View: 1948|Reply: 0
|
Pengeluaran perkakas elektrik membazir tenaga patut dihenti
[Copy link]
|
|
PENGGUNA patut mendapat pilihan yang lebih baik. Pilihan untukmengurangkan bil elektrik sememangnya disukai tetapi pengguna tidakmelangkah ke hadapan kerana kos pembelian produk cekap tenaga adalahmahal.
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) sudah lamamengutarakan idea untuk menghentikan penggunaan lampu pijar secaraberperingkat daripada pasaran. Ini adalah langkah pertama dansepatutnya disusuli tindakan memberhentikan produk membazir tenaga yanglain.
Wecam gembira kerajaan memandang serius cadangan kami danmemulakan dengan lampu pijar. Wecam juga adalah ahli kumpulan di bawahSuruhanjaya Tenaga yang akan melaksanakan pemberhentian penggunaanlampu pijar. Kami berharap pelaksanaan yang lancar dapat membantupemberhentian produk membazir tenaga yang lain dalam masa terdekat.Harga lampu pijar adalah hampir 10 kali lebih murah daripada lampukalimantang termampat (CFL).
Bagaimanapun, kadar hayat purata CFL di antara lapan hingga 15kali lebih tinggi daripada lampu pijar. Ini bermakna dalam masa limatahun, secara purata satu lampu CFL digunakan berbanding hampir 10lampu pijar.
Kos pembelian adalah hampir sama dalam masa lima tahun. Dalamkonteks penjimatan kos bagi 10 lampu untuk lima tahun, kita dapat lihatlampu CFL 15 watt memberikan kos elektrik sebanyak RM358 berbandinglampu pijar 75 Watt sebanyak RM1,790 jika digunakan bagi tempoh enamjam sehari.
Kita dapat menjimatkan RM1,432 dalam masa lima tahun. Anda bolehmembuat kira-kira membandingkan kecekapan tenaga di www.switch.org.myuntuk mengetahui secara lanjut.
Dalam jangka masa panjang, semua peralatan cekap tenaga dapatmengurangkan kos operasi peralatan. Ini adalah perbandingan yang selalutidak diendahkan oleh pengguna apabila membeli peralatan elektrik.
Mengenai isu pengurusan sisa CFL, Wecam sudah pun mengutarakanmasalah ini kepada Suruhanjaya Tenaga. Kita akan melihat kepada kaedahpengambilan balik dan kitar semula yang efektif. Ini bukan sistem baru,tetapi kita perlu merujuk kepada model yang sesuai dengan keadaan diMalaysia.
Di sebabkan harga CFL tinggi, Wecam mencadangkan bantuan pinjamankepada golongan berpendapatan rendah melalui syarikat bekalan elektrikatau koperasi. Ini dapat membantu mereka membeli lampu CFL dan membayarsecara ansuran.
Layari www.switch.org.my untuk mendapatkan lebih banyak maklumatbagaimana anda boleh melakukan langkah ringkas untuk menjadi cekaptenaga.
PIARAPAKARAN SUBRAMANIAM,
Setiausaha Agung,
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam).
SIGNATURE ......................................................................................
Aku Moderator yang gila makan kredit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|