CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4411|Reply: 6

istana maut dr holmes bersepah dgn tulang manusia

[Copy link]
Post time 11-2-2010 12:50 PM | Show all posts |Read mode
  
istana yg meragut 150 nyawa.


Dr H.H Holmes

peralatan yg digunakan utk membunuh mangsanya.

   Herman webster mudgett merupakan seorang pembunuh bersiri yg kejam.dalam masa tidak smpai sedekat dia telah meragut tidak kurang 150 nyawa,kebayakkanya wanita muda.segala dilakukan dengan perancangan yang amat teliti. sehinggakan waktu dia dijatuhkan hukuman mati tiada sapa yang tahu akan asal usulnya.
   Apa yg diketahui,dia berhijrah ke chicago bersama 2 isterinya tanpa wang walau sesen pun.Berbekalkan sekeping ijazah palsu,dia membawa matlamat menjadi kaya dalam masa yang singkat.semasa mudgett tiba di chicago,kota itu sedang rancak membuat persiapan bagi pameran dunia yang berprestij.Dia merasakan itulah waktu paling sesuai untuk melaksanakn rancangnnya.
   Ketika itu ramai wanita muda berminat untuk mencipta nama dan mencari kemasyhuran di kota penuh cabaran.mudgett mula memainkan peranannya.Dia menggunakan nama Dr H.H.Holmes serta mempamerkan personaliti yang amat terpuji.
Di kalangan jiran-jiran,mudgett dikenali sebagai seorang lelaki muda yang kacak,bijak, serta dihormati.Tidak pernah sekalipun dia menunjukkan sikap yang mencurigakan.Berbekalkan ijazah palsu dari sekolah perubatan Ann Arbor,Michigan, Ilinios serta ketampananya,dia berjaya memikat hati tuan punya farmasi,seorang ibu tunggal,Puan E.S.Holton untuk mengambilnya bekerja.
   Walaupun kelulusan mudgett cukup hebat,tapi tiada siapa yang berani mempersoalkannya.tambahan pula dia amat disenangi kerana sikapnya gemar membantu pelanggan di kedai.Puan Holton gembira dengan komitimen yang diberikan oleh mudgett,mengambil keputusan memberikan sepenuh kepercayaan pada pemuda yang baru dikenalinya itu.Beberapa bulan kemudian tiada siapa sedar Puan Holton serta anak perempuanya tidak lagi kelihatan.Sehinggalah beberapa oarang pelanggan tetap mula tertanya-tanya mengenai diri wanita itu.setiap kali soalan itu diajukan mudgett menjawab dengan nada selamba "Puan Holton telah berpindah ke california"Dia telah menjual kedai ini kepada saya.Akhirnya mudgett mendapat apa yang dia inginkan selama ini-asas untuk membina empayarnya.setelah perniagaan farmasi bertambah maju.dia mula merancang pelbagai aktiviti untuk menambkan lagi kekayaan.
    Dia membeli 2 lot tanah bernombor 701 dan 703 di jalan 63 berhadapan farmasinya.mudgett bercadang menjadikan tanah itu sebagai tapak bagi istana holmes.Bagi membiayai pembelian tanah dan pembinaan bangunan 3 tingkatnya,dia menjalankan beberapa siri penipuan yang boleh mendatangkan hasil.Mudgett mula memasarkan air penawar bagi penagih arak dengan harga AS50 sebotol.walaupun dia hanya membotolkan air paip tetapai dengan personaliti yang baik,dia berjaya mengaut keuntungan besar.Bagi membiayai pembinaan istana holmes yang tersergam indah,dia melakukan apa sahaja bentuk penipuan temasuk berhutang dan menipu kontraktor yang membina bangunanya .Setelah siap,istana itu mempunyai kira-kira seratus buah bilik palsu,koridor gelap,pintu dengan perangkap serta lorong-lorong rahsia.
   semasa kota chicago berkembang maju,ramai wanita berpelajaran dan cantik sibuk mencari pkerjaan.justeru mudgett mengambil kesempatan mengambil mereka bekerja di kedainya.menjelang 1888,mudgett yang ketika itu berusia 28 tahun,
boleh tersenyum bangga dengan empayarnya.ketika empayarnya berkembang maju,dia bertemu dengan seorang samseng benjamin pitezel.dalam fikiran mudgett,pitezel akan dijadikan mangsanya.Dia mengajak sahabat barunya menjadi rakan kongsi.mereka merancang melakukan pembunuhan olok-olok dan meletakkan polisi insurans dalam jumlah yang banyak di atas nama rakan kongsinya.bagaimanapun apa yang dirancangnya tidak berlaku.tarikh 3 september 1894 merupakan tarikh kejatuhan mudgett.pada tarikh itu polis telah menemui mayat pitezel di 1316 jalan callowhill,philadelphia.mudgett adalah antara orang yang disyaki.walaupun dia hampir terlepas hukuman.tetapai seorang wakil insurans yang menyiasat kematian pitezel meragui keterangan mudgett.dia segera melaporkan kepada polis.dalam masa yang sama,mudgett dikejar pula oleh kontraktor yang membina istananya serta pemungut hutang.
   Polis mengmbil keputusan untuk mengeledah istana Holmes menemui sesuatu yang amat memeranjatkan.Dalam setiap bilik ada paip gas dengan injap palsu.oleh itu tetamu tidak boleh menutup gas beracun yang pasti akan meragut nyawa mereka.manakala dalam bilik tidur mudgett yang luas,terdapat loceng elektrik yang berbunyi setiap kali pintu istana dibuka.
sementara dalam pejabat mudgett terdaoat sebuah relau yang besar.lebarnya sehingga dua meter dan di dalamnya ditemui banyak tulang rusuk manusia.Di tingkat bawah tanah pula,tersimapan segala rahsia kekejaman mudgett.tulang temulang manusia bersepah di atas lantai dan yang telah di tanam.diantaranya tulang rusuk dan tulang punggung seprang kanak-kanak berusia kurang daripada 14 tahun.Di situ juga teletak sebuah tong penuh dengan asid,meja pembedahan dan sekotak pisau.di bawahnya ada beberapa rangka wanita.melihatkan keadaan yang ngeri itu ada yang mengatakan mudgett membakar daging mangsanya dan menjual rangka mereka ke sekolah perubatan bagi tujuan penyelidikkan.
    Sementara itu di bilik stor berhampiaran,terdapat tali yang berlumuran darah.Di lantai pula ada dua batu lengkung yang dipenuhi kapur tohor.suasana paling mengerikan adalah di bilik bawah tanah istana yang merupakan tempat penyeksaan.
dalam bilik berkenaan dikatakan menguji teori gilanya badan manusia boleh memanjang 2 kali lebih normal.pihak polis tidak dapat mengenal pasti jumlah mangsa.bagaimanapun daripada bukti yang doperolehi mereka mengangarkan tidak kurang 150 wanita menjadi mangsa.di atas kesalahanya mudgett telah pun dijatuhkan hukuman mati pada pagi 7 mei 1896.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 01:08 PM | Show all posts
why letak under pahang?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 01:44 PM | Show all posts
yalah.. aku ingt kan citer nie ada kat pahang. anyway interesting juga citer nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 01:59 PM | Show all posts
aduiiii...
gua terslah letak la...nk tuka cmne erk???
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 03:20 PM | Show all posts
psiko si mudgget nih.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:10 PM | Show all posts
hehe...ngt kn kat phang td..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2010 10:15 PM | Show all posts
macam citer yg Johnny depp berlakon tu... ape ntah name die.. sweeney todd kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.903257 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list