View: 8723|Reply: 4
|
Masjid Bandar Di Raja Klang (Jalan Pasar)
[Copy link]
|
|
Masjid Bandar Diraja Klang di Jalan Pasar, Klang dirasmikan oleh
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini. Turut
berangkat ke majlis perasmian itu Raja Muda Selangor Tengku
Amir Shah, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
dan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohammed
Khusrin Munawi. -Foto THE STAR oleh K.K. SHAM
cantek giler mesjid nih.... next week aku nak jemahat kat sini ajer ler... MOSTI best... hah!! |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting solat tu ikhlas yee...bukan sebab masjid yg cantik |
|
|
|
|
|
|
|
wei aku org klang jugak, mmg cantik masjid ni
bangga aku jadi org klang |
|
|
|
|
|
|
|
cantik tp sungai kat tepi tu kotorhmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
Masjid Bandar Diraja Klang mercu tanda baru
| Masjid Bandar Diraja Klang yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.
|
KLANG 11 Dis. - Selepas mengalami pelbagai masalah teknikal sepanjang pembinaannya, akhirnya Masjid Bandar Diraja Klang yang bakal menjadi satu lagi mercu tanda baru di Klang siap dibina pada 21 Ogos lalu.
Dengan nama asalnya Masjid Klang Utara, masjid yang berkeluasan 0.72 hektar dan dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24.3 juta ini boleh menampung seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid tersebut dirasmikan dan diberi nama baru (Masjid Bandar Diraja Klang) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena keputeraan baginda yang ke-64 hari ini.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, masjid tersebut mula dibina pada 30 Ogos 2003 bagi mengatasi masalah limpahan jemaah di Masjid India dan Masjid Sultan Sulaiman, Klang.
Beliau berkata, pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang sedang dan akan dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam yang berurusan dan juga bekerja di Klang.
Katanya, tapak masjid ini juga amat strategik kerana terletak di tengah pusat bandar dan menjadi mercu tanda yang baru bagi bandar Klang.
"Pembinaan masjid ini adalah berkonsepkan masjid terapung bersesuaian dengan kedudukannya yang terletak di tebing Sungai Klang.
"Bagaimanapun di atas sebab teknikal air sungai Klang tidak dapat disalirkan di sekeliling kompleks masjid ini, sebaliknya kitaran air bersih terpaksa digunakan secara mekanikal untuk menimbulkan impak apungan kepada kompleks masjid ini," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Masjid Bandar Diraja Klang.
Tambah Mohammed Khusrin, pembinaan masjid ini telah mengalami pelbagai masalah teknikal dan hanya dapat disiap dan diserahkan secara rasmi kepada JAIS enam tahun lewat daripada jadual asal.
Daripada segi kemudahannya, kata beliau, masjid ini mempunyai dewan solat utama dan dilengkapi kemudahan bilik pejabat, bilik-bilik kuliah, ruangan solat luar yang boleh menampung 1,300 orang, bilik pengurusan jenazah dan ruang penyediaan makanan.
Pada masa yang sama ujarnya, laluan pejalan kaki yang sedia ada diberikan wajah baru dengan menaik taraf kepada pedestrian mall yang membentuk waterfront kepada Sungai Klang ini.
"Oleh kerana tapak tanah yang diperuntukkan untuk tapak masjid ini terhad maka kemudahan rumah imam, bilal dan siak tidak dapat disediakan.
"Keadaan ini menyukarkan pegawai-pegawai berkenaan kerana terpaksa tinggal berjauhan dengan masjid.
"Jadi bagi mengimarahkan masjid ini adalah dicadangkan agar kawasan sekitarnya dapat dibangunkan semula secara komprehensif termasuk kawasan Pasar Jawa," tambahnya.
Cadang beliau lagi, kawasan sekitar masjid itu juga boleh dijadikan kawasan komersial moden yang mempunyai kemudahan perumahan dan ruang perniagaan untuk orang Islam yang lebih banyak sebagai sokongan kepada kegiatan dan aktiviti yang dilaksanakan di masjid tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|