View: 5226|Reply: 11
|
...sesi bersama Azmah Nordin...pemenang SEA Write Award 2009...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by seribulan at 29-9-2009 17:23
http://azmahnordin.blogspot.com/
from the STAR...
Writer Azmah Nordin wins SEA Write Award
KUALA LUMPUR: Azmah Nordin, 51, has been chosen as the Malaysian recipient of the South-East Asian Writers Award (SEA Write Award) 2009, according to a Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) statement on Friday.
It said the Kulim-born writer was nominated by the DBP through the SEA Write Award selection committee and verified by the SEA Write Award secretariat in Bangkok on Sept 9.
“Azmah is the 31st recipient of the award since its establishment in 1979. With the award, she will also receive a cash prize of 70,000 baht (RM6,797) and several accompanying gifts,” the statement said.
The award will be presented by Thailand’s Crown Prince, Maha Vajiralongkorn, and his royal consort, Princess Srirasm, at the SEA Write Award 2009 Gala Night scheduled for Oct 9 in Bangkok.
Azmah has written 48 novels, 22 anthologies of short stories and 27 short stories published in magazines since 1985.
Among her popular novels are Noor Ainku Sayang, Pejuang Bawah Bayu, Awang Kirana Mudir Besar, Ribut di Gua Gomantong and Puteri Delima.
She has also been honoured with 22 other awards, including the Sabah DBP Literary Award 1998/1999, Malayan Banking Berhad-DBP Award 1991, DBKL-DBP Poetry and Short Stories Award 1990, Malaysian Premier Literary Award 2000/ 2001, and Sabah Literary Award for four consecutive years from 2002 to 2005. -- Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Az_ at 30-9-2009 11:16
3# seribulan
saya pun dah lama tak balik ke kulim, saya di sabah sekarang... mmg rindu.. rindu pd masyarakatnya paling rindu makanannya... hehehe..
Jika ada forumer nak soal apa2 ttg penulisan sastera pd saya, silakan k saya akan cuba membantu, seboleh mungkin... |
|
|
|
|
|
|
|
salam sifu Azmah Nordin. tahniah atas kejayaan memenangi anugerah SEA Write Award.
Saya ada beberapa soalan:
1. boleh tak sifu senaraikan novel yang sifu hasilkan (yang pernah memenangi anugerah) berkaitan wanita sebagai watak utama.
2. saya berminat untuk menjalankan penyelidikan sastera keatas novel-novel sifu. boleh sifu beri alamat emel agar saya mudah berhubung dengan sifu.
tahniah lagi sekali atas anugerah yang sifu menang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
abang saya baru jerr pindah ke KK, Sabah...nanti kalau saya melawat dia, saya jenguk akak gak lerr kalau ada kesempatan...
terima kasih bagi tujuk ajar...camna nak hasilkan novel sedangkan kita nih dibebani kerja juga menulis ikut mood??? |
|
|
|
|
|
|
|
5# loversickgirl
Salam Lovesickgirl
terima kasih di atas ucapan itu, terharu saya lagi sungguh. emel saya; [email protected]. tapi, bermula hari sabtu saya tidak punya kemudahan internet (mungkin) sbb saya akan berada di Bangkok hingga antara 13 - 15 haribulan. Jadi, semua emel, kena tunggu saya balik utk dijawab k
novel yg wataknya wanita dan memenangi hadiah sastera? novel dewasa atau novel remaja dan kanak2? kalau novel dewasa, hampir semuanya memenangi hadiah sastera.. kecuali Pantai Kasih, kalau saya tak silap. antaranya, Menongkah Lumrah - no satu dalam pertandingan menulis novel di sabah, hadiah sastera sabah dan hadiah sastera Perdana (kalau tak silap, boleh dirujuk di senarai buku dan hadiah/anugerah yg diterima, di blog saya). Dari Dalam Cermin - no satu pertandingan menulis novel, hadiah sastera sabah dan hadiah sastera Malaysia.. (begitulah seterusnya, lebih kurang. boleh dirujuk di blog saya k)
apa lagi ya? lupa pulak den.. oh ya, semua novel kanak2 dan novel remaja juga mengangkagt wanita/gadis sebagai watak utamanya. hampir separuh daripadanya, telah memenangi pelbagai hadiah sastera termasuk hadiah sastera perdana. juga boleh dirujuk di blog saya k |
|
|
|
|
|
|
|
6# seribulan
saya betul tinggal di sabah, tp di BOngawan, daerah pedalaman sabah... jauuuh dari kota kinabalu, di kelilingi keindahan fauna dan flora (hutan la tu..hehehe) ... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok tq sifu, terima asih skali lg bb sui mmbantu dan saya begitu tertarik utk terus mengkaji novel2 sifu. Saya sbnarnya ingin mgkji watak wanita dlm novel dewasa/serius. Apa2 hal nnti sy amat berharap dpt krjasama drp sifu. Trima kasih skali lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by satellite88 at 2-10-2009 10:41
Tahniah kerana sudah mencapai tahap pengkaji dewasa yang serius. Selamat berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
lovesickgirl saya dah balas emel. nanti saya balik dari bangkok, kita boleh sambung bincang k ... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah ek...
