View: 1809|Reply: 0
|
Perintah berkurung di Chile
[Copy link]
|
|
CONCEPCION, (Chile): Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan menguatkuasakan perintah berkurung bagi mengawal kegiatan mencuri di bandar raya yang dilanda gempa bumi ini, yang mengakibatkan lebih 700 terkorban.
Presiden Michelle Bachelet berjanji penghantaran segera makanan, air dan memberi perlindungan kepada beribu-ribu mangsa yang kini berlindung sementara di dalam khemah di kawasan terbuka.
"Kami berdepan dengan keadaan kecemasan yang belum pernah dialami dalam sejarah Chile," kata Bachelet kelmarin, sehari selepas gempa 8.8 skala Richter magnitud – salah satu yang terbesar selama beberapa abad – mengorbankan sekurang-kurangnya 708 orang dan memusnahkan atau menyebabkan kerosakan teruk 500,000 rumah.
Bachelet berkata semakin ramai mangsa didapati hilang.
Di Concepcion, kira-kira 515 kilometer di selatan Santiago, anggota bomba yang sedang menyelamatkan mangsa daripada sebuah apartmen, terpaksa menghentikan kerja menyelamat itu kerana terkena gas pemedih mata yang ditujukan kepada pencuri yang melarikan barangan termasuk ketuhar mikro sehingga susu dalam tin, di sebuah pasar raya yang musnah.
| PENDUDUK berehat atas kereta rosak selepas gempa melanda Pelluhue.
| Ada di kalangan mereka menggunakan buluh dan plastik untuk menyedut minyak dari tangki bawah tanah di stesen minyak yang ditutup.
Seorang profesor Sepanyol, Eduardo Aundez, marah melihat seorang askar membiarkan sebelum kegiatan kecurian itu sebelum melemparkan bekas gas pemedih mata ke arah kesan runtuhan bagi mengusir mereka keluar.
"Saya merasa seolah-olah disisihkan oleh pihak berkuasa" katanya.
"Kami percaya kerajaan tidak mengambil langkah perlu yang sepatutnya dan kini bekalan makanan dan air menjadi lebih sukar."
Usaha untuk menentukan tahap kemusnahan diganggu oleh gegaran yang meruntuhkan lebih banyak bangunan – dan memaksa beribu-ribu orang berlindung di khemah di taman dan kawasan berumput di tepi lebuh raya.
"Jika anda ada di dalam rumah, perabotnya bergerak," kata Monica Aviles, yang duduk di luar bangunan apartmennya.
Di bahagian lain di bandar raya berkenaan, lapan keluarga Peru berkongsi sebuah bangunan empat tingkat – tindakan paling berani di dalam bangunan yang retak, sementara yang lain berlindung di dalam khemah.
Presiden Bachelet menandatangani dokumen dan memberi pihak tentera kuasa menjaga keselamatan di wilayah Concepcion dan Maule dan mengumumkan perintah berkurung antara 9 malam hingga 6 pagi bagi semua pekerja bukan kecemasan.
Beliau mengarahkan anggota keselamatan supaya menghantar bekalan makanan, air dan selimut serta membersihkan kesan runtuhan daripada jalan raya, dan mengegsa syarikat tenaga elektrik memulihkan perkhidmatan di hospital, klinik kesihatan dan tempat perlindungan.
Hospital bergerak juga dicadangkan di kawasan paling teruk terjejas di Concepcion, Talca dan Curico. – AP |
|
|
|
|
|
|
| |
|