View: 3824|Reply: 12
|
'Little India' Klang makin sesak!!!
[Copy link]
|
|
Little India semakin sesak
Oleh RASMI ABDULLAH
Sebahagian kenderaan di Jalan Tengku Kelana, Klang yang diletakkan
di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakan.
KLANG 1 Okt. – Setiap kali menjelang Deepavali, Jalan Tengku Kelana di sini atau lebih terkenal sebagai Little India merupakan antara kawasan yang paling sibuk.
Seperti juga Aidilfitri dan perayaan utama yang lain, mereka yang akan merayakan Deepavali juga mahu membuat persiapan bagi memeriahkan sambutan pesta cahaya itu.
Namun, bagi kalangan peniaga-peniaga di situ, ketibaan Deepavali bermakna masalah yang mereka hadapi saban tahun akan berulang.
Kawasan itu akan menjadi sesak dengan kenderaan dan orang ramai tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan oleh peniaga di situ untuk membantu pelanggan mereka.
Justeru, mereka memohon pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyediakan tempat meletak kenderaan tambahan di kawasan itu untuk kemudahan orang ramai dan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Mereka mendakwa kebanyakan pengunjung terpaksa meletak kenderaan di tepi jalan kerana tempat meletak kenderaan di situ tidak mencukupi.
Namun, tindakan pengunjung itu hanya menyebabkan kesesakan di kawasan itu menjadi semakin teruk.
Seorang peniaga kain, N. Ravi Chandran, 45, berkata, kawasan itu seharusnya dilengkapi dengan kemudahan tempat meletak kenderaan yang mencukupi kerana ia adalah salah satu kawasan yang selalu dikunjungi orang ramai termasuk pelancong asing.
Menurut beliau, kebanyakan pengunjung gemar ke situ kerana kawasan tersebut hampir serupa dengan Chennai di India dan segala keperluan untuk masyarakat India boleh diperoleh di situ.
“Keadaan inilah yang menyebabkan kami para peniaga memohon agar pihak MPK menyediakan lebih banyak tempat letak kenderaan di sini supaya pengguna tidak meletak kenderaan mereka sesuka hati di tepi jalan.
“Kami juga tidak boleh melarang mereka meletak kenderaan di situ kerana mereka adalah bakal pelanggan yang memberikan rezeki kepada kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Katanya, kadangkala ada juga pelanggan yang mengadu kerana kenderaan mereka di saman oleh pihak MPK dan polis trafik tetapi tiada apa yang peniaga di situ boleh bantu.
“Bukan sekali tetapi kadangkala sampai dua tiga kali sehari,” katanya.
Beliau berkata, masalah itu sudah berlaku sejak bertahun-tahun yang lalu tetapi jalan penyelesaian yang total masih belum ditemui.
“Kita sangat berharap MPK dapat mengambil langkah dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut.
“Di samping dapat mengurangkan kesesakan di bandar ini, penyediaan kemudahan itu juga boleh menarik minat lebih ramai orang datang ke Jalan Tengku Kelana dan Klang, amnya,” katanya lagi.
Seorang lagi peniaga yang ditemui, K. Kanagavalli, 49, memberitahu, beliau sendiri kadangkala tiada tempat meletak kenderaannya walaupun datang pada awal pagi.
Dia juga mengakui adakalanya terpaksa meletak kenderaan di tempat yang salah sehingga disaman oleh pihak MPK ataupun polis trafik.
“Saya sendiri pernah disaman sebanyak tiga kali sehari dan kadangkala hari berikutnya begitu juga.
“Sememangnya saya yang bersalah tetapi apakan daya kawasan tempat meletak kenderaan tidak mencukupi membuatkan kebanyakan peniaga melakukan perkara yang sama,” katanya.
Seorang peniaga barang-barang kemas, K. Pasupathi, 35, pula memberitahu, sekiranya penyediaan tempat letak kenderaan tidak disegerakan mungkin pendapatan para peniaga di situ akan berkurangan.
Ini kerana, katanya, pelanggan susah untuk datang berkunjung ke situ kerana kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan yang selesa dan selamat.
“Apabila pelanggan terfikir perkara itu, mereka mungkin ‘malas’ untuk ke sini dan akhirnya kami yang menerima kesannya,” kata beliau.
