CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3962|Reply: 12

Murid Tahun Lima Maut Dirempuh Bas Sekolah

[Copy link]
Post time 1-2-2010 07:18 PM | Show all posts |Read mode
IPOH, 1 Feb (Bernama) -- Seorang murid Tahun Lima, yang menunggang basikal untuk ke sekolah pagi ini, maut apabila dirempuh sebuah bas sekolah di kawasan taman perumahan Bercham di sini.

Lim Jian Wei, 11, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bercham cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kejadian berlaku ketika kanak-kanak terbabit yang berasal dari Taman Pakatan Bercham menunggang basikal untuk ke sekolah pada pukul 6.55 pagi.

Beliau berkata kejadian dilapor berlaku ketika bas itu membelok ke kiri jalan dan tanpa disedari merempuh murid terbabit yang berhenti di simpang jalan menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh dan di gilis tayar belakang bas.

Kejadian berlaku ketika bas yang membawa pelajar dari Taman Bercham dalam perjalanan ke sebuah sekolah di sini, katanya ketika dihubungi di sini.

Azisman berkata pemandu bas berusia 60 tahun itu ditahan untuk siasatan.

Dalam kejadian lain, seorang terbunuh manakala dua cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh bukit di tepi jalan sebelum terhumban ke dalam longkang di KM40 Jalan Ipoh-Cameron Highlands awal pagi Isnin.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 1.49 pagi itu ialah pemandu kereta Chin Heng Wah, 21, berasal dari Taman Indah, Brinchang.

Dua rakannya yang masing-masing berusia dalam 20-an mengalami kecederaan di badan dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, kata Azisman.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Ipoh ke rumah mereka di Brinchang.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2010 07:32 PM | Show all posts
Bas Balu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 07:37 PM | Show all posts
budak tu  nampak bas elok.dia berenti tapi mungkin bas tu belok dalam sangat kot.tu yang kena lenyek tu..sian...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 07:55 PM | Show all posts
aku kan mmg dah lama geram dgn drebar bas sekolah ni tau..ni hah kat taman perumahan aku ni....kalau bwk bas tu..mcm jalan bapak dia sorang jer..kalau nak belok..dgn tak bagi signalnya dgn lajunya..aku rasa mcm nak tahan jer bas sekolah tu..nakbagi penamporr kat drebar bas tu..pompuan lagi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 08:31 PM | Show all posts
tercekik aku nak mkn nasi....
dah la langgar
lps tu boleh tinggal jek?
tak rasa bersalah.......:@
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 08:31 PM | Show all posts
sedih baca berita tu tadi.....................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2010 08:40 PM | Show all posts
sedih tgok gmbo kmalangan tu...bdk tu tercampak dgn beg sklh skli...

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 08:50 PM | Show all posts
ish..aku kalau accident cam ni, nak-nak budak sekolah..kesiannya......aduhai sedih baca berita tadi...terus teringat kat anak aku..pegi sekolah pun naik basikal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2010 11:54 PM | Show all posts
Banyak penyebabnya:
Kanak kanak tu punya basikal mungkin tak der lampu atau plet imbas.
Pemandu bas yang telah berumur tu tak pakai cermin mata dia.
Lampu depan bas tersebut tidak berfungsi di sebelah kiri.
Pemandu bas tu tak der lesen PSV.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 11:54 PM | Show all posts
bab ni aku tak tahan ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 08:49 AM | Show all posts
kesian..  tak sempat nak raya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 08:55 AM | Show all posts
kesiannya .......
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 11:04 AM | Show all posts
sedey.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.940521 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list