CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22128|Reply: 9

§10 Courtesy CARI Forum§

 Close [Copy link]
Post time 5-10-2009 09:37 PM | Show all posts |Read mode
10 Courtesy CARI Forum

Courtesy 1: Ingatkan Orang Lain




Forum memainkan peranan kepada semua orang untuk berkumpul bersama dan saling berkenalan.

Tetapi semasa kita berinteraksi dalam dunia cyber atau forum, kadang-kadang kita selalu mengabaikan perasaan orang lain atau kemunculan orang lain di forum ini.

Secara tidak langsung, sikap dan kelakuan kita juga akan jadi lebih buruk dan tidak bersopan santun.

Justeru itu, Courtesy 1 hendak mengingatkan ahli forum kena jaga hati atau perasan orang semasa berinteraksi di forum.

Ahli forum hendak sentiasa ingatkan orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2009 09:38 PM | Show all posts
Courtesy 2: Berkelakuan baik tidak kira di dunia sebenar  atau cyber


Di dunia sebenar, kebanyakan orang atau masyarakat mematuhi peraturan atau perlembagaan, walau bagaimanapun di dunia cyber juga tidak kecuali terdapat undang-undang tersendiri yang perlu dipatuhi oleh ahli forum.

Prinsip hidup di dunia sebenar dan dunia cyber sebenarnya lebih kurang sama, Ahli forum jangan sesekali ingat semasa berinteraksi di dunia cyber boleh mengabaikan sikap moral.

Patuhi undang-undang dan bersikap moral semasa berinteraksi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 09:38 PM | Show all posts
Courtesy 3: Beristiadat



Forum yang berbeza mempunyai peraturan yang berbeza, sesetangah perkara dibenarkan atau bersesuaian di forum lain tetapi tidak bermakna juga bersesuaian di forum ini.

Ahli forum perlu mengikuti istiadat forum masing-masing, jangan berinteraksi mengikut perasaan dan istiadat diri sendiri.

Ahli forum sebelum berinteraksi di forum ini diminta meneliti keadaan atau istiadat forum ini terlebih dahulu, terutama peraturan forum.

Dengan cara ini, ahli akan lebih fahami apa yang dibenarkan atau sebaliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 09:41 PM | Show all posts
Courtesy 4: Jangan bazir Masa Orang Lain



Ahli forum termasuk pihak pentadbiran sebelum buka thread untuk satu topik perbincangan, sila ambil masa sendiri search.

Kemungkinan topik yang sama pernah dibawa bincang banyak kali.

Ahli forum perlu berdikari, jangan serahkan tanggungjawab ini kepada orang lain atau pihak pentadbiran.Ini akan membazirkan masa orang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 09:42 PM | Show all posts
Courtesy 5:Tinggakan Tanggapan Baik Kepada Orang lain



Di dunia cyber, ahli forum menggunakan nickname untuk mewakili diri sendiri.

Melalui nickname, orang lain tidak dapat menilai sikap dan tingkah laku anda sampai tahap mana.

Oleh itu, hanya melalui interaksi saja, orang lain dapat menilai sikap anda baik atau kurang ajar/bersikap biadap.

sila tinggalkan tanggapan baik kepada orang lain semasa berinteraksi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 09:42 PM | Show all posts
Courtesy 6: Kongsi pengetahuan



Semasa berinteraksi di forum, ahli digalakkan untuk kongsi pengetahuan atau maklumat anda kepada orang lain.

Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan lagi pengetahuan semasa berkongsi maklumat dengan orang lain.

Forum yang mempunyai banyak maklumat bermula daripada semua orang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2009 09:45 PM | Show all posts
Courtesy 7: Berinteraksi dengan hati yang mulia



Ahli forum semasa berinteraksi perlu berhati mulia dan berinovasi.

Semasa menghadapi perbincangan yang berpendapat berbeza dengan orang lain jangan Personal attacks orang lain.

Padahal anda perlu memberi pendapat yang bernas sekali untuk menyokong pendirian anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 09:46 PM | Show all posts
Courtesy 8: Menghormati/jaga Hak Peribadi orang lain



Ahli forum perlu beretika, jangan sesekali pun heboh hak peribadi orang lain di forum, seperti gambar, number telefon, email dan sebagainya kepada orang lain.

Ini bermakna jika anda berkenalan dengan ahli lain, kemudian saling bertukar MSN, isi perbincangan di MSN jangan heboh di forum.

Ahli kena beretika dan tahu menghormati orang lain.

Ironisnya, kalau hendak orang lain menghormati anda, anda terlebih dahulu mesti hormati orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2009 09:46 PM | Show all posts
Courtesy 9: Jangan Salahguna Kuasa



pihak pentadbiran seperti moderator jangan salahguna kuasa semasa menjalankan tugas.

Walau bagaimanapun, ahli forum yang berkenalan baik dengan moderator, jangan menpengaruhi mereka untuk menyalahguna kuasa untuk menunaikan hasrat anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2009 09:47 PM | Show all posts
Courtesy 10: Toleransi



Jika anda mendapati orang lain tulis silap atau menyatakan isu yang tidak sesuai, jangan menghina atau maki mereka bodoh atau perkataan yang tidak sesuai.

Anda boleh buat teguran tetapi dengan cara yang bertoleransi, dan boleh membuat teguran melalui PM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.063636 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list