CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2661|Reply: 6

air botol dan air paip

[Copy link]
Post time 16-3-2010 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Penggunaan plastik untuk membungkus makanan dan minuman semakin popular kerana kelebihan yang ada padanya seperti tahan lama, teguh dan mudah digunakan.Dari segi proses pembuatan bermula dari resin (habluran kecil material)  Polyethylene PE, tidak hairanlah jika kita banyak bergantung kepada plastik sebagai satu bahan wajib dalam proses pembungkusan makanan dan minuman. Lebih-lebih lagi pada musim panas ini, kita sering membeli minuman di dalam botol plastik.

Kita tidak menyedari bahaya botol plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya. Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan bahan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan dan minuman dalam bahan pembungkusan tersebut namun disebabkan terlalu bergantung kepada plastik membuatkan sesetengah pihak khususnya pengusaha makanan terpaksa mengabaikan kesannya dengan harapan agar bahan yang digunakan selamat dan terjamin.

Oleh itu, semua bahan kimia yang hendak digunakan untuk menghasilkan plastik pembungkus dan botol plastik secara amnya perlu mendapat pengesahan daripada pihak berwajib sebelum boleh digunakan. Kebenaran untuk menggunakan hanya dapat diperoleh sekiranya bahan kimia yang hendak digunakan ini telah disahkan sebagai selamat dan digunakan pada kadar yang telah ditetapkan. Paling penting, bahan kimia dan kadar penggunaannya tidak akan mengakibatkan kanser kepada pengguna.

Sebagai langkah keselamatan, pihak berwajib menggalakkan kita menggunakan air paip yang dimasak sebagai minuman dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Air paip ini lebih selamat dan terjamin untuk digunakan. Akan tetapi apa yang menjadi persoalan adakah air paip di Malaysia berada di tahap selamat digunakan. Persoalan ini timbul apabila air paip di negara kita menghadapi pelbagai masalah seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengalami masalah paip berkarat. Masalah seperti ini harus diselesaikan segera supaya pengguna yakin air paip yang disalurkan selamat digunakan dan terjamin kebersihannya, bagi mengelakkan penyakit yang tidak diundang seperti kanser, sakit perut, cirit birit dan sebagainya.

Tiada keraguan terhadap mutu air paip sehingga menyebabkan pengguna menggunakan cara lain bagi
menentukan air paip itu selamat.



tolong beri pendapat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 11:23 AM | Show all posts
apa kesan polyethylene PE kepada kesihatan manusia?
buleh explain...

pasal air berkarat, guna penapis air la kut...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:36 AM | Show all posts
haah, moi pon guna penapis air, tapi mmg diakui tahap kualiti air di selangor tersangat la teruk, kalo cuci baju putih mmg kompem jadi perag kalernye setompok je tempat air mengalir tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:40 AM | Show all posts
no comment...nk tny kalo air tu berkarat then kte gne penapis air kan..
qualiti air tu bkn ke da len dr yg asal???
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 12:54 AM | Show all posts
lawati blog aku:

http://tentang-air.blogspot.com

Many informative facts.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 12:57 AM | Show all posts
Yalah.... Tapis lah air tu kendian simpan dalam botol plastik....
Pelastik jugaaaak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2010 09:59 AM | Show all posts
Jgn simpan air dlm botol plastik..and pastikan tempat simpanan air kita tu pun bergred ABS food grade!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046866 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list