|
Semalam saya makan tengahhari dengan kawan saya yang bekerja di Sepang Internasional Circuit. Dia menanyakan saya tentang masalah lalat yang amat menggangu ketenteraman. Kehadiran lalat menyebabkan orang menganggap kawasan tersebut sebagai tidak bersih. Terutamanya para pelancong dari luar.
Saya memberitahunya yang lalat harus di cegah bukannya di bunuh. Kita haruslah menguruskan sistem pembuangan sampah kita dengan baik, menguruskan sistem ternakan dengan baik dan ini perlu dilakukan seluruh negara. Semua orang harus ada kesedaran sivik yang tinggi.
Kawan saya itu mengaku yang itu sesuatu yang amat sukar. Tetapi dia hairan bagaimana orang jepun dan orang barat dapat melakukannya. Dia menceritakan pada saya lawatannya ke litar lumba Fuji Speedway, Jepun baru-baru ini.
Di sana dia tidak menemui satu tong sampah pun, puas dia mencari di sekitar komplek tersebut. Setelah bertanya kepada seorang pengunjung jepun, dia melihat pengunjung tersebut mengeluarkan beg plastik dari beg galasnya. Rupa-rupanya mereka membawa tong sampah mereka sendiri.
Orang jepun kuat merokok, dan mereka membawa tempat habuk rokok mereka sendiri. Sampah yang mereka kumpulkan akan mereka buang sendiri di rumah mereka.
Begiti juga di Eropah. Kawan saya menceritakan pernah sekali dia menumpang kereta kawannya seorang mat saleh perancis. Ketika dalam berjalanan tersebut dia mencampakkan puting rokok ke luar kereta.
Tiba-tiba kawannya ke tepi jalan dan berhenti dengan tiba-tiba. Dia terus mengarahkan kawan saya itu pergi mengutip semula puntung rokoknya itu dan membuangnya dalam tong sampah sambil berkata. Saya tak suka orang buang sampah di depan rumah saya dan saya yakin orang lain juga begitu.
Kita di Malaysia berbagai usaha dijalankan untuk memberi kesedaran sivik pada rakyat, namun hampa. Di Barat tiadapun pelajaran Sivik tapi mereka hebat.
Melalui pemerhatian saya untuk tanam kesedaran sivik yang tinggi memerlukan jiwa yang sensitif, jiwa yang sensitif hanya ada pada orang yang berjiwa halus, jiwa yang halus ada pada orang yang mencintai seni.
Seni merupakan keindahan, keindahan ada pada segenap bumi ciptaan Allah. Kita melihat rimbunan tumbuhan yang menghijau, berbagai aneka jenis tumbuhan, berbagai warna, berbagai jenis bungaan.
Keindahan juga ada ada pada kejadian malam dan siang, pertukaran malam dan siang mempamekan seni yang cukup sempurna, mendamaikan insan yang berjiwa halus yang melihatnya.
Keindahan musnah apabila kita menghancurkan alam sekitar, apabila kita lalai dari menjaga kebersihan.
Cuba kita pergi sejenak di tepi pantai di waktu pagi, pejamkan mata. Kita dapat mendengar irama yang sungguh merdu. Deruan ombak memecah pantai. Sisiran dedaun ditiup angin mengalunkan irama yang gemersik, di tambah dengan kicauan burung yang riang mencari makan dari dahan ke dahan.
Semua itu adalah seni halus yang dicipta Maha Esa. Allah Tuhan yang Maha Sempurna, Maha Indah. Hanya jiwa yang kasar yang tidak menghargai semua keindahan itu.
Didiklah generasi bangsa kita sedari kecil tentang semua itu. Bawa mereka menikmati alam ciptaan Tuhan. Sudah tentu kita dapat melahirkan geberasi yang berjiwa seni, sensitif dan peka kepada keindahan. Tentu mereka tak sanggup melihat segala keindahan itu dimusnahkan. Lahirlah masyarakat yang berhemah tinggi.
Seni keindahan alam adalah percuma untuk sesiapa saja yang mahu menikmatinya. Jangan memberi alasan kesusahan menghalang kita menikmatinya.
Jadi bezanya kita dengan orang eropah ialah tahap minat kita pada seni, orang eropah amat meminati seni, mereka pupuk anak-anak mereka pada meminati seni, ini dapat melahirkan masyarakat yang berjiwa halus. Maka lahirlah masyarakat yang berhemah dan punyai kesedaran sivik yang tinggi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang nilah cikgu aku ajar masa sekolah dulu.
Kalau tak jumpa tong sampah, letak dalam beg atau poket dulu. Untuk yang kering dan tak busuklah. Kalau tu yang berlaku, pandai-pandai sendirilah nak cari tong sampah.
Aku rasa baik ajar benda ni masa budak-budak lagi.
Untuk orang dewasa baik ikut macam Singapura. Buang sampah kena denda. Orang yang bagi maklumat dapat ganjaran.
