CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7243|Reply: 0

kawasaki KLX 150S

[Copy link]
Post time 21-11-2009 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Kawasaki KLX150S

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


Model yang baru dilancarkan oleh Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. itu membolehkan pengguna mendapatkan sebuah jentera dua tujuan yang lebih mampu dimiliki.


WAJAH model dua tujuan daripada Kawasaki yang nampak garang dan bergaya.

KAWASAKI sekali lagi mengukuhkan kedudukannya selaku jenama motosikal premium dalam pasaran tempatan. Selepas memperkenalkan model cruiser VNII pada bulan Jun lalu, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) kini menggembirakan kelompok peminat motosikal dua tujuan (dual purpose) dengan jentera KLX150S.

KLX150S yang dipasang tempatan (CKD) itu menambah variasi model dua tujuan sedia ada seperti KLX250, D-Tracker dan monkey bike popularnya, KSR110.

KLX150S juga boleh menjadi kenderaan harian untuk ke pejabat.

Rangkaian model KLX sememangnya mempunyai sejarah yang panjang dengan pelbagai pencapaian membanggakan. Malah, model KLX150S sendiri sebenarnya terhasil daripada model juara KX450F yang digabungkan dengan model KLX140.


Justeru, tidak hairanlah jika model itu menawarkan pakej terbaik dari segi penampilan luaran dan prestasinya. Selain lebih ringan, mudah dikendalikan dan berkuasa sama ada ketika menempuh laluan off-road yang sukar atau sekadar menunggangnya untuk ke pejabat.


SEDIA untuk beraksi dan memenuhi ekspektasi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti menunggang di laluan off-road.

Pengurus Besar Bahagian Jaminan Kualiti Kawasaki Heavy Industries (KHI), Ltd. Jepun, Sosuke Kinouchi mengakui bahawa Malaysia merupakan pasaran penting buat Kawasaki.



"Jika hendak dibandingkan dengan negara lain di rantau ini, pasaran motosikal premium di Malaysia pesat membangun. KHI juga sangat komited dalam memenuhi komitmen KMSB untuk membina pusat khidmat eksklusif di seluruh negara.


"Ia bagi menyokong keperluan perkhidmatan selepas jualan kepada semua pelanggan," kata Kinouchi, dalam ucapan alu-aluannya. Dia yakin KLX150S akan berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan.



ENJIN empat lejang SOHC yang pasti tidak mengecewakan.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed. Dalam ucapannya, Mustapa menyatakan bahawa motosikal merupakan subsektor yang penting dalam negara kerana telah memberi pekerjaan kepada lebih 6,700 orang.

"Kini, terdapat 120 pengilang komponen motosikal di Malaysia. Bagi motosikal berkuasa bawah 125cc, peratus komponen tempatan sudah mencecah antara 50 hingga 90 peratus.

"Justeru, saya ingin menggesa industri supaya memberi lebih fokus kepada aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D). Usaha itu pasti akan membantu pengilang untuk meningkatkan kualiti produk, kemampuan dan perkhidmatan mereka," kata Mustapa.




Jentera yang direka bentuk sepenuhnya di Jepun untuk pasaran khas seperti Malaysia itu menggunakan khidmat unit enjin empat lejang satu silinder dengan teknologi penyejukan udara.

Enjin itu turut dilengkapi dengan teknologi KSAI (Kawasaki Secondary Air Injection System) yang menepati piawaian emisi Euro 2. Kawasaki juga mendakwa enjin itu menjimatkan penggunaan bahan api.

Mampu menghamburkan kuasa sehingga 8.6kW pada putaran enjin 8,000 rpm dan tork maksimum 12Nm @ 6,500 rpm, ia dipadankan dengan transmisi lima kelajuan untuk pengendalian yang lancar.

Jurutera R&D KHI, Kohei Kuyama yang juga ketua jurutera dan editor teknikal bagi pembangunan KLX150S memberitahu, jentera itu dibina berdasarkan saiz tubuh orang Asia.

Ia bukan sahaja dihasil di atas kerangka yang kukuh untuk tunggangan lasak, malah memastikan keselesaan tidak dikorbankan. Bagi mengetahui sendiri prestasinya, apa kata anda luangkan masa untuk menunggang ujinya di kedai motosikal berhampiran.
Hanya didatangkan dalam satu warna, iaitu gabungan warna hijau dan putih, KLX150S ditawarkan pada harga RM8,589 seunit




RM9K kira wokeyyyyy ler rega tuh..... 250s besar sket.. tapi kalu bajet tak cukup amik 150s pun not bad option ekkk!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.073565 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list