CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3805|Reply: 21

Kepala Biawak dalam asam jawa???

[Copy link]
Post time 24-2-2010 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Asam jawa kepala biawak

2010/02/24



JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.
Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.
Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.
“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.
“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.
“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.
Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.
Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.
Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.
“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.
hmy3: :kant: Geli geleman tekak bila baca laporan tentang perkara ni. Nyata dan jelas,produk tersebut di buat tanpa standard dan kualiti yang sepatutnya. eiii....gelinya. Tak tahu ler kalau puteri batu yang terkena perkara tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2010 09:52 AM | Show all posts
mungkin itu lah rahsia pelazat asam jawa. {:2_71:}
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 09:56 AM | Show all posts
Jasin tu kg den.....huhuuh kenyang dah den makan asam pedas mak den...asam pedas kepala biawak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 09:58 AM | Show all posts
x dpt imagine la mcm mn rupa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 09:58 AM | Show all posts
ku beli asam jawa cap adabi yg dlm cwn tu..lbh terjamin kebersihannya..(pd aku ler)
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 09:59 AM | Show all posts
nak baca berita nie....alamat setahun ler aku x pakai asam jawa...geli...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2010 09:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 10:01 AM | Show all posts
okey ler tu...... yang askar2 komando2 yang training dalam hutan tu... kene makan daging biawak lagi teruk..... kari daging biawak.... ok tak..... ni kisah benar terjadi sendiri kat sepupu aku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2010 10:02 AM | Show all posts
ku beli asam jawa cap adabi yg dlm cwn tu..lbh terjamin kebersihannya..(pd aku ler)
kodoklawa Post at 24-2-2010 09:58


betul, aku pun sejak adabi keluarkn asam jawa dlm cawan, aku tak beli dah yg dlm plastik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 10:07 AM | Show all posts
yuck....yuck...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 10:08 AM | Show all posts
jenama apa asam jawa tu weh?????
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 10:09 AM | Show all posts
9# apa2jelah
yang dlm plastik tu ku guna utk buat basuh ikan aje..ngeri tu jumpa kepala cicit dinosour dlm asam jawa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 10:13 AM | Show all posts
muntah kuningggggg aku............
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 10:16 AM | Show all posts
eee.... geli geleman.... msti cik kak tu trauma nk ramas asam jawa dah lps ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 10:17 AM | Show all posts
skang ni aku lebih kerap guna asam keping...tapi kadang2 kena pakai jugak asam jawa nie...uuweeekkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 10:22 AM | Show all posts
uwaaa aku rasa nak muntahhhh!!!!kembang tekak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2010 10:29 AM | Show all posts
hmy3::kant:
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 11:33 AM | Show all posts
Uwaaaaaaaaaaaa
Macam mana la akak tu ekkk, duk ramas² sekali ngan kepala biawak !!!
Phobia dah ngan asam jawa pasni, sib baik aku guna yang dalam cawan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 11:37 AM | Show all posts
ee tidak lew aku...geli tekak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 12:03 PM | Show all posts
Jasin tu kg den.....huhuuh kenyang dah den makan asam pedas mak den...asam pedas kepala biawak
rozetta Post at 24-2-2010 09:56


jasin kat maner??? aku pun kat jasin gak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.506037 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list