Mesti bersih Malaysia ni nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
org malaysia pengotor..selambe je buang sampah merata2.. beli air kotak, naik kete..pas minum main campak atas jalan, begitu jugak rokok, dah isap main baling je merata2..
yg paling teruk, bile ada baby kecik2 kat dorg, bole dorg isap rokok ..mcm takde kesedaran sivik lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
I setuju dengan part cik Savanah cakap masyarakat Barat memang mencintai seni. Sangat betul dengan penghayatan seni yang tinggi dapat menghasilkan jiwa yang halus dan sukakan keindahan serta kesucian. Jadi mereka automatic akan pantang melihat benda2 kotor! Seswai terapkan pendidikan seni kepada bebudak kecik di M'sia agar mereka membesar sebagai warga yg cintakan kebersihan sampai bebila |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Duta lover at 30-4-2010 22:21
tahap kebersihan manusia ni mmg ada byk tahap2nya
ada jenis mak bapak
slumber buang pempes anak dpan rumah org
sbb tak nak kereta depa bau busuk
pernah jugak nampak org buang pempes..
pempes tu terapung2 kt air terjun
antara tahap2 kebersihan manusia yg aku nampak
nampak sampah terus buang (iaitu buang kat mana2 je yg dia leh nampak...meaning buang trhru tingkap kereta dsbnya)
then ada org yang akan buang sampah kat tong sampah
orang yg simpan sampah dia dlm beg n sampai kt umah dia buang
or orang yg simpan sampah dlm beg....n sampah tu slamanya2 dlm beg....
apapun...cubalah kurangkan sampah
contoh...kalau korang bli twisties...terus nak makan
takyahla mintak plastik
tak pasal2 nak kene buang plastik n pembalut twisties sendiri
aku tak refer pada mana2 bangsa
cuma...yg aku taulah...
kalau aku cuba taknak mintak plastik..or bungkus guna tupperware
ada je manusia ni yg nak sindir2...poyo la tu
teruk tol...
yg aku geram
rema malaysia ni...bukan men lagi dok agung2kan benda2 jepun n korea
suka makan sushi..suka baca komik..suka tgk anime...
suke nyanyi lagu jepun korea
hafal bagai
tapi benda2 n contoh yg baik tak nak di ikut
sedangkan dasar padang ke timur DR M dah kenalkan lama dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi 1 perangai orang malaysia nih...
suka ludah dan buang kahak di merata2...
oh dear,that is soooooooooo disgusting!!
dengan lendir hijaunya,buih2 lagi..
aiyoo...kalau taknak berkahak,janganla isap rokok...
pening kepala aku tertengok benda jijik nih..
haaa...lagi 1.cik akak dan cik abang dan cik adik,lepas kunyah chewing gum tolong buang dalam tong sampah ye...
jangan buang kat tepi jalan...
tak seronoklah jalan2 lepas tu terpijak benda yang keluar dari mulut kamu tu..
menjijikkan,jugak leh sebar penyakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
good posting cik savannah... mmg org kita kurang kesedaran sivik.. pttnya org dewasa jadi contoh.. nnti baru generasi muda x ikut
psl lalat tuh.. byk sgt tuh mungkin sbb dekat ngan reban ayam x.. rsnya area tuh pun de ladang ayam kan.. ayamas punya.. kalau musim lalat mmg banyak sbb sosi penah tinggal sana dulu..
pe2 pun kebersihan tuh mesti di jaga dr kebersihan tuh la br terhindarnya penyakit/wabak2 berjangkit ni |
|
|
|
|
|
|
|
Saudara/saudari,
Kalau sahaja semua orang mempunyai kesedaran sivik maka akan bertambah aman, makmur, sejahtera, harmoni dan selesalah lagi kehidupan kita. Apa tidaknya, orang berkesedaran sivik tahu akan tanggungjawabnya terhadap bangsa, negara dan masyarakat sekelilingnya.
Mereka yang berkesedaran sivik tidak akan melakukan perkara-perkara negatif, jauh sekali terlibat dengan gejala-gejala sosial. Mereka akan sentiasa berfikiran positif dan melakukan perkara-perkara yang baik serta berkebajikan.
Jadi jika ramai orang mempunyai kesedaran sivik maka akan berkuranganlah kes-kes kecurian, perlanggaran undang-undang dan peraturan, perbuatan pemugut, membuang sampah merata-rata, sikap tidak menghormati sesama insan dan seumpamanya.
Apa yang menyedihkan ialah perkara-perkara negatif seperti itu masih berlaku, malah semakin bertambah dalam masyarakat kita ini. Takaduhung menyebut 'kesedaran sivik' ini, penulis tidak akan menumpukan kepada kes-kes berat atau jenayah 'skala besar', cukuplah menyebutkan perbuatan dan perlakuan negatif 'skala kecil' sahaja yang cuma memerlukan kesedaran sivik untuk membendungnya.
Dari sudut negatifnya pula,kita sering melihat atau mengetahui melalui media-media massa terdapatnya kecurian peralatan-peralatan daripada besi atau tembaga termasuk milik kerajaan yang disediakan bagi kemudahan orang ramai. Antaranya termasuklah, pintu dan pagar besi, kabel telekom, dawai elektrik, besi penutup lubang dan longkang, papan-papan tanda dan arahan jalan dan seumpamanya.
Besi, dawai dan tembaga tersebut dijual untuk mendapatkan duit secara mudah tanpa menghiraukan kepentingan awam, kerugian kepada kerajaan, di samping membahayakan dan menyusahkan diri mereka sendiri. Perbuatan itu semakin meningkat kerana 'harga besi' ketika ini melambung naik.
Dalam hal ini, para peniaga atau pekedai yang membeli barang-barang terpakai perlu insaf dan mengelak dari membeli barang-barang yang dicuri. Mereka seharusnya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata tetapi perlu mengetahui bahawa 'memiliki, menjual dan membeli' barang curian adalah salah di sisi undang-undang.
Satu lagi perbuatan yang langsung tidak mempunyai 'civic minded' ialah sikap pemugut sebilangan masyarakat kita ini. Perbuatan ini termasuk perbuatan merosakkan telefon awam, merosak dan menconteng tandas, dinding-dinding bangunan, perhentian-perhentian bas, memecah cermin, merosakkan taman-taman rekreasi, bunga-bungaan, papan-papan tanda dan lain-lain lagi.
Terdapat juga orang kitani yang tidak mementingkan penjagaan kebersihan persekitaran, malah ada pula di antaranya yang mengotorkan alam sekitar dengan membuang sampah merata-rata, bukan di tempat pembuangan sampah yang dikhaskan.
Sampah sarap dilonggokkan di belakang bangunan atau dihumban dari kenderaan ke tepi jalan raya. Mereka tidak menghiraukan soal kebersihan dan kecantikan persekitaran kampung dan bandar, jauh sekali memikirkan betapa ia boleh membawa imej yang kurang baik kepada negara.
Di perkampungan air juga sama ceritanya, sebilangan penduduk membuang sampah sarap terus ke sungai meskipun tempat pengumpulan sampah telah disediakan. Walhal kemudahan pengangkutan dan pembuang sampah yang dikontrakkan kepada agensi swasta juga telah disediakan.
Kedua-dua senario di atas cukup menjijikkan mata memandang, baunya yang busuk menusuk hidung dan meloyakan tekak. Itu pun belum cukup menginsafkan mereka betapa kesannya boleh mengakibatkan pelbagai penyakit dan wabak yang akan menjejaskan kesihatan orang ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam saya makan tengahhari dengan kawan saya yang bekerja di Sepang Internasional Circuit. Dia me ...
savannah Post at 30-4-2010 11:22
Good posting... memang ni la hakikat pahit yang terpaksa kita telan. Ramai di antara kita yang mampu pakai Honda Civic tapi dalam masa yang sama tak mampu nak terapkan kesedaran sivik. Bunyi macam aku buat lawak tapi ni memang hakikatnya. Camaner kita nak jadi negara maju kalau mentaliti orang kita masih lagi mundur dan tak mencerminkan masyarakat bertamadun...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# Squall-Leonhart
setuju sesangat... meluat tgk org buang sampah/meludah merata2 ni.... ada yg selamba buang pampers anak sepah2 tu.. eeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Squall-Leonhart
setuju sesangat... meluat tgk org buang sampah/meludah merata2 ni.... ...
lipsofanangel Post at 3-5-2010 00:10
yerla..sedih tengok keadaan sebegitu skg nie...skg nie TT tgk bandaraya Kl semakin tercemar dan kotor...cam manerla pelancong2 dtg tengok keadaan negara kiter nie...mesti mereka berfikiran semacam je...dan lagi satu time naik lrt, org malaysia ni kadang2 macam tak prihatin je..org mengandung, nenek yang dah tua pun tak diberi tempat duduk...terpaksa mereka berdiri dan menahan rail dalam lrt tu..huhu..too bad...dan takde orang yang nak offerkan tempat duduk untuk mereka..kalau ader pun, memang susah nak jumpe org yang civic minded ni offer tempat duduk untuk mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat jepun,org2 tua biasanya petang2 bawak anjing diaorg gi jalan2(sama mcm kat sini utk kaum cina dan india)..pastu tetiba anjing dia nak veraks...lepas anjing dia lepaskan hajat,dengan selamba makcik nie keluarkan tisu dan amik najis anjing tu simpan dalam poket jacket dia utk buang kat rumah...benda nie live aku nengok depan mata aku sendiri..dan plak tu kawasan kampung gitu..bukannya dalam town...korang rasa bila agaknya kita nak sampai tahap level camnie??? |
|
|
|
|
|
|
|
mase kecik boleh didik lagi...
tp bile dah beso,jumpe ngan org xde sivik.....
boleh tpengaruh gak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini org jepun buat nie...agak2 korang boleh try tak??
danedzya Post at 9-5-2010 23:57
mmg betoi... tapi ada yg tak betul... ada sebahagian mamat jepun yg dtg malaysia pun jadi hampeh juga... tak reti jaga kebersihan.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg betoi... tapi ada yg tak betul... ada sebahagian mamat jepun yg dtg malaysia pun jadi hampeh ...
ryo_takahashi1 Post at 10-5-2010 09:38
Moderator,mungkin rakyat jepun pun sudah terpengaruh dengan budaya rakyat malaysia yang kurang kesedaran siviknya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|