak alami pengalaman seram masa belajar kat UUM ni

Time tu aku balik awal masa cuti semester sebab ada terlibat ngan aktiviti kampus, jadi dalam 30 orang kitaorg pun balik seminggu aw ...
mehan Post at 24-9-2009 10:10



smpai muley rase kuku??
seram la pengalaman mehan...
mekaseh sbb sudi share
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 09:14 PM | Show all posts
bkn bus uum jgk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.072975 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list