CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 21276|Reply: 41

[MAKAN] Restoran Masakan Khusus Cina Muslim

[Copy link]
Post time 19-10-2009 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 24-3-2012 16:05

Masakan Khusus Cina Muslim
Mukmin Jaya Seafood Restaurant Mula Beroperasi Di Limbongan

BANDARAYA MELAKA, 18 Okt - Ketiadaan sebuah restoran khusus dalam menyediakan hidangan masakan laut Cina dan benar-benar halal di negeri ini yang boleh dinikmati masyarakat Islam tanpa was-was mendorong seorang wanita tempatan membuka satu-satunya restoran seumpamanya bagi membolehkan masyarakat Islam menikmati hidangan berkenaan di Limbongan dekat sini.

Wanita terbabit, Norliya Ismail, 53, berkata, restoran seumpamanya yang dinamakan Mukmin Jaya Seafood Restaurant (Masakan Khusus Cina Muslim Asli) diusahakan beliau sendiri bersama seorang rakan kongsi mualaf, Hanisah Pook Abdullah, 45.

Katanya, konsep makanan disediakan di restoran berkenaan adalah 100 peratus makanan halal Cina.

Beliau berkata, idea membuka restoran berkenaan yang kini beroperasi di Jalan Kristal Satu, Taman Limbongan Indah, Limbongan, selepas mendapati tiada satu pun restoran makanan Cina yang halal dan boleh dikunjungi orang Islam di negeri ini yang mempunyai keinginan untuk menikmati makanan seperti itu tanpa was-was.

"Apabila saya membuat tinjauan di seluruh bandar Melaka saya dapati tidak terdapat satu restoran seumpamanya dan bermula dari situlah terbitnya ilham mewujudkan restoran yang khusus dalam masakan halal Cina.

"Sehubungan itu, selepas berbincang dengan kenalan rapat yang juga rakan kongsi saya iaitu Hanisah Pook yang sememangnya mempunyai pengalaman luas berkaitan masakan Cina maka kami mengambil keputusan membuka restoran ini," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pembukaan restoran berkenaan di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Telok Mas yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Latiff Tamby Chik.

Sementara itu, Norliya berkata, uniknya, mereka menggunakan khidmat dan kepakaran beberapa tukang masak berpengalaman dikalangan golongan mualaf.

Ini katanya, bertujuan bagi menjamin mutu makanan Cina yang asli lagi halal seperti dikehendaki.

"Setakat ini, kami mempunyai dua chef dimana satu daripadanya pernah berkhidmat selama tiga tahun di Ireland, enam tahun di Brunei selain hotel terkemuka di negara ini manakala, chef kedua pula berpengalaman bekerja di restoran Cina di Melaka dan Kuala Lumpur sebelum memeluk Islam.

"Kedua-dua chef ini dibantu seorang lagi chef yang juga mempunyai pengalaman luas dalam masakan Cina," katanya.

Dalam pada itu, Norliya berkata, strategi mereka untuk memperkenalkan masakan Cina asli dan halal diusahakan restoran mereka itu kepada rombongan pelancong, badan korporat, syarikat swasta, kilang, pejabat dan lain-lain.

"Selain beroperasi setiap hari, restoran kami juga menyediakan perkhidmatan tempahan, rombongan, majlis dan katering malah ia juga mampu memuatkan antara 100 hingga 120 pelanggan pada satu masa," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2009 01:19 PM | Show all posts
cane nak gi limbungan ni ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2009 02:33 PM | Show all posts
2# lissa

lisa dari mane
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 07:13 AM | Show all posts
Aku ada di majlis perasmian tu,tak ada sesiapa VIP pun datang juga tak ada jemputan.Kena order ala carte dan bayar dari pocket sendiri dia beri 50% discount.Bagi sesiapa yang tak pernah makan di restaurant cina(halal) mungkin akan kata makanan tu sedap tak bagi aku ...................
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 08:49 AM | Show all posts
dari batu berendam
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 11:11 AM | Show all posts
Ada food review dari forumer lain?