Azmah Nordin penerima S.E.A. Write Awards
BERPULUH-puluh tahun mengabdikan diri dalam bidang penulisan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilalui. Namun di sebalik perit getir menjadikan bidang penulisan sebagai keutamaan akhirnya terbayar apabila ada pihak yang menghargai usaha yang dicurahkan selama ini.
Sudah pasti segala keperitan selama ini terbayar apabila ada pihak yang nampak bakat dan usaha gigih yang tak pernah berkesudahan dalam memartabatkan bidang penulisan.
Biarpun ada yang memandang sinis dan mengatakan bidang penulisan sebagai bidang picisan tetapi hakikat itu sama sekali tidak benar dan bidang penulisan masih lagi berada dalam kelasnya yang tersendiri sehingga hari ini.
Pelbagai pihak juga memandang tinggi penulis tanah air dengan mewujudkan pelbagai anugerah kepada penulis tanah air sehingga ada yang diberikan gelaran Sasterawan Negara.
Kali ini Azmah Nordin telah membuktikan bahawa dia sememangnya layak digelar writer of the year kerana dianugerahkan Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards 2009) bagi negara ini.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sekretariat tetap S.E.A. Write Awards bagi negara ini dan majlis penganugerahan itu telah berlangsung pada 4 hingga 10 Oktober lalu sempena Minggu S.E.A. Write Awards di Bangkok, Thailand.
Pada malam gala yang diadakan di Hotel Royal Ballroom, Bangkok itu, Azmah telah menerima anugerah tersebut daripada Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn.
Menariknya Azmah diterbangkan ke Bangkok oleh Thai Airways International dan menginap di The Oriental Hotel Bangkok sepanjang minggu selain menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 7,000.
Jika disorot kembali sejarah S.E.A. Write Award ini merupakan anugerah yang diberikan pada setiap tahun semenjak 1979 kepada penyair dan penulis di Asia Tenggara.
Anugerah ini diberikan kepada penulis dari negara ASEAN walaupun bukan semua negara dalam ASEAN menghantar wakil setiap tahun. Anugerah ini kadang kala diberikan melalui hasil tulisan khas penulis atau pencapaian sepanjang hayat. Ini termasuklah dalam pelbagai disiplin seperti puisi, cerpen, novel, drama, cerita rakyat dan pengajian dan keagamaan.
Azmah anak kelahiran Kulim, kini bermastautin di Sabah, Azmah mula melibatkan diri dalam dunia penulisan dengan menghasilkan karya dalam bentuk cerpen dan novel.
Sejak tahun 1987, Azmah sudah menghasilkan 48 buah novel termasuklah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa sehingga hari ini dan pelbagai anugerah yang telah diterimanya.
Kehebatan penulisan Azmah tidak hanya terletak pada novel semata-mata, malah terdapat tiga kumpulan cerpen yang telah diterbitkan oleh DBP termasuklah Singkowoton (1994), Wizurai (1997) dan Kasih Seputih Seroja (2001).
Sebanyak 22 antologi cerpen pilihan juga telah diterbitkan sejak tahun 1989 dan Azmah juga aktif menghasilkan cerpen yang diterbitkan dalam majalah dan surat khabar.
Antara cerpen yang dihasilkan termasuklah Kurnia, Lukah, Hati Seorang Ibu, Tembusu, Singkowoton, Diulit Gelombang, Putut, Cermin dan banyak lagi.
Sepanjang penglibatan beliau dalam arena penulisan tanah air, Azmah juga pernah memenangi dan menerima pengiktirafan daripada pelbagai pihak termasuklah Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP (1996/1997, Menongkah Arus dan Permainan Kematian), Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP (2000/2001, Kasih Seputih Kemboja) dan banyak lagi.
Bagi Azmah, anugerah yang diterimanya ini merupakan sesuatu yang sangat bermakna kepada semua penulis negara ASEAN dan sudah pasti dia bersyukur kerana terpilih untuk menerimanya.
Jelasnya lagi, beliau sangat berterima kasih kepada mentornya yang berada di DBP dan seluruh institusi pengajian tinggi di seluruh negara yang selama ini banyak memberikan galakan dan tunjuk ajar.
Menyingkap sejarah lalu, 22 tahun yang lalu Azmah datang ke DBP dengan hanya berbekalkan doa keluarga dan semangat untuk menjadi penulis kreatif dengan menyertai bengkel- bengkel yang dianjurkan.
Sudah pasti selepas 22 tahun bertungkus lumus, penerima S.E.A. Write Awards 2009 ini begitu teruja kerana diberi pengiktirafan setinggi itu.
Azmah juga menganggap bidang sastera adalah 'penulisan berlian' dan sudah pasti anugerah S.E.A. Write Awards adalah 'Anugerah Berlian' dan hanya insan yang bertuah sahaja dapat memilikinya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|