View: 31566|Reply: 64
|
Tukar Gred Jawatan Kerajaan
[Copy link]
|
|
Untuk makluman, aku sekarang seorang Pegawai Tadbir Gred N41 di sebuah Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan. Aku bercadang untuk menukar kerjaya dari Pegawai Tadbir Gred N41 ke Pensyarah Gred DM/DS45 di IPTA. Oleh yang demikian, apakah yang harus aku lakukan untuk memohon jawatan tersebut dan apakah yang akan berlaku pada status perkhidmatan Kerajaan sekarang? ... seperti :-
1. Permohonan Melalui Ketua Jabatan ;
2. Pertukaran dari Gred N (Perkhidmatan dan Sokongan) kepada Gred DM/DM (Perkhidmatan Pendidikan);
3. Lain-lain kebajikan/keistimewaan atau kelemahan/kehilangan keistimewaan disebabkan pertukaran jawatan tersebut.
Harap mereka yang arif dapat membantu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
1. Ya, Ko kena mohon melalui ketua jabatan
2. N41 (Ijazah Sarjana Muda a.k.a Bachelor) ; DM45/DS45 (Ijazah Sarjana a.k.a Master)
3. Itu lain skim, lain dia punya elaun... mungkin sedikit kelainan.
p/s : ada seorang Engineer J41 kat tempat teman, dia ada Ijazah Master... dan dah tukar ke DM45... |
|
|
|
|
|
|
|
rizal7... dia tukar gred jawatan dengan sambung service atau start dari mula? |
|
|
|
|
|
|
|
rizal7... dia tukar gred jawatan dengan sambung service atau start dari mula?
matabelalang Post at 21-3-2010 16:13
tukar gred adalah sambung service, tapi tgk kes awak, awak dah ada master ke? biasanya, U sekrang cuma ambik mereka yang dah ada master sahaja..kecuali beberapa U seperti UMK, UMP tapi taraf awak still DM41, bukan tetap (mungkin kontrak), dan jawatan bukan pensyarah tetapi tutor.
Kalau awak dah ada master, awak boleh mintak tukar service, terus ke DM45, tangga gaji berubah mungkin beza dalam RM1K, ikut tangga gaji jugak la.. |
|
|
|
|
|
|
|
so ... tak de masalah ? ... ada tak kes majikan sekarang tak lepas ... ?
bagaimana plak dengan 'pelepasan dengan izin' ? ...
tq ... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk makluman, saya ada master dalam bidang pentadbiran awam ... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk makluman, saya ada master dalam bidang pentadbiran awam ...
matabelalang Post at 21-3-2010 16:47
ha ok la mcm tu..lagi bagus..byk U sekarang ni nak cari lect yang ada pengalaman kat industry..mereka dah taknak lect yang fresh grads..contoh mcm uitm, syarat terbaru nak jadi lect kene at least ada working exp kat industry 5 years..
tapi mengenai majikan lepas ke tak lepas tak pasti la pulak...tu mungkin boleh rujuk kat HR awak dan jugak mungkin boleh rujuk kat bahagian pentadbiran U yang u nak keje tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Mata belalang, setau aku lah takde masalah ang nak tukar skim dari N ke DM/DS.
yang penting kene mintak melalui ketua jabatan. Jangan smbrono je..skang ni ang dah confirm ke jdi PT N41 tu? then bila nak p interbiw tu makesure bawak sekali salinan rekod/perkhidmatan dsbnya (selalunya hr yang uruskan)..
tp kalu ang dah mintak jawatan tu (melalui ketua jabatan)..organisasi ang dah tau ang nak cabut dah..so selalunya (kalu depa tu berperikemanusiaan lah) akan melepaskan ang..
sbb atas perkembangan kerjaya ang kan..perlepasan dgn izin tu nanti ang buat bila dah terima jawatan tu..ang bule mintak pemendekan notis tanpa perlu bayar apa2 pun..(sbb lompat p gomen gak). Good Luck..
