CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3933|Reply: 2

Celcom push message

[Copy link]
Post time 12-4-2010 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by renjer at 12-4-2010 09:26

Persoalannya kini adalah:

1) Kenapa Celcom memberikan nombor pelanggannya walhal ini adalah privasi, kepada ulat-ulat syarikat yang ingin meraih
keuntungan dengan cara yang begitu mudah dan menipu orang ramai. Hanya dengan membuka SMS di inbox,
jika dikenakan caj RM3 walaupun tidak membalas mesej ini. Adakah ini adil?
Sepatutnya Celcom menjaga isu confidentiality pelanggan-pelanggan.

sebagai contoh:
SMS ini menawarkan pelbagai permainan,ringtone, iklan sosial seperti "Awek Cun, Abang Macho,video clip pelik"
dan "Push Message". Setiap kali iklan ini dibuka dari "inbox", bayaran RM3 dikenakan.

2) Wajarkah mangsa macam aku membayar sesuatu perkhidmatan yang tidak digunakan malah menyusahkan?
3) Kenapa Celcom Careline tidak menyekat SMS ini dari awal,
sejak berulangkali mengadu malah celcom juga meminta melakukan aduan sekiranya perkara ini berulang?
Adakah ini polisi Celcom yang merupakan syarikat gergasi telekomunikasi di negara ini?
4) SMS yang menawarkan perkhidmatan Game dan perkara-perkara bercorak sosial, chatting yang berbau negatif tidak
patut ditawarkan kepada sesiapa sahaja seperti budak-budak sekolah yang baru berumur 8 tahun. Ini boleh
mengundang kepada gejala sosial yang membuang masa tanpa pengawasan ibu bapa. Sepatutnya Celcom perlu lebih   
peka dan berusaha menjalankan tanggungjawab sosial dari memikirkan keuntungan.

Memang pasti perkara yang sama turut berlaku pada orang lain. Mungkin jumlah yang perlu bayar tidaklah terlalu banyak dan terus-terang ingin nyatakan bahawa aku mampu membayarnya.
Namun di atas tanggungjawab sosial, dirasakan  perlu membawa isu ini ke tengah supaya pihak telekomunikasi kita lebih bertanggungjawab dan kementerian yang bertanggungjawab dapat memantau perkara ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2010 09:48 AM | Show all posts
my dotter punya hp pun kena... dapat bil celcom bulan lepas menantang sms ni aje kena RM45.. aku ingat betul le mmg anak aku yg saja2 nak menda tu....
call celcom.. katanya itu dari 3rd party... dan cakap aku yg activate menda alah tu sendiri... hampeh nyok...

bayar aje la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 01:25 PM | Show all posts
copy paste dr forum utusan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.066188 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list