Post Last Edit by ukaya at 27-5-2010 20:44
Salam all,
Ni kisah yg terjadi kat diri I. happened in 2008. Tapi tak la sampai hysteria etc. I study kat Brisbane, masa tu cuti summer