View: 3091|Reply: 2
|
Malaysia cuma ada 117 pakar pergigian - Dr. Ismail
[Copy link]
|
|
Malaysia cuma ada 117 pakar pergigian - Dr. Ismail
KUCHING 24 April - Bilangan pakar ortodontikatau pergigian di negara ini yang hanya berjumlah 117 orang perluditambah bagi memastikan nisbahnya dengan jumlah penduduk lebihseimbang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata,dengan jumlah 117 orang, nisbah yang ada sekarang ialah seorang pakarOrtodontik bagi setiap 250,000 penduduk sedangkan jumlah ideal yangdisasarkan Kementerian Kesihatan ialah 1:100,000.
Beliau berkata, kekurangan itu lebih ketara di sektor awam kerana 61 peratus daripada mereka berkhidmat di sektor swasta.
''Masalah ini berlaku kerana kita mengalami kekurangan pusat latihanserta jumlah tenaga pengajar walaupun kita mendapati ramai yangberminat untuk menceburi bidang ini.
''Kita (kementerian) memandang serius masalah ini dan berusaha untuk mengatasinya dalam tempoh terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikanucaptama pada persidangan saintifik antarabangsa Persatuan PakarOrtodontik Malaysia (MAO) di sini hari ini.
Menurut British Society of Orthodontics, ortodontik merupakan cabangilmu kedoktoran gigi yang mempelajari pertumbuhan dan perkembangankhususnya tulang rahang dan wajah yang dapat mempengaruhi posisi gigi.
Hanya terdapat 46 pakar Ortodontik yang berkhidmat di sektor awamiaitu 33 berada di Kementerian Kesihatan, institusi pengajian tinggi(10) dan Kementerian Pertahanan (3).
Mohd. Ismail memberitahu, diharapkan menjelang tahun 2015, negara ini mempunyai kira-kira 150 orang pakar ortodontik.
Ujarnya, beliau percaya perkara itu boleh dicapai kerana semakin ramai yang meminati subjek ortodontik.
''Kita akan berusaha melatih lebih ramai lagi pakar ortodontik walaupun ia agak mencabar bagi mencapai bilangan itu.
''Justeru, kita berharap pihak MAO akan membantu kementerian untukmemiliki lebih ramai pakar pergigian pada masa akan datang," katanya.
sumber utusan online...
SIGNATURE ......................................................................................
Aku Moderator yang gila makan kredit |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya lebih baik tukar tajuk tu...artikel tu maksudkan pakar ortodontik...pakar pergigian tu general, kalau betul2 sebenarnya ramai dah pakar pergigian dalam bidang oral surgery, restorative, periodontology etc...
tapi, memang betul lah tu, orthodontist memang tak banyak dalam goevrnment practice..contohnya , untuk pesakit daerah klang, kuala selangor, tg karang, banting, akan menggunakan khidmat 2 pakar ortodontik dari klang...
kebanyakan waiting list untuk mendapatkan rawatan ortodontik dlm selangor ialah 5 tahun atau lebih.
itupun dah dihadkan hanya kepada pelajar sekolah sahaja dan kes2 yang tertentu yang betul2 memerlukan rawatan...
kalau sekadar untuk kosmetik, biasanya dinasihatkan dapatkan rawatan di private practice. |
|
|
|
|
|
|
| |
|