View: 49107|Reply: 161
|
WWF temui 11 spesies baru flora, fauna
[Copy link]
|
|
kalau ada gambar lagi bagus nie... |
|
|
|
|
|
|
|
saya mahu gambar. saya sangat teruja |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH-KISAH & INFORMASI MENARIK TENTANG HAIWAN DI DALAM MEDIA & INTERNET
Post Last Edit by boocik04 at 12-6-2010 00:13
Pucung Harimau singgah di USM
Oleh NIZHA PERIASWAMY
BURUNG Pucung Harimau yang dikesan singgah di USM baru-baru ini.
GEORGE TOWN - Selepas Burung Helang Merah, satu lagi spesies burung iaitu Burung Pucung Harimau dikesan di kawasan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) dekat sini baru-baru ini.
Burung Pucung Harimau yang juga dikenali sebagai Malayan Night Heron ditemui sejak dua minggu lalu oleh Pakar Burung, Zoologi dan Penyelidik USM, Mohamed Hifni Baharuddin.
Bercakap kepada pemberita pada sidang media di Pusat Ekologi universiti itu, Eco Hub, yang baru dilancarkan semalam, Mohamed Hifni memberitahu, burung itu ditemui buat kali pertama di kawasan Lembah Durian di sini.
"Saya sempat merekodkan gambar burung tersebut untuk penelitian lanjut. Sebelum ini burung itu dikatakan ditemui di Taman Templer, Selangor pada tahun 2008 tetapi tanpa rekod seperti foto.
"Di Pulau Pinang pula, ia pernah direkodkan ditemui lima hingga enam tahun dahulu di Penaga," katanya yang menjelaskan spesies itu istimewa kerana ia jarang dijumpai dan aneh berbanding dengan spesies burung pucung yang lain.
Hifni seterusnya menerangkan, nama Malayan pada burung ini diberikan berikutan penemuan awalnya di kawasan Sumatera dan mungkin ia dilakukan oleh pakar yang tinggal di kawasan Semenanjung.
pshawwwwwww lawa ler pulak burung pucung rimau ni..... aku suka tengok burung.... kat kerja aku ada sarang burung (aku tak pasti burung apa; tapi kaler kunen oren ijo) dia buat kat tepi koner siling!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
burung ni aku slalu nampak neh mase kekecik dlu. orang usm ni cam duduk bawah tempurung je tunggu burung datang tempat dia baru nak catit penemuan. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe jangan cakap mcm tu.. tu satu penemuan yg jarang2 dijumpai pada masa sekarang.. pucung ni dalam spesis haiwan terlindung.. masa saundari/saudara kecil maybe banyak... |
|
|
|
|
|
|
|
selain tu gak di kampus engineering, selalu jadi tmpt singgah burung yg migrate....
sbb situ antara laluan burung2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
lor...burung rupenyer..
mati2 aku ingat rimau..
but that's a one good looking bird |
|
|
|
|
|
|
|
masa baca tajuk thread nih saye bayangkan 'pocong' harimau. toing toing |
|
|
|
|
|
|
|
sam the koala is dead
ingat tak pasal sam, koala australia yang terselamat dalam kebakaran hutan di australia early this year?she died today, not because of the fire, but because of the ketumbuhan dlm organ.it seems that sam tak boleh diselamatkan dalam satu pembedahan n dia terpaksa dimatikan untuk elakkan sam dari terus sakit n menderita.
aku menangis baca cerita sam ni dlm paper pagi tadi border=0 /> |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1# olaoli paper mana ko baca?ade kluar kat harian metro x?..aku ni kalo pasal haiwan,mmg mudah tsentuh hati....apatah makhluk comel mcm koala tu...aduhaiiiii....... |
|
|
|
|
|
|
|
1# olaoli ...
stars83 Post at 7-8-2009 13:54
dalam utusan malaysia hari ni.aku dah nangis.mak aku pun heran.sebab masa sam ni bejaya diselamatkan dulu, aku yg beria print gambar dia letak kat cubicle aku kat opis. |
|
|
|
|
|
|
|
owhh...rip dear sam... |
|
|
|
|
|
|
|
alah.. koala ni mati ke?? really love this boy.. tabah betul budaknya |
|
|
|
|
|
|
|
dia dah ada bf.kesian koala jantan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
rusa TERkecil ditemui
Rusa terkecil ditemui
GAMBAR menunjukkan rusa terkecil yang ditemui di utara Myanmar.
KATMANDU - Rusa terkecil di dunia, seekor katak terbang dan ikan keli melekat pada batu merupakan sebahagian daripada lebih 350 spesies baru hidupan yang ditemui di banjaran Himalaya sejak sedekad lalu, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam.
Pertubuhan pemuliharaan haiwan itu berkata, semua penemuan itu menjadikan banjaran Himalaya sebagai antara kawasan paling kaya dengan kepelbagaian biologi di dunia.
Bagaimanapun, beberapa penyelidik memberi amaran kepelbagaian habitat yang menyokong kehidupan beraneka spesies itu kini diancam perubahan cuaca selain pembangunan tidak terkawal di Himalaya.
"Kepelbagaian hidupan dan kebudayaan yang ditemui di sini akan lenyap untuk selama-lamanya jika kesan perubahan cuaca gagal ditangani," kata Ketua Kempen Inisiatif Hidupan Himalaya WWF, Tariq Aziz.
Kempen pemuliharaan tersebut merangkumi tiga negara di banjaran Himalaya iaitu India, Nepal dan Bhutan.
Hampir 75 peratus spesies baru yang ditemui WWF di rantau tersebut antara 1998 dan 2008 terdiri daripada tumbuhan termasuk 21 orkid baru.
Turut ditemui spesies rusa terkecil di dunia dinamakan muntjac yang hidup di utara Myanmar.
Beberapa saintis pula menemui katak yang menggelongsor di udara dengan menggunakan selaput pada kakinya dinamakan Rhacophorus di utara India selain dua ekor ikan keli yang memiliki pelekat pada badannya dan mampu melekat pada batu di sungai. - AP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|