CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5563|Reply: 31

Kemalangan di Petrol Pump

[Copy link]
Post time 3-10-2009 02:15 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by t@t at 3-10-2009 02:16

Pam minyak hangus dalam kebakaran   


                               TUMPAT:Stesen minyak Mobil di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas berdekatan bulatan

kampung Pasir Pekan di sini musnah sebahagiannya dalam kebakaran yangberpunca dari sebuah kereta sedang mengisi minyak di pam stesen itu.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Wan Ngah Wan
Long,

berkata dalam kejadian jam 9.43 malam itu, pemilik kereta

berkenaan dikatakan membuka tempat enjin kereta sebelum api menyambar

paip yang menyalurkan minyak ke tangki kereta.

"Tiba-tiba api menyambar ke paip minyak yang sedang

menyalurkan ke tangki dan api marak dengan cepat bagaimanapun tidak

dapat dipastikan sama ada enjin kereta itu hidup atau dimatikan,"katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
        
   
    Wan Ngah berkata tiga jentera, masing-masing dari Pengkalan Kubor, Jalan Kota Darulnam Kota Baharu dan di sini bersama 15anggota berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak ke bangunanberdekatan.

"Api yang menyambar dengan cepat memusnahkan pam dan sebahagian bangunan stesen minyak itu," katanya. - Bernama




http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20091002164531/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 06:18 AM | Show all posts
aku biasa bubuh minyak kat situ dulu2....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 06:19 AM | Show all posts
gambau xde ke tat..?
membuka tempat enjin..??
tu enjin tgh on la kot...
kalo enjin off, camna la pulokk bule molotup..
kesan dari elektorstatik..??
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 07:20 AM | Show all posts
ni mesti tak tutup enjin
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 08:28 AM | Show all posts
mamt ni isi minyak kat tank ke kat injin???
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 08:41 AM | Show all posts
aku tau stesen ni.............................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2009 11:02 AM | Show all posts
isi kat tempat isi minyak enjin tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2009 03:11 PM | Show all posts
dari utusan plak




Stesen minyak musnah dijilat api

Anggota bomba memadamkan api yang memusnahkan sebuah stesen minyak di Wakaf Baru, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 2 Okt. - Sebuah stesen minyak di Jalan Baru, Wakaf Baru, di sini, musnah dijilat api dalam kebakaran malam tadi yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM1 juta.

Kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam itu turut menyebabkan penduduk berdekatan gempar setelah terdengar bunyi letupan kuat.

Kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah kereta Proton Iswara yang sedang mengisi minyak di stesen tersebut.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Pekerja stesen minyak terbabit, Zaizul Ibrahim, 25, ketika ditemui berkata, dia berada di belakang stesen itu sebelum terdengar jeritan meminta pertolongan.

"Saya kemudian bergegas ke depan dan melihat api marak membakar sebuah kereta. Sejurus itu berlaku beberapa letupan.

"Saya dan rakan tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya sempat menyelamatkan diri," katanya yang bekerja dengan seorang rakannya ketika kejadian, semasa ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, bunyi letupan dan api yang marak menggemparkan penduduk berdekatan dan menyebabkan orang ramai mengerumuni kawasan itu.

Katanya, kejadian itu turut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas setelah polis bertindak menutup jalan terbabit untuk keselamatan awam.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Nazah Nafi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 9.43 malam.

Katanya, seramai 20 anggota bersama empat jentera iaitu dua dari Bomba Pengkalan Kubor dan masing-masing sebuah dari Kota Darul Naim dan Tumpat dikejarkan ke tempat kejadian.

"Api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit bagaimanapun punca kebakaran masih lagi disiasat.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana hanya sebuah kenderaan sahaja di premis itu manakala pemilik kereta terbabit berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Dalam kejadian berasingan, sebuah rumah turut musnah dijilat api di Kampung Pintu Geng Kota dekat sini, dalam kejadian pada pukul 3.30 petang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Ghani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.35 petang dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

Menurutnya, pihaknya dapat mengawal api 15 minit kemudian yang hampir merebak ke sebuah rumah dan madrasah berdekatan.

"Kerugian dialami pemilik rumah itu dipercayai mencecah RM70,000," katanya dan memberitahu punca kebakaran masih dalam siasatan.


http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ur&pg=wt_04.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 03:56 PM | Show all posts
Itulah masalahnya dengan sikap sesetengah masyarakat ni:

-guna hp masa isi petrol
-enjin tak mau off
-main SMS kat tepi petrol pump..

kalau setakat kau aje yg meletup terbakar rentung, tak kisah la..
tapi nanti menyusahkan org lain disekeliling kau..

bila di sound, buat muka masam..or buat2 bodoh macam tak ada apa yg berlaku..
lagi hampeh, kita yg di sound nya balik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 04:02 PM | Show all posts
da terhantuk baru tergadah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 04:18 PM | Show all posts
10# nik2121


betul2...rakyat mesia mmg ssh tuk dinasihatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 05:04 PM | Show all posts
maklumlah pendidikan kurang tapi ego
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 05:12 PM | Show all posts
12# PerKasa

kurang pendidikan = kurang ajar kan

dah la kurang ajar.. cepat naik minyak..


apsal diorang suke sangat tak matikan suis enjin mase isi minyak?
takut bini tersayang panas kat dalam ke?
nanti kalau tebakar.. bini tersayang panas rentung ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 07:13 PM | Show all posts
takutnye bila melibatkan kebakaran kat petrol pam......selalunye yg tak off enji masa isi petrol tu lelaki la....yg dok main sms/gayut tu pompuan & lelaki juge....haku ckup takut bnda2 cmni....mmg time isi petrol bolayan smua bnda tu...fon duk jauh bwh tmpt kaki.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 07:22 PM | Show all posts
henpon dalam poket pon bahaye ke a?
aku biase letak lam poket je tepon...
kut bahaye jer time tgh isi minyak ade org call..

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 09:10 PM | Show all posts
punca utama kebakaran di stesen minyak ialah elektrostatik. bukan sebab HP ataupun tak tutup enjin. lagi2 HP, mmg langsung tak boleh menyebabkan kebakaran stesen minyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2009 12:08 AM | Show all posts
kalau electro static, bile kuar keter nak g isi minyak tu sentuh badan keter bahagian metal ngan tangan dulu la kan...
kasi neutral dulu.. kot2 mase jolok muncung nozzle pump tu.. spark kat tempat isi minyak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 10:58 AM | Show all posts
kan  elok kalau tuan punya kete ja yg rentung(tu pn klu mmg salah dia la)..nyusahkn org lain:@
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 11:31 AM | Show all posts
masa meletup keta tu tak melambung ke mcm cite hollywood?...

aku terpikir apsal drebar tu pegi bukak tempat enjin tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 07:27 PM | Show all posts
biase gak aku tgk org bukak mase isi minyak nih..
time tu le nak isi air la ape la macam2
macam tade mase lain jer..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.354757 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list