Aku ada beberapa kali lalu depan restoran ni tapi belum sempat nak singgah. Baguslah kalau restoran ni hidangkan makanan cina halal. Kalau ada rezeki aku utk makan di sini, insyaAllah aku bagi review. Tapi tak tau bila lah.

Kawasan ni dulunya adalah laut tapi telah ditambak dan ada banyak kedai2 baru kat area limbongan ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2009 05:18 PM | Show all posts
hahaha

ak igt baru nak buat promotion kat sini....
ni kedai sedara ak lor, haha....
Tukang masak yg Norhanisah tu mak cik ak....hehe
tukang masak suma yg mualaf....


Try la, mmg x rugi RM 5 nasik goreng sepinggang.

ssbrosi,
maybe masa awak dtg tu org ramai sgt kot, so tukang masak x dpt nk masak betul2....

masa baru2 rasmi tu ramai giler, even family ak yg dtg kene tggu dekat sejam....

tapi sekarang dah ok kot, semalam ak beli cepat je dpt, sedap pon sedap....

Menu fav ak Nasi Goreng Macau

Nasi neh mmg lain dari yg lain, rasanya unik la bagi ak....

Mihun goreng dier pon sedap giler....

Mak cik ak nih mmg ske masak, so kalau msak rencah mesti nak banyak

Tu yg dlm mee, nasik goreng dier udang byk2, kasar2 dier bubuh....

Overall best dan lain dari yg lain....

kepada sesiapa yg pernah makan kat Cheng Ho, stail menu dier sama, cuma lebih murah dan sama sedap.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 05:20 PM | Show all posts
nih kalu nak reserve ke, pertanyaan ke, ak kasi nombor phone

Hanisah (dier kat dapur slalunye, so jarang2 dier dpt angkat)

019-667 4942

Norliya

012-624 2427
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2009 10:25 PM | Show all posts
nnti aku try ....

tp sblh jln plak tu.. x bes ngedate plak hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 08:50 AM | Show all posts
ader dimsum x?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 06:31 PM | Show all posts
dim sum takda...

tp kata mungkin ada kot in the future, depends on demand la....

tp ada shark fin soup.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 08:39 AM | Show all posts
ooo..kalau ader dim sum best gak..

ok..ok.. nanti kalau balik aku nak gi..

tapi aku x tau cane nak gi..uhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 12:20 PM | Show all posts
8# nameloo

Kalau tak jadi keberatan pada nameloo, boleh tak jika pastekan menu yang ada kat restoran tu?

Takdelah nanti tercangak2 kat dalam restoran untuk amik order.

TQVM
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 05:33 PM | Show all posts
alamak aih...

sorry r, menu dier ak x dpt lak nak carik.....

nanti la kalu ak dpt mintak satu copy ak cuba tepek kt sini.....

tapikan nama menu suma pelik2, nama cina, so pepandai la tya waiter.....

ak pun x merasa sume menu dier lg....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:53 PM | Show all posts
14# nameloo Pukul berapa operating hrs restaurant nih? kalau ada menu tolong tempek skali ya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 05:52 PM | Show all posts
Operating hours dari 12-3 ptg
pastu tutup jap
kemudian smbung dari 6-12 malam
bukak hari2 kecuali hari Jumaat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2009 12:22 PM | Show all posts
kat mana ni?kalau naik bas dari bukit beruang camne nak gi situ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 02:58 PM | Show all posts
Alamak aih, naik bas ke?

Kalu naik bas susah sikit sebab tmpt tu tmpt baru, btk bas x mo lalu...

Tmpt ko kt Limbongan, kalu pergi limbongan mesti nampak punya kedai tu sebab kedai tu betul2 depan trafik light.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 06:53 PM | Show all posts
limbongan tu kat ne?aku bukan orang melaka..huhu...kalau naik kete dari bkt beruang ke mane lak?yg dekat mp ke?batu berendam ke? aku x pernah dengar limbongan nih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2009 07:19 PM | Show all posts
wah...sounds very interesting...kalu dari taman tasik utama ayer keroh nak ke sana mcam mne???harga dalam range brape...especially shark fin soup....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.062951 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list