CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2839|Reply: 0

HIDAYAH CINTA - Karya Ilham Hamdani

[Copy link]
Post time 6-10-2009 03:45 PM | Show all posts |Read mode
HIDAYAH CINTA



Judul: HIDAYAH CINTA
Penulis: ILHAM HAMDANI
ISBN: 978-983-3604-71-5
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.00 (Sem. Malaysia) / RM 26.00 (Sabah/Sarawak)
Ketebalan: 402 halaman
Cetakan pertama: 2008

Testimonial :

" Membaca karya Ilham Hamdani ini bagaikan menyusuri sendirijalan-jalan sepi di Ibaraki, bagaikan benar-benar bernafas dalam nafasUmar Thilmisani, bagaikan berada dalam resah dan harap Ayumi.Penceritaan yang terkesan di hati. Sarat dengan sempadan dan teladan.Dan ingatan pada Dia yang berkuasa di atas tujuh petala langit dantujuh petala bumi. Novel yang segar persis bunga-bunga sakura yangtidak akan hilang seri, meski alam saling bergantian antara musim-musimdingin yang menikam, bunga yang riang, panas yang menggigit dan luruhyang asyik..."

John Norafizan, Novelis Sempadan Tanpa Seri, Berikan Aku Satu Bintang, Cinderella Hati dan Garis Dejavu

" Kandou shimatsu (terharu) Itu reaksi spontan usai membaca HidayahCinta. Ya, diakui cinta dan kasih sayang itu adalah satu anugerahterulung dari al-Khaliq. Adaptasi cinta dan kasih sayang oleh penulismelebar tanpa sempadan. Tidak hanya cinta Thilmisani kepada Ayumi, jugacinta dan pengorbanan Thilmisani yang mendermakan sebelah buahpinggangnya untuk Hiroo, sahabat akrabnya. Paling agung, cinta Ayumikepada Islam. Saya kagum dengan latar belakang penceritaan di bumisakura yang dibuat dengen begitu terperinci. Pembaca seperti dibawamengembara ke bumi matahari terbit itu. Cukup menerjah semula kenanganlama saya di Fukushima, semasa berkelana selama empat tahun dahulu."

Blogger Rudy Bluehikari, lulusan Fakulti Undang-undang, Universiti Fukushima, Jepun.

" Saya mengenali tulisan Ilham Hamdabni agak lama sejak kelahiran cepensulungnya, Wardah Ain Salbila, malahan saya mengikuti jatuh bangunnya,buta celiknya dalam penulisan. Pada saya Hidayah Cinta adalah karyaterbaiknya setakat ini. Sebagai wanita, saya cukup tersentuh. WatakAyumi begitu meninggalkan kesan! Saya melihat babak demi babak tentangAyumi yang berjaya diadun baik antara ramuan cinta dan agamanya. Ah,latar belakang bumi sakura menambahkan rasa lazat dalam Hidayah Cinta.Sama ada abnda pencinta biasa, ayaupun pencintya agama, Hidayah cintapunya kedua-duanya"

Sri Diah, Novelis & editor Kumpulan Karangkraf

Sinopsis :

Ibaraki, atau lebih tepatnya perdaerahan Hitachi di tanah Sakura;tempat seorang pelajar Malaysia mendalami ilmu kejuruteraan mengambiltempat sebagai lokasi penceritaan. Bandar Hitachi; sebuah daerah ditimur kotaraya Tokyo, bersempadan dengan laut, bukit-bukau yang hijau,tasik membiru menjadi latar sebuah permulaan percintaan, UmarThilmisani dan Ayumi.
Kasih sayang itu luas maknanya. Lantas mengapa ungkapan cinta itusering disalah tafsir golongan ekstrimis cinta, hingga menjuruskanmakna cinta hanya untuk satu erti sedangkan sinar itu sebenarnya hadirtanpa sempadan yang nyata.

Hidayah, anugerah cinta dan kasih sayang terulung dari al-Khaliq.Seindah maknanya, karya ini diwarnai dengan kasih sayang, tidak puladisempitkan definisinya kepada cinta sesama manusia semata-matasebaliknya turut menyentuh aspek cinta kepada yang Maha Esa, kepadaagama Allah, kepada Islam.

Pertama kali membaca Hidayah Cinta, pembaca akan tertarik dengan gayapenyampaian penulis dalam mengeksplorasi latar belakang negara matahariterbit, Jepun. Penulis berjaya menyisipkan pengalaman selama menetap disana untuk dikongsi bersama pembaca. Kenangan terindah itu akhirnyamenzahirkan keunikan dalam karyanya sehingga mampu membangkitkan dayaimaginasi tersendiri kepada pembaca.

Penceritaan mengambil latar belakang geografi bumi Ibaraki, atau lebihtepatnya daerah Hitachi, sebuah kawasan di timur kota raya Tokyo.Letaknya bersempadan dengan laut, bukit-bukau yang hijau dan tasikmembiru yang sesuai benar dijadikan seting prolog percintaan antaraUmar Thilmisani dengan Takahashi Ayumi.

Pertemuan pertama, membibitkan perasaan benci yang menggunung dalamdiri Takahashi Ayumi. Umar Thilmisani seperti sengaja mahu memalukandia. 'Budaya yang diamalkan Thilmisani memang sesuatu yang kolot.'Itulah antara persepsi awal Ayumi tentang lelaki kacak itu. Tapimengapa setiap kali hatinya menjerit benci, setiap kali itu jugalahwajah Thilmisani menerjah mindanya.

Akhirnya ucapan maaf dihulur dan perkenalan mereka menjadi akrab. Demipersahabatan yang baru bercambah, Thilmisani menghadiahkan kitab tafsiral-Quran kepada gadis itu. Kesungguhan Ayumi dalam mengenali Islamterserlah sehingga dia meluahkan perasaan cinta dan kasih terhadapIslam kepada Thilmisani.

Hidayah Cinta merungkai persoalan-persoalan yang berlegar dalamkehidupan seharian. Isu kesetiaan dalam persahabatan begitu jelasdinyatakan dalam watak Thilmisani. Kesanggupan Thilmisani mendermakanbuah pinggangnya demi menyelamatkan nyawa sahabat karibnya memangmengharukan. Pengorbanan ini menjadikan dia model sahabat paling unggul.

Watak Ayumi pula mampu menyentuh naluri pembaca wanita. Dia seorangyang tulus, tidak membenci insan lain walaupun ada yang mencemburuikecintaan Thilmisani kepadanya. Hati wanitanya sungguh murni dan tidakpernah sedetik pun dia ingin membalas dendam, malah dia dengan sepenuhhati mendoakan insan yang membencinya agar selamat dan dilindungi Tuhan.

Dengan gambaran personaliti watak yang digarap penuh hemah, IlhamHamdani berjaya mewujudkan sebuah karya Islami yang lengkap denganrencah kehidupan dua budaya yang dipisahkan sempadan lautan.Penceritaannya juga santai dan mudah difahami sesuai untuk semuagolongan pembaca, dalam masa yang sama ia mampu membuai perasaan hinggapembaca terbawa-bawa dengan watak dalam penceritaannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058357 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list