anyway ang keje kat badan berkanun kat mane? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by matrik02 at 21-3-2010 21:37
DM45 - Skim perkhidmatan terpakai di UiTM bagi calon yang mempunyai Ijazah Master
DU45- Pensyarah perubatan di IPTA
DS45 - Skim perkhidmatan yang terpakai di IPTA selain daripada UiTM
Kamu N41 dibadan berkanun di mana? MADA? KADA? MPOB? FRIM? IPTA? Pihak Berkuasa Tempaan (PBT)
IPTA yang kamu nak tu sama tak dengan tempat kerja kamu sekarang ini?
Sudah disahkan jawatan? Sudah masuk skim berpencen? Berapa lama tempoh perkhidmatan?
Perlu ikut prosedur kakitangan berkhidmat mohon melalui ketua jabatan.. Sebab apa? Sebab untuk mengambil kira perkhidmatan yang lepas untuk dicantumkan dengan perkhidmatan baru kerana ada perkara berikut :-
kenyataan perkhidmatan yang kemas kini,
laporan pengisytiharan harta,
laporan penilaian prestasi yang terkini
kenyataan bebas dari sebarang tindakan tatatertib.
Jika dipanggil temuduga, jangan lupa bawa ini sekali perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan samaada menyokong / tidak menyokong permohonan kamu. Kalu disokong oleh KJ,pergi temuduga dgn hati tenang sbb dah awal-awal KJ dah sedia untuk lepaskan kamu bila kamu menerima tawaran kerja tersebut, jadi pelepasan dgn izin kamu nanti senang.
kalu KJ kamu tidak sokong dalam perakuan bertulis, kamu pergi juga temuduga, katakan kamu dapat, kamu nak juga jawatan tersebut, kamu buat pelepasan dgn izin, dah konfirm KJ tak lulus demi kepentingan perkhidmatan so keistimewaan kamu hilanglaa, Pelepasan dgn izin ini sebagai merestui permergiaan kamu
Lepas kamu dah ditawarkan jawatan tersebut dan kamu nak terima jawatan tu juga, kamu baru membuat "permohonan pelepasan dengan Izin". Jadi pelepasan dgn izin tu berkuat kuasa bila kamu lapor diri di tempat baru.
Kalau dapat, tiba-tiba kamu berubah fikir taknak jawatan tersebut so tiada masalah sbb tidak membuat pelepasan dgn izin.
Kamu leh teruskan kerja di tempat lama.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq damien & matrik ... untuk makluman, saya dah confirm dan telah berkhidmat empat tahun, memilih skim pencen ... kerja dengan agensi di bawah kklw ...
semua ipta ada skim pencen ker? |
|
|
|
|
|
|
|
IPTA mmg ada skim berpencen kecuali UIA menggunakan skim caruman tak salah aku. Sbb isu pernah timbul apabila kakitangan daripada UIA ingin membuat tukar opsyen daripada PENCEN ke KWSP. |
|
|
|
|
|
|
|
let say ... klu aku nak tukar opsyen dari pencen ke kwsp ,sekiranya aku kerja swasta balik ... bagaimana? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau masuk swasta balik, kira dah letak jawatan. Semua service tak amik kira, termasuk ganjaran dan cuti. Pelepasan dgn izin terpakai untuk kakitangan yang berkhidmat untuk beralih angin ke kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...tapi tak silap kalau kiter kejer full-gomen....lepas tuh nak gie swasta...lepas tuh balik ker full gomen dah tak bleh kan....sebab diklasifikasikan sebagai ingkar haper tah.......cuba check balik pekeliling perkhidmatan.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu gred J nak tukar gred N/W korang rase2 boleh x??? sbb kerja yg aku buat sekarang ni dah mcm kerja N/W |
|
|
|
|
|
|
|
14# iena_kindaichi
Boleh juga, Suruhanjaya yang melantik akan melihat rekod-rekod yang terdahulu sebab-sebab berhenti daripada perkhidmatan yang terdahulu. Kuasa Pihak yang melantik yang menentukan..
