CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10222|Reply: 32

Rahsia muda Dr. Mahathir

[Copy link]
Post time 27-10-2009 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Rahsia muda Dr. MahathirOleh MARHAINI KAMARUDDIN, RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH dan AMIRAH AMALY SHAFAAT

BERPAKAIAN lengkap dengan aksesori seperti topi untuk aktiviti berkuda.

MINGGUAN: Apa hobi Tun pada masa lapang?
Dr. Mahathir: Sebenarnya
saya tidak banyak masa
lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencanauntuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaandengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan. Kalau adamasa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.
Tun nampak muda daripada usia sebenar, apa rahsia Tun kelihatan cergas dan bertenaga?
Dr. Mahathir: Saya memang aktif daripada dulu pun. Saya percayakalau kita aktif terutama setelah kita bersara dan tidak ada lagitugas-tugas tertentu, itu sendiri mempunyai kesan baik kepada kesihatandan kecergasan kita. Jadi kerana kita cergas, maka kita akan merasalebih sihat dan kerana kita sihat, maka kita lebih cergas. Jadi, orangyang bersara patut mempunyai hobi atau apa-apa minat tertentu yang akanmenghabiskan masa siang dan malam mereka.
Bagaimana Tun memastikan keadaan kesihatan sentiasa stabil?
Dr. Mahathir: Saya jaga kesihatan saya. Memanglah kadang-kadangdapat juga penyakit seperti dahulu saya dapat penyakit jantung dan itutelah dirawat dan dibedah. Dan sekarang ini saya sudah pulih daripadasakit itu dan lega daripada kesan pembedahan.
Saya selalu mengambil berat tentang keadaan kesihatan saya iaitukalau ada apa-apa yang saya rasa kurang baik, maka saya bertanya kepadadoktor saya dan saya biasanya mengikuti arahan-arahannya dan ubat-ubatyang perlu saya
makan. Selain itu, saya bersenam, saya berjalan dan saya juga gunatreadmill kalau tak dapat berjalan kerana hujan atau lain-lain perkara.
Apa makanan kegemaran Tun? Adakah Tun menitikberatkan aspek pemakanan?
Dr. Mahathir: Makanan saya makanan biasa iaitu nasi dengan kari.Walaupun kadang-kadang saya pilih masakan barat atau Jepun tetapikegemaran saya, saya fikir semua orang tahu, daripada lauk-lauk yangsaya makan yang paling saya suka adalah daging bakar cicah air asam dansayur keladi. Ini adalah kegemaran saya.
Tetapi saya tak makan terlalu banyak. Selalunya sederhana. Sayamakan hampir semua, tak ada yang saya pantang sebenarnya. Dan setiapkali saya timbang berat untuk menentukan saya tidak terlalu berat.
Apakah aktiviti senaman kegemaran Tun?
Dr. Mahathir: Saya buat sikit-sikit sahaja iaitu saya angkat dumbelpagi-pagi dan saya buat senaman tarik nafas dan selain itu, saya jugaguna treadmill dan berjalan.
Pada usia ini, sudah tentu Tun gemar bercuti dan melancong bersamakeluarga? Apakah aktiviti riadah atau destinasi percutian Tun?
Dr. Mahathir: Saya jarang bercuti sebenarnya tapi setahun sekalisaya ambil cutilah. Dalam 10 hari atau dua minggu. Tapi masa cuti punkalau ada kerja yang boleh buat, saya buat juga. Dan saya selalu keluar negara kerana ada urusan di sana, memberi ucapan-ucapan setelahdijemput oleh banyak kumpulan-kumpulan. Semasa bercuti,seboleh-bolehnya saya ingin supaya keluarga saya ikut bersama. Sayabiasanya bercuti di laut
Mediterranean. Saya suka naik bot di Laut Mediterranean dan pergi kebandar-bandar kecil di tepi-tepi laut seperti di Turki dan Greece dankadang-kadang juga di Perancis.
Apa rahsia kebahagiaan rumah tangga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?
Dr. Mahathir: Dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapatbahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab.Kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. Dansaya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya. Sebabitu saya lebih suka walaupun kita memanglah ada masalah, mungkin salahfaham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balikberdamai. Dan saya tak minat
untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang kurang baik.
Sejak bila Tun perlu memakai cermin mata?
Dr. Mahathir: Saya mula pakai sejak umur 14 tahun lagi. Tapi rabunmata saya tidak kuat. Kalau saya buat ujian mata, saya boleh baca semua.
Saya bernasib baik kerana tiada katarak. Ada sedikit tetapi tidak mengganggu.
Apa pendapat Tun tentang kesedaran masyarakat sekarang tentang penjagaan kesihatan seperti virus H1N1?
Dr. Mahathir: Ini bergantung pada diri sendiri. Kita tidak bolehberharap Jabatan Kesihatan selamatkan kita, menolong kita daripadadapat jangkitan. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan. Kalau kitatidak dekat orang yang ada jangkitan, kita tidak dapat kerana asasnyaada jangkitan. Kita perlu elak daripada berjumpa dengan orang ramai.Kita di sini seolah-olah tidak mengambil berat tentang pemakaian mask(topeng muka) walaupun sudah diarahkan. Ramadan yang lalu, saya pergipasar Ramadan, saya pakai topeng tetapi pelanggan-pelanggan danpenjual-penjual tidak memakainya.
Kita tidak mengambil berat pasal ini. Misalnya, hidung berair, ini kena berubat dengan cepat.
Apakah nasihat Tun kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan seperti penjagaan jantung?
Dr. Mahathir: Saya berpendapat masyarakat mesti mengambil tahutentang kesihatan diri sendiri. Yang itu mereka mesti jaga daripadaawal supaya tidak menjadi terlalu gemuk kerana makan keterlaluan danmereka jaga supaya mereka
cergas, jaga tubuh badan mereka terutamanya menjaga gigi dan lain-lain bahagian dalam badan kita.
Seboleh-bolehnya tidak makan barangan yang boleh mendatangkanpenyakit kepada kita terutama kolestrol dan lain-lain kita makan secarasedikit, tak terlalu banyak.
Apa yang dilarang, kita cuba elak. Jadi dengan cara kita selalumengambil berat tentang kedudukan tubuh badan kita, saya fikir inimemberi alamat untuk mengelak lebih awal sesuatu yang tidak dikehendakiterutama berkenaan berat badan. Dan kita punya profail, kalau kitatengok sesetengah orang perut mereka buncit kerana mereka tak jagamakan. Ini yang menyebabkan kemudiannya mereka tak nampak sihat.Walaupun mungkin mereka kuat dan sihat tetapi dengan profail yang takbegitu menarik, mereka akan tidak nampak sihat. Dan sebenarnya bilanampak tak sihat akhirnya betul-betul akan menjadi tak sihat.
utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 01:00 PM | Show all posts
sy suke Tun Dr Mahathir...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:14 PM | Show all posts
jgn haraplah ramai laki melayu wat camni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:30 PM | Show all posts
inilah manusia yg telah menjadikan msia negara sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:41 PM | Show all posts
idola,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 10:29 PM | Show all posts
badan dia masih mentain lg wp sudah tua...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2009 08:38 AM | Show all posts
Awet muda suggoih TDM ni. Mcm org umo 50-an.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:25 AM | Show all posts
org byk duit boleh la melancong satu donia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2010 12:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by eumora_malaysia at 1-1-2010 15:50

