CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5325|Reply: 5

Bangunan Sultan Suleiman diisytihar warisan kebangsaan [ +21 lagi ]

[Copy link]
Post time 15-12-2009 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 15-12-2009 16:10

Bangunan Sultan Suleiman diisytihar warisan kebangsaan   

KLANG: Bangunan Sultan Suleiman di sini mencatat sejarahnya tersendiri apabila menjadi bangunan warisan sejarah pertama di Selangor diisytihar sebagai warisan kebangsaan.

Majlis pengisytiharan itu disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di pekarangan bangunan itu di sini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie, berkata bangunan yang diberi pengiktirafan berprestij itu, adalah sebuah bangunan tersohor di samping mempunyai identiti dan sejarahnya tersendiri.
         
Beliauberkata Bangunan Sultan Suleiman mempunyai gaya seni bina yang memaparkan sentuhan neo klasik lampau yang menggambarkan fungsinya yang praktikal untuk pentadbiran, di samping mempunyai nilai estatik yang dipadankan melalui strukturnya.

"Kriteria warisan tersebut menjadi semakin penting apabila digandingkan dengan memori sejarah kegunaan bangunan ini. Kepentingannya sebagai bangunan pentadbiran telah dapat dibuktikan, maka sewajarlah bangunan ini merupakan kebanggaan yang harus dilindungi, dipelihara dan dipulihara," katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Datin Paduka Prof Emeritus Zuraina Majid.

Bangunan Sultan Suleiman yang kini menempatkan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dibina pada 1909 semasa pemerintahan Sultan Selangor ketika itu, Almarhum Sultan Sir Ala''eddin Suleiman Shah.

Nama bangunan itu kemudian diisytihar oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 22 Febuari 1989.      

Ikon bersejarah ini telah melalui banyak perubahan besar yang bersesuaian dengan zamannya, antara yang terawal ialah, bangunan in dijadikan sebagai sebuah Istana Hinggap bagi Sultan Suleiman.

Ia juga berfungsi sebagai Bangunan Pejabat Lembaga Bandaran Klang, Pejabat Agama Islam Daerah, Mahkamah Rendah/Tinggi Syariah Daerah Klang, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor dan cawangan Majlis Perbandaran Klang.

Bangunan itu juga pernah dijadikan Markas Pemerintah Tentera Jepun bermula 1941.

Prof Zuraina pula berkata sehingga ini,  sebanyak 21 warisan sejarah di Selangor sedang dalam proses diisytihar sebagai warisan.

Kini terdapat 26 bangunan dan monumen warisan kebangsaan di negara ini. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2009 04:23 PM | Show all posts
xdop gamba ke Bangunan ni???
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 04:34 PM | Show all posts
motif takde tempek gambar? mana la nak tau kita bukan org s'gor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2009 04:36 PM | Show all posts
amek laa dulu gambar dari album.
ekekekek

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 04:38 PM | Show all posts
bangganye jd anak selangor warga klang
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 07:21 PM | Show all posts
bangganye jd anak selangor warga klang
ms_oji Post at 15-12-2009 16:38


sama la aku, aku pun anak selangor warga klang....ko klang kat mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.048220 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list