View: 3569|Reply: 3
|
Pemancing dikenakan yuran RM250 seorang
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Pemancing yang menyertai program Boat On The Road 2010dari Sri Pentas TV3 ke Tasik Kenyir, Terengganu pada 7 hingga 9 Mei inidikenakan yuran RM250 seorang.
Sejumlah RM10,000 hadiah ditawarkan kepada pemenang pertandingan,manakala Kerajaan Terengganu meningkatkan habuan RM10,000 kepadaRM20,000 untuk peserta yang berjaya memancing ikan naga (Arapaimagigas) dalam tempoh tiga hari itu.
Pertandingan itu anjuran bersama Unit Joran Berita Harian dan TV3dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu sempena penyiaran slotmemancing Jelajah Joran TV3 di stesen televisyen itu yang dijadualkanpertengahan Mei ini. Peserta akan menikmati penginapan satu malam diresort dan jamuan makan malam serta sate, selain cenderahati kemeja-Tdan topi. Mereka turut menikmati tujuh sesi makan atas bot serta jamuanringan pada majlis penutup.
Setiap pasukan mengandungi dua hingga empat peserta dan mestimempunyai kenderaan pacuan empat roda serta bot lengkap dengan enjin.
Sejumlah 50 kenderaan lengkap dengan bot disasarkan menyertai konvoi itu.
Konvoi bergerak dari Sri Pentas jam 8 pagi dan dijangka tiba diKemaman untuk menunaikan solat Jumaat, diikuti makan tengah harisebelum ke Kenyir melalui Dungun, Bukit Besi dan Kuala Berang.
Setibanya di Kenyir, mereka akan menginap di resort dekatPangkalan Gawi dan memulakan cabaran seawal jam 6.30 pagi menaiki rumahbot menuju ke Sungai Mandak. Bagaimanapun peserta hanya dibenarkanmenggunakan bot masing-masing setibanya rumah bot di lokasipertandingan.
Peserta akan bermalam atas rumah bot dan menyambung cabaran jam 7hingga 10 pagi esoknya sebelum pulang ke jeti Pangkalan Gawiselewat-lewatnya jam 12 tengah hari Ahad.
Majlis penutup dijadualkan jam 2.30 petang di Pangkalan Gawi.Maklumat lanjut dalam sisipan Joran pada Berita Harian pada Sabtu iniatau hubungi 013-3310166 atau Unit Joran 03-22822323.
SIGNATURE ......................................................................................
Aku Moderator yang gila makan kredit  |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana ngan ciri keselamatan?
Ya..lah..kan nak mancing naga... |
|
|
|
|
|
|
|
ade ikan naga kat tasik kenyir???? sapa punya keja ni.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|