siape kate bekas pemipin .... sampah tu ..
tak tahu bersyukur lansung...
semua rakyat terima dier.. biarkan laa..
demokasi.. mungkin ade yang tak bagus ..
manusia kan .. tapi banyak ye yang bagus ...
bagi tau pemimpin mane yang boleh puaskan
ari setiap orang dalam dunia nie? tak terima gadak n qadar nie
lagi sampah .. kite nie ikut jer flow kehidupan .. time
pulihanraya .. ha'a suke ari mak bapak kite nak udi siape...
tapi kalau dah kalah pada orang yang bukan kite suke tu .. terima je..
tuhan dah kasi rezeki dier untuk pimpin ... biarkan laa..
dok sibuk dier rasuah laa.. tak jalan kan tugas laa..
biar laa tuhan buat penilaian ..kalau ko jadi pemimpin..
belom tentu ko tak rasuah ..
aku sokong sesiape saje yang jadi pemimpin ... janji..
aku leh keje .. aku leh bayar zakat n keterunan aku tak kebulur ...
itu baru tak  jadi sampah ...  hidup tun mahathir ... jasa mu dikenang
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 03:26 PM | Show all posts
lau dia kata Tun Mahathir menyebabkan Malaysia jd negara  sampah maka dgn segala hormatnye org yg menghina tu blh keluar dr Malaysia. Walau camne kita x suke seseorg tu, jangan tunjuk sangat. Mungkin dia lebih baik dari kita yg tau bercakap je dari membuat sesuatu. lau awak terror kenapa x jadi PM??? :@
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 07:38 PM | Show all posts
oooo.... aku igt kan dia makan gamat healin gamogen...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 07:55 PM | Show all posts
perhh mendumbell tiap2 pagi power2
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2010 02:02 PM | Show all posts
inilah manusia yg telah menjadikan msia negara sampah.
abangbikerz Post at 27-10-2009 13:30


kalo ko jd pm plk jgn2 ko buat msia ni jd negara najis
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2010 06:26 PM | Show all posts
kalo ko jd pm plk jgn2 ko buat msia ni jd negara najis
otai_g Post at 23-1-2010 14:02


Yup, orang macam abgbikerz ni hanya tahu bercakap je, buatnya tak tahu....u must prove something first then only can you talk!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 04:21 PM | Show all posts
inilah manusia yg telah menjadikan msia negara sampah.
abangbikerz Post at 27-10-2009 13:30
BGTAU SKET..SAPE PEMIMPIN LAIN YG BOLEH BUAT M'SIA MEMBANGUN SMPAI MCMNI SELAIN DR M? TAK BERSYUKUR LGSUNG..HANG PAKAI KETA APA?NTAH2 WIRA.. KETA PROTON   NAK KUTUK LEBIH2 PLAK DIA..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 10:04 PM | Show all posts
antara mahathir, pak lah n bijan aku rs bagus lg la zaman mahathir dulu.
hidup kira senang la sikit.
ni bila pm slps mahathir ni haprak je lebih.
cakap berhabuk islam hadhari la, rakyat didahulukan tp hidup makin susah.
aku respek mahathir cr dia manage ekonomi smpikan kita x rs susah sgt walau pun ekonomi dunia jatuh pd ms itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2010 08:48 AM | Show all posts
dia tak sebut pasal tukar darah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 01:14 PM | Show all posts
bersyukurlah kiter pernah punyer pemimpin yang sgt2 berpandangan jauh...
susah nak carik yang macam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 10:41 AM | Show all posts
Kita jangan pandang hina pada org. bro.. ini satu kisah....
Pada zaman Rasullulah s.a.w.. ada seorang sahabat sedang berjalan ditepi sungai lalu dia ternampak ada orang sedang membuat maksiat. Sahabat itu memandang hina pada orang yang membuat maksiat itu. manakala kat sungai itu ada sebuah perahu yang sarat dengan beberapa orang penumpang. tiba2 perahu itu terbalik dan semua penumpang tenggelam dan lemas serta tidak pandai berenang. sahabat tadi tidak dapat menolong kerana dia pun tidak tahu berenang tetapi orang yang membuat maksiat tadi cepat2 menyelamatkan penumpang perahu tadi..dari citer ini boleh le diambil iktibar bahawa orang yang melakukankan dosa kadang2 tu lebih baik daripada orang yang baik2 kerana orang yang selalu melakukan dosa nilai taubatnya lebih tinggi... wallahuallam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 12:08 PM | Show all posts
Aku bangga sebab pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Tun, Tun memang seorang baik aku heran bila ada orang kutuk dia mcm2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.417220 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list