CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3011|Reply: 5

Utara : Gangguan elektrik di Sungkai Selasa ini

[Copy link]
Post time 18-12-2009 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Gangguan elektrik di Sungkai Selasa ini

IPOH 17 Dis. - Beberapa kawasan di sekitar Sungkai, dekat sini akan mengalami gangguan bekalan elektrik selama 12 jam, bermula 7 pagi Selasa ini ekoran kerja-kerja penyelenggaraan.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri, Mohd. Zahir Md. Nagor berkata, kawasan-kawasan terlibat ialah Plaza Tol Sungkai, Kampung Gajah, Ladang Sungai Kruit, Felda Sungai Klah dan Hot Spring Sungai Klah.

Turut terlibat, kuarters Taman Rekreasi Air Panas (TRAP), chalet TRAP, perumahan Lata Pongsu, Kampung Sungai Tesong dan Loji Air Sungai Klah.

''TNB ingin memaklumkan kepada para pengguna di beberapa kawasan di sekitar Sungkai bahawa kerja-kerja penggantian sistem 22kV kepada 11kV akan dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik yang berkualiti dan berterusan.

''Oleh itu, beberapa kawasan akan mengalami gangguan elektrik dari pukul 7 pagi hingga 7 malam, Selasa ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, TNB telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang sama di beberapa kawasan lain di Sungkai.

Untuk maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2009 06:18 PM | Show all posts
simpan la lektrik secukup nye....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:23 PM | Show all posts
madc x tau sungkai tu kt mana? jauh x dgn umah madc nie ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:41 PM | Show all posts
jauh sesang madc.ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:43 PM | Show all posts
okeh roger.. xyah duk risau la kn?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 01:45 PM | Show all posts
tak payah nk kalut2 simpan lektrik.ekkeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.083717 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list