CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4532|Reply: 15

Novel Ya Fattah;cinta sakti

[Copy link]
Post time 6-12-2009 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Saya baca fragmen novel ni je memang nampak menarik. Sape yang belum beli baik beli sekarang. Banyak mesej keagamaan. Saya copy fragmen bawah ni dari FB penulis sendiri. byk mesej keagamaan. Kebetulan hari ni last pesta buku alaf21 apa tunggu lagi.


Novel ini sudah berada di pasaran.
Berikut adalah petikan dari novel ini.
“Cintaitu adalah satu ibadah Karina. Nasihatku hanya lebihkan cinta kepadaALLAH. Tanamkan iman dan takwa di dalam diri. Jika ingin menjalinikatan cinta hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman.Penuhkan ilmu d...idada, bentangkan akhlak murni dan jadikan keteguhan iman sebagaiperisai diri.” Karina tertunduk diam lalu mendongak kepadanya lagi.
        “Apakah salah aku menyintai kamu?”
“Aku senang dengan prinsip dari seorang ahli agamawan iaitu ImamNawawi. Dia pernah berkata begini.” Karina memberi perhatiannya.
“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agamadalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.” Karina mengangguk kepaladengan seraut senyuman. Kini dia mengerti apa yang diinginkan olehFattah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 07:59 PM | Show all posts
novel ni cam menarik..tapi nak tunggu review dulu la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 10:30 PM | Show all posts
Novel ni dah baca. Memang best.
Tentang seorang lelaki bernama Fattah mempunyai kelebihan kuasa telekinetik & kuasa minda. (Bygkan hero Smallville gitu). DItambah sikap waraknya dgn personaliti yg bgs. Org tuanya dibunuh ketika dia berusia 5thn. DItemui pasangan suami isteri lain. Dipendekkan cerita. Dia masih diburu oleh pembunuh sehingga dewasa. Bertemu secara tak sengaja gadis cewek kacukan jerman+jawa (bygkan Luna Mayalah) Keluarag gds ini jg diburu pembunuh yg sama. Ceritanya best. Ala2 islamik. Jln cerita fresh. Menariklah!
Saya bagi rating 5*. Full star

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 10:53 PM | Show all posts
Dah baca! dah baca!
Saya suka hero Fattah tu. Betul kata Fahar tu bayangkan hero Smallville tp wajah x samalah sbb dlm novel kata Fattah ala arab2 sikit. Heroin pula Karina Cendani Ayuni. gadis seberang. Bestlah novel ni. Syabas penulis.

5**** saya bagi..huhuhuh. jgn tak beli kengkwan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 10:20 AM | Show all posts
wahh korang suke ek..
aku kureng sket la...
xleh masuk ngan ayat2 die ...
xabes baca pun buku tuh...
xtau nk baca ke x...
hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 09:56 AM | Show all posts
novel ni terbitan mana? kat mph store ada x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2010 01:05 PM | Show all posts
Reply 6# pinKy180

keluaran buku prima... ade rasanya kt mph!~~
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 04:10 PM | Show all posts
sorry to say..pd haku citer ni kureng masyuk ckit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2010 04:25 PM | Show all posts
sorry to say..pd haku citer ni kureng masyuk ckit...
acikia Post at 24-4-2010 16:10


sokong..langsung tak boleh habiskan..bayangkan buku ni aku baca smpi bab diaorg balik kampung tu..lepas tu dah start menguap dah
aku tutup buku..esok smbg lagi..tiga hari berturut-turut. tiga ari jugak aku tertido..punyalah seksa nak habis.
tp jangan plak kata aku anti buku penulis ni.
aku cuma geram sebab ari tu aku lawat blog GK. ada yg suggest suruh baca buku ni sebab best.
pergi blog lain..ada jugak hamba allah yang sama promote..byk blog jugak la aku nampak..
aku rasa org BP tu yg promote bku ni..haha rajin sungguh diaorg masuk bnyk blog semata2 nk promote tp sorry to say.tak berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 08:04 PM | Show all posts
Reply 9# hauntinggod

btul tu. aku pun beli sbb cm ramai kata best. tp aku xleh nak teruskan pembacaan... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 07:17 PM | Show all posts
Reply  hauntinggod