Pasupathi berharap pihak MPK prihatin terhadap masalah itu dan menyegerakan penyediaan tempat letak kereta tambahan agar mereka tidak kehilangan pelanggan.
lorrrrrrrrr tarak deepavali pun... mmg sesak jalan tengku kelana nih!!! aku suker klang... tapi tak leh pegi selalu... sesak sesesak-sesaknyer.... hah!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
OK le tu ... tak payah pergy Bombay |
|
|
|
|
|
|
|
kat area ni memang parking kurang sangat2...kalau ada pun kat area pejabat pos kelang tu je la,depan stesen ketapi ngan kat kedai2 belakang...area little india ni memang parking atas jalan je la jawabnyeee.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk keta2 yg parkng tepi jalan selamber je,
polis pn wat bodo je takde nak saman..
da r menyesakkan jalan raya yg jadi satu line bila da sampai area2 kedai tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon da x lalu situ. sesak ya ampun |
|
|
|
|
|
|
|
meluat aku g Klang..
Indon ramai,jalan sesak.
mcm dah x relevan je bandar ni..
yang best pon g Jusco Bukit Tinggi tu je |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon prefer jam kat jambatan kota dari lalu depan little india ni... kl nak balik telok gdong. sbb nnt aku sakit hati je |
|
|
|
|
|
|
|
tiap hari ada polis traffic utk mgawal lalu lintas.terutama waktu kemuncak.tambah2 deepavali nnt. sesak ya amat.kereta2 dok parking kat tepi2 jln.wat sakit hati je. |
|
|
|
|
|
|
|
Beli kain sari tok buat baju raye kt Gayathri.cantik2..rambang mata dibuatnye..
Tp aku x tahan dgn jem dgn bau2nye lg.
Nk cantik punye pasal ku rempuh jugak..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
arghhhhhhhh x tahan bau nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
Lesen: Peniaga Little India buat laporan polis
KLANG 11 Okt. - Sebanyak 15 peniaga di Jalan Tengku Kelana di sini membuat laporan polis hari ini kerana mendakwa berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemberian lesen sementara bagi tapak perniagaan yang dikhaskan sempena Deepavali.
Mereka membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini kira-kira pukul 10.30 pagi dengan ditemani oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan India Malaysia, A. Prakash.
Menurut Prakash, laporan yang dibuat hari ini dilakukan adalah kerana mereka mengesyaki terdapat unsur rasuah dalam pengeluaran lesen sementara dan mahu pihak polis menyiasat adakah pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) atau pihak lain terlibat.
"Yang menjadi persoalan kami kalau betul bukan MPK yang mengeluarkan lesen berkenaan kenapa pihak MPK tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang mempunyai lesen palsu itu.
"Mengapa mereka masih dibenarkan berniaga di situ sedangkan peniaga yang mempunyai lesen sah tidak mendapat tapak perniagaan di situ," katanya ketika selesai menemani peniaga membuat laporan polis.
Kata Prakash, tindakan pihak MPK yang hanya merampas lesen palsu itu tetapi tidak merampas barangan jualan peniaga tersebut sedangkan mereka telah melanggar peraturan juga menjadi tanda tanya.
Selain itu katanya, peniaga berkenaan seperti tidak takut meneruskan perniagaan di situ walaupun sudah tidak mempunyai lesen menunjukkan seperti ada yang tidak kena.
Katanya, perkara tersebut mungkin berlaku kerana ada pihak di dalam MPK yang mendalangi aktiviti tersebut sehingga peniaga berkenaan masih boleh berniaga di situ.
"Bayangkan kalau tidak ada orang yang bagi kebenaran masakan mereka masih berani teruskan perniagaan tanpa mempunyai lesen yang sah.
"Ini sudah terbukti ada orang dalam yang mendukung aktiviti mereka di sini," tambahnya.
Sebelum ini, peniaga di Jalan Tengku Kelana di sini mendakwa MPK telah memberikan dua lesen pada satu tapak perniagaan yang sama sehingga tercetusnya pergaduhan pada 4 Oktober lalu dan terpaksa dileraikan oleh pihak polis.
Beberapa peniaga yang tidak berpuas hati telah melakukan siasatan sendiri dan hasilnya mereka mendakwa kewujudan dua lesen itu berlaku kerana ada individu yang diberikan lebih satu lesen, had maksimum yang dibenarkan oleh pihak MPK.
Yang menjadi persoalan kepada peniaga asal kawasan terbabit ialah sama ada lesen sementara itu dikeluarkan oleh MPK ataupun didalangi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Pengarah Pelesenan MPK, Azhar Samsuddin ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu memberi ulasan tetapi memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat laporan polis esok.
"Biarlah polis yang membuat siasatan lanjut," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|