Bersara pilihan, kalau nak nak masuk gomen boleh, tapi kontraklaa.. Kira hebatlaa juga, tengok kepakaran merekalaa mcm IPTA.. |
|
|
|
|
|
|
|
fikiran aku mengatakan ... sekiranya pegawai kerajaan itu mengambil opsyen kwsp ... mungkin dia tidak mahu bekerja dengan kerajaan dan akan letak jawatan untuk pergi ke swasta ... betul ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by matrik02 at 22-3-2010 21:15
Tidak semestinya..ada juga yang amik KWSP, ikut perancangan mereka lepas bersara nanti,
Kadang-kadang manusia cepat berubah, nak masuk swasta, tiba-tiba bila dah masuk swasta, ekonomi rundum.. so dah pilih kwsp mana leh tukar opsyen pencen.. Sekali sahaja pilih.
kalau pilih skim KWSP, bermaksud kamu terpaksa melepaskan faedah rawatan kesihatan selepas bersara,kehilangan faedah gantian cuti rehat sebagai pesara dan ganjaranpersaraan.
Pilih Opsyen rugi sbb tiada kad pesara juga
Amik KWSP, dapat duit banyak, leh buat pelaburan, buka perniagaan lepas pencen.
Ada juga Suami amik skim pencen, isteri amik KWSP...
Cuma kalau amik KWSP, kena pandai urus duit. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo ... kalau pilih kwsp tiada GCR dan gratuity ...
kalau begitu skim pencen lebih baik lah ... |
|
|
|
|
|
|
|
matabelalang
hmm... skim pencen lebih baik dpd KWSP... kalau bekerja dgn kerajaan tak pilih skim pencen, silap banyaklah!... namun kena ingat juga, kelayakan pencen kita akan hilang jika kita kena buang kerja, diisytiharkan muflis atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah yg menyebabkan kena penjara atau hukum mati...
kelebihan skim pencen berbanding dgn skim KWSP... pencen akan terus dibayar kpd suami atau isteri... setelah kematian suami/isteri (yg menerima pencen)... sehingga habis hayat suami/isteri berkenaan... dan kepada anak-anak sehingga berumur 18 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama... untuk anak OKU, dia akan dibayar pencen selagi ada hayatnya... setelah ibu/bapa (yg menerima pencen) meninggal dunia...
itu sebabnya orang ambil opsyen pencen...
iena_kindaichi...
ikut Perintah Am Bab A... Pelantikan... pegawai kerajaan yang telah berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan awam tidak boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam...
maksud 'telah berhenti' - meletakkan jawatan atau bersara pilihan dpd perkhidmatan awam
maksud 'dilantik semula' - diambil bekerja semula dgn perkhidmatan awam sama ada secara sementara, kontrak atau tetap
ping-pong
nak tukar gred dari J ke N/W...
kategori jawatan J - arkitek, jurutera, juru ukur bahan dsb...
kategori jawatan N - pegawai tadbir, pegawai penerbitan dsb...
kategori jawatan W - akauntan, pegawai kewangan, juru audit dsb...
dari J ke N ... boleh dengan syarat membuat permohonan jawatan jika ada diiklankan...
dari J ke W... tak boleh... sebab kelayakan lantikannya adalah khusus... mesti ada ijazah dlm bidang kewangan/perakaunan/perbankan dan spt.nya... boleh, jika ada syarat kelayakan lantikan tersebut!
kategori jawatan N... tidak memerlukan ijazah khusus... lazimnya bersifat terbuka, cuma keutamaan akan diberikan kpd pemilik ijazah dlm bidang pentadbiran, perundangan, perhubungan awam, dsb.nya... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|