btul tu. aku pun beli sbb cm ramai kata best. tp aku xleh nak teruskan pembac ...
saadah87 Post at 24-4-2010 20:04



    hehehe..aku rase yg kate best kat thread cni adalah org Bp gak! ooppss! cabooooot....!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 09:36 PM | Show all posts
Reply 11# acikia

hahaha no komen.... mungkin lain org,lain cita rasanya!~
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 09:12 AM | Show all posts
Baru sahaja habis baca novel ni ~ atas beberapa komen yang kawan-kawan forumer berikan.
Pada keseluruhan, agak bagus untuk seorang penulis wanita. Tapi mungkin kerana aku sudah tepu dengan bahan seperti ini (sama ada dari luar dan dalam negara) jadinya, pada aku ia adalah sebuah garapan cerita yang biasa walaupun pelegaran ideanya agak segar.
Cuma graf perkembangan plot tidak mencabar dan agak mendatar. Tiada split-split yang menarik dan kurang daya imaginasi yang merentasi batas normal. Terlalu banyak quote ayat-ayat suci dari Al-Quran bukanlah tidak baik malah sangat dituntut, tapi bagi sebuah cerita fiksi ~ kelihatan ia seperti di ada-adakan dan menjadikan 'warna' cerita agak kusam dan lesu.

Ini hanya pandangan peribadi aku sahaja. Harap boleh memberikan motivasi perangsang kepada penulis untuk mencabar diri bagi meneruskan legasi penulisan dalam genre yang sama secara islami. Apapun, syabas kerana usaha anda mewarnakan dunia penulisan negara. TERUSKAN!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 03:22 PM | Show all posts
mmg best novel ni. menarik. rugi kalau sapa tidak baca novel ya fattah cinta sakti.

Penulis novel ya fattah cinta sakti ada enovel. mmg best bangat enovel dia. gaya bahasa yang puitis KEMILAU KARYA KASIH mengisahkan tentang seorang gadis yang baru menghabiskan pengajian di University Of Birmingham yang bernama Sofea. Menjadi kakak kepada Sarah yang masih berada di pengajian UITM, Shah Alam. Kedua adik beradik ini mempunyai minat yang sama iaitu membaca novel tetapi Sarah peminat2 N...ovel Melayu d...an Sofea adalah sebaliknya. Malah Sofea memandang rendah dan jijik dengan novel2 Melayu yang dianggap membosankan dan stereotaip.

Sekembalinya Sofea ke tanahair banyak konflik yang dihadapinya termasuk tentang sikap Sarah yang mementingkan diri sendiri dan suka berfoya-foya dengan mat-mat rempit. Keresahan orang tuanya membuat Sofea juga semakin berusaha membawa adiknya kembali berubah. Hingga satu hari Sofea tidak sengaja bertemu dalam waktu dan situasi yang amat menjengkelkan ditegur Novelis Cinta Nombor Satu~Faris Raiyan@Majnun yang menangkapnya sedang mengutuk novel2 Majnun di MPH. (haha imaginasi saya ni melebih-lebih). Bermula dari situ dan banyak lagi pertemuan demi pertemuan secara kebetulan seiring dengan konflik antara Sofea, Sarah, Faris Raiyan dan NAzeerah.

http://www.penulisan2u.my/tag/kemilau-karya-kasih/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2010 05:21 PM | Show all posts
Baru sahaja habis baca novel ni ~ atas beberapa komen yang kawan-kawan forumer berikan.
Pada keselu ...
attokz Post at 26-4-2010 09:12


lain org lain citarasanya. Mcm kita tgk filem juga. Bagi aku dah baca Ya fattah.. boleh plak masuk & menghiburkan. tp kita ni manusia tak pena puas, bila tak suka mula komplen. Penulis cri makan jg, cari semangat gak, aku hrp tegur tu biar kena caranya. Mcm saya baca nvl Siti nur dhuha mmg kureng tp tegurlah cara bek. Ini aku tgk kat forum tu smpai kata nak minta balik duit. Ish! Ish! tak patutlah. Taulah tulis kat forum bkn boleh nmpk muka sape tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2010 05:22 PM | Show all posts
mmg best novel ni. menarik. rugi kalau sapa tidak baca novel ya fattah cinta sakti.

Penulis nove ...
MUZRI Post at 26-4-2010 15:22

sinopsis mcm besh jerr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.076051 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list