View: 7106|Reply: 8
|
JAWATAN KOSONG - PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT (KONTRAK)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by noraienz at 4-5-2010 17:01
Universiti Malaya ingin mempelawa permohonan daripada calon yang sesuai dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/ SETIAUSAHA PEJABAT.
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
Gred Jadual Gaji Matriks
Gred N17 : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
: P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
: P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95
Gred N27 : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
: P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25
: P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26
SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED N17
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1T2)
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer).
KELAYAKAN LANTIKAN TERUS KE GRED N27
(d)
(i) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik – politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T1) ; atau
(ii) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5) dan
(e) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Sila emelkan resume dan salinan sijil akademik anda kepada [email protected]. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Fauziah di talian 03-7967 3513 |
|
|
|
|
|
|
|
bila tarikh tutup ni?laki bole try ke? |
|
|
|
|
|
|
|
haaaaaaaaa~~~~~!!!!!!! nak apply.....please2... |
|
|
|
|
|
|
|
mmmm...maaf la bertanye, saya nak tahu, saya ni tak pernah amek ujian trengkas, tp tahap menaip tue insyaALLAH memang boleh tahan la lajunya......yer la...24 jam depan komputer and menaip je keje....mcmane eak ?? layak ke apply ? |
|
|
|
|
|
|
|
mmmm...maaf la bertanye, saya nak tahu, saya ni tak pernah amek ujian trengkas, tp tahap menaip tue insyaALLAH memang boleh tahan la lajunya......yer la...24 jam depan komputer and menaip je keje....mcmane eak ?? layak ke apply ? |
|
|
|
|
|
|
|
helo there...just try ur luck ok....jgn risau..no harm in trying kan |
|
|
|
|
|
|
|
jawatan pegawai tabdir tu leh apply lagi ker |
|
|
|
|
|
|
|
pegawai tadbir kontrak dah tutup dah.... |
|
|
|
|
|
|
|
kpd semua yg berminat, anda masih boleh apply (lelaki dan perempuan). kami tidak meletakkan sebarang tarikh tutup buat masa ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|