CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7302|Reply: 43

Graduan kecewa tiada pengambilan calon KPLI sesi 2010

[Copy link]
Post time 17-11-2009 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa tiada pengambilan calon KPLI sesi 2010?SAYA terpanggil untuk meluahkan kekecewaan melibatkan isu pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi sesi 2010. Saya merupakan salah seorang daripada ribuan siswazah yang tidak berpeluang mengambil jurusan pendidikan semasa pengajian di universiti walau pun mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang perguruan.
Selepas tamat pengajian pada Ogos 2009, saya tertunggu-tunggu iklan KPLI untuk ambilan 2010. Malangnya apabila melayari laman Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat pemberitahuan berikut:
“Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009”.
Persoalan saya di sini ialah:
* Mengapa borang KPLI tidak diiklankan bagi sesi 2010 (selain ambilan khas Jun 2009)? Ini telah menidakkan hak-hak kami (siswazah lepasan 2009) untuk menceburi bidang pendidikan. Di manakah keadilannya?
* Mengapakah ambilan KPLI tahun 2010 diambil daripada calon simpanan? Setahu saya, sebelum ini tiada istilah ‘calon simpanan’ diwujudkan. Berdasarkan pengalaman calon-calon lepas (yang pernah memohon untuk KPLI), mereka perlu mengisi permohonan baru setiap tahun.
* Mengapa hanya memberi peluang kepada calon simpanan yang memohon pada ambilan khas Jun 2009 sahaja? Di manakah relevannya pemilihan mereka? Saya ingin tahu mengapakah hanya kelompok mereka sahaja dipilih bagi pengambilan 2010? Mengapa hanya berlaku pada pengambilan kali ini? Adakah ini suatu kesilapan atau pun merupakan dasar baru Kementerian Pelajaran Malaysia?
Apa pun alasan yang akan diberikan, saya merasa masih belum terlambat sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang baru kepada kami. Saya mencadangkan agar pemohonan pengambilan baru diiklankan bagi ambilan Julai 2010, agar semua siswazah yang memohon bersaing secara sihat dan adil.
Saya sangat berbesar hati sekiranya pihak atasan membuka mata dan tidak memandang remeh mengenai isu ini selaras dengan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 05:23 PM | Show all posts
cekgu cekgi dah bnyak sgt.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 05:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by mawarkota at 17-11-2009 17:31

Post Last Edit by mawarkota at 17-11-2009 17:30

1# mamaque

awak baru keluar grad..kami yg dh lama grad nie..
ader mmbr yg berkali8 mohon tapi xdpt...xder pon fruststed...
jgn ler frustated..anggp bukn rejeki..he8
lagipon..maktab dh keluarkan ijazah mereka...
so sabar yerk..
cikgu pon sekarng dh melambak
yg pentign...jgn tunggu keje gomen jer...carilah kerja dimana8 sahaja..yg penting halalal

pasal simpanan tu...mmg biasa jer kalu gomen punyer job...awak xboleh ler protes..mereka tu lagi kecian...awak bersabar yerk...jgn rase frusted...dunia blja n kerja byk cabaran...xsemisti apa yg kita inginkn kita dpt
apa yg kita minat leh capai..
sekarang kerja bukn atas dasar minat jer...tapi atas desakan hidop....yg penting jgn mengangurr..pastu ckp kat paper..kami graduan menganggur pedahal memilih kerja...he8...sowi erk..just give a opinion
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 05:35 PM | Show all posts
Saya rasa terpanggil untuk menjawap persoalan ini,

Kamu boleh menjadi guru juga dengan mengisi borang secara online di jobsmalaysia. Pensyarah di Politeknik masih kekurangan dan adakalahnya kursus diploma tidak dapat dijalankan kerana kekurangan pensyarah untuk mengajar subjek tersebut.Politeknik menggunakan skim DH yang lebih baik daripada guru disekolah yang menggunakan skim DG. Adakalanya disekolah rendah, ditempatkan di sekolah luar bandar. Apabila diletakkan diluar bandar, timbul persoalan untuk memohon pertukaran padahal masa mula ditemuduga boleh hantar kemana sahaja. Itu semua tidak boleh dipercayai saya. Saya sudah berpengalaman menemuduga calon-calon guru KPLI suatu ketika dahulu. Apabila disemak, didapati calon ini telah menandatangani borang boleh ditempatkan dimana-mana padahal tidak sampai setahun memohon pertukaran.


Borang manual boleh didapati di JPN negeri bagi guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Jadi Puan/tuan boleh menjadi guru sementara dengan mengisi borang untuk menjadi guru sementara. Tidak ada menjadi masalah sama ada KPLI atau GSTT, Puan/Tuan boleh menjadi guru. Tetapi GSTT hanyalah bersifat sementara khususnya berlaku kekosongan di sekolah disebabkan guru bersalin/cuti/Tiada penganti dan sebagainya. Biasanya kekosongan tidak banyak.

Jika menggunakan manual, maka apa gunanya ICT bagi menguruskan permohonan yang terlalu banyak. Bukan 100-200 seperti permohonan GSTT yang boleh diuruskan dengan manual tetapi beribu-beribu memohon sedangkan mereka sudah mempunyai kerja yang hebat-hebat berlaka. Malah jurutera yang gaji RM 4000 pun sanggup berhenti kerja kerana ingin menjadi guru yang gajinya tidaklah seberapa. Saya tahu adakalahnya calon tiada pilihan lain untuk mendapatkan pekerjaan malah memilih kerjaya perguruan sebagai jalan terakhir untuk mendapatkan pekerjaan. Segelintir sahaja calon yang betul-betul berbakat untuk menjadi guru. Biasalah calon, apabila ditemuduga minat untuk menjadi guru, tetapi apabila ditemuduga bab mengajar sahaja hebat, sejarah dan latar belakang, falsafah pendidikan, hala tuju pun tidak tahu menjawapnya. Tugas guru banyak bukan just mengajar sahaja dik, sekurang-kurangnya dapat tahu tokoh-tokoh pendidik di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 05:38 PM | Show all posts
kau tak tengok @ dengar berita ker..dah lama datuk menteri pelajaran malaysia ada buat statement bahawa mulai 2010 sudah tidak ada ambilan dan juga penempatan untuk guru2 baru..lain kali jgn ler asyik tengok sinitron dan cerekarama jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 05:42 PM | Show all posts
kalau nak stop pun, apa kata beri kelebihan kepada lelaki yg nak jadi cikgu. dah kronik sangat nisbah guru lelaki ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2009 05:48 PM | Show all posts
6# kokaya

alah kat memna sektor pon either gomen or private...mmg nisbah nie ader jauh perbezaan

nie ler...guru8 ler yg patut bimbing murid8 lelaki supaya lebih berguna..
bukan jadi jalanan, perompak penagih dadah..
atra salah satu faktor ialah ada guru yg jadi kn profession guru jawatn terakhir..
then bila dapat bukn nk melaksanakn tugas gan baik
teringat zman mawar blaja..cikgu ni pon disminikrasi..kalu budak pandai...dia bagi ler ilmu lebih cikit
maner yg bengap..langsung tak dipandang..tu belum lagi kes cikgu yg sesuka hati jer teranjanag mengamuk dalm kelas..
dh mcm cikgu xbetul..pegetua plak wat tak pandang jer...
hu8..lelagi nasib budak pedalaman mcm mawar nie..mmg sadis idop kami...tapi nsib jer menyeblahi mawar...leh berjaya cikit dari rerakn yg kecundang
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 05:49 PM | Show all posts
TIPU saya berani katakan bahawa ramai orang mengaku terpikat nak jadi guru kerana ia satu kerja yang mulia..MEMANG TUGAS GURU AMAT MULIA..tetapi berapa ramai yang betul2 menghayati tugas itu..semuanya kerana ia adalah kerja yang mudah dapat walaupun gaji tak lumayan..at least drpd menganggur baik ler jadi cikgu kan..itu pendapat yang saya sendiri pernah ribuan kali dengar..terutama drpd mereka yg lulusan U kmudian takde krja pas tu minta KPLI..shortcut utk senang dlam idup dan bleh tekan ATM tiap2 bulan..sebab itu berani pula saya katakan bahawa anak2 sekolah skarang kurang didikan drpd guru kerana mereka dididik oleh guru2 yang seperti ini..iaitu minta jadi guru..bila jadi guru goyang kaki main sms @ berbual dgn hanfon dpan murid..anak murid suma tunggang langgang terbiar tak dididik dgn smpurna..INILAH NASIB ANAK BANGSA KITA BILA DAPAT GURU TERLALU CELIK I.T...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 05:57 PM | Show all posts
kalau nak stop pun, apa kata beri kelebihan kepada lelaki yg nak jadi cikgu. dah kronik sangat nisbah guru lelaki ni.
kokaya Post at 17-11-2009 17:42


orang lelaki memang berpeluang besar dalam perguruan...anak jiran aku dapat 2A dlam SPM pun blh jadi cikgu kat IPDA nuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 06:03 PM | Show all posts
skrng ramai jadi guru bkn sebab betu2l nk jadi guru tapi sebab xde keja....

kire2 nya guru nie last choice lepas pelaung len x dpt..

patut la skrng bdk2 cam ntah ape2 je...

huhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 09:40 PM | Show all posts
sabar2...
rezeki belum memihak..
kalu ikotkan aku pun ada mintak utk jadi cikgu kpli ni..
dah 2kali aku mintak..bukan kpli jer..dpli pun same..
peh tu time nak kutip ketaas jawapan bule plak cakap..
lepas ni..kalu ada peluang amik exam pakai tie bagi pihak lelaki n baju kurung bg perempuang..adakah ia dinilai dari kita amik exam tu??
aku pun konpius..member aku skema rama..dah kalah guru besaq dah gayenya..
pun tak dapat..hmmm.rezeki kottt...n utk makluman semua..mbr aku tu laki dan aku pun lelaki..tetapi aku pegang satu jer..rezeki belum memihak pada kita..so sabar ok
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:23 PM | Show all posts
tu ar pasal

boleh diorang guna je calon simpanan utk intake June 2009 hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:25 PM | Show all posts
kau tak tengok @ dengar berita ker..dah lama datuk menteri pelajaran malaysia ada buat statement bahawa mulai 2010 sudah tidak ada ambilan dan juga penempatan untuk guru2 baru..lain kali jgn ler asyik ...
akoknorma Post at 17-11-2009 17:38


bukan ke bende tu takde confirmation.. dengar rumours2 je. punya la menunggu announcement nya... patot la tunggu punya tunggu takde exam utk ambilan 2010
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:42 PM | Show all posts
4# matrik02

Tugas guru banyak bukan just mengajar sahaja dik,


sangat bersetuju..

walau dh lama minat utk menjadi seorang guru & background family pun guru.. tapi dulu saya ingat tugas guru hanya la mengajar.. habis mengajar, so tugas nya hanya setakat itu..

tapi bila saya menjadi guru.. walaupun hanya guru ganti... tapi sebenarnya tanggungjawab seorang guru adalah sangat besar.. bukan hanya mengajar/mendidik semata2.. tapi sebenarnya lebih dari itu.. susah nak kata... tapi hanya seorang guru yg tau mcm mana jd nya seorang guru.. baru tau betapa besarnya jasa & pengorbanan insan yg bergelar cikgu..

tapi dari apa yg saya lihat, perhatikan.. dan dari org sekeliling saya.. kebanyakkan mereka yg jadi guru sekarang, bukan kerana minat utk menjadi guru.. tapi kerana memang jurusan pendidikan yg diambil sejak d universiti.. hasrat ibu bapa.. susah utk mendapat peluang pekerjaan yg lain dll.. so kesannya... ada yg bekerja sambil lewa.. dan ada jugak buat seolah2 kerjaya perguruan yg mereka ceburi itu ibarat seperti bergantung tidak bertali.. kalau dah tak mau.. sila la membuat permohonan utk berhenti.. bagi la peluang dkt insan2 yg betul2 ingin mendidik anak bangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 03:48 AM | Show all posts
6# kokaya


Calon-calon lelaki pula bukan semuanya boleh jadi GURU. Memang saya akui lelaki kurang baik daripada segi akademiknya berbanding perempuan, tetapi itu bukan alasan untuk menerima mereka menjadi guru. Masih banyak lagi perlu yang diambil kira dalam pemilihan seseorang calon.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 03:15 PM | Show all posts
hmm...sbb tu la wpon bertahun2 mak aku pujuk aku suh aku apply keje cikgu ni.....aku x pnh2 apply.....mula2 aku jwp x minat...mak aku ckp minat blh dipupuk.....so aku mls nk ckp pjg....aku x rasa aku boleh mendidik...mengajar mungkin boleh...tp mendidik x.....

lgpon mak aku suh aku apply sbb katanye keje x berat n gaji pon berbaloi...... kan mak aku nye idea dh jd lain dh tu...xpe la mak...wpon anakmu ni dh 8 thn keje tp gaji bersih x sampai 2k pon...aku bahagia.....hahah....for info....mak, ayah, makcik, pakcik, adik aku pon cikgu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2009 04:02 PM | Show all posts
sokong..sokong..
guru bkn takat hanya perlu korban masa..tenaga..wang ringgit..tp segala yg mampu..
guru skrg hanya jd guru untuk dpt gaji & pencen...
mak anne seorg guru..kalo suruh anak2 murid dia dtg sekolah buat mural ke gotong royong ke..musti sediakan air satu cerek utk anak murud dia..kalo rajin goreng beehoon..
guru2 skrg nak yg muda2 neh punyala berkira..kerah anak murid dtg sekolah cat mural..air kosong pun x sua..mak anne siap marah cikgu adik anne..kedekut...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 06:44 PM | Show all posts
korang ni silap thread ke? bincang pasal intake KPLI ke, atau bincang pasal attitude cekgu cekgi masa kini
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 07:26 PM | Show all posts
saya rasa ada bagusnye kpli tu digugurkan. sebab ramai mengambil opsyen ini kerana tidak mempunyai pekerjaan.
seorang guru yang baik adalah seorang yang mempunyai cita2 untuk menjadi guru sejak dari kecil lagi.
sebab dari kecil sehingga besar mereka ini cenderung mencari penyelesaian bagaimana untuk membaiki prestasi dan keupayaan guru yang mampu menarik dan diminati oleh semua jenis pelajar.

kalau betullah korang nak jadi cikgu kenapa tidak terus menyambung pelajaran di maktab perguruan selepas spm dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 08:48 PM | Show all posts
pudar harapan ku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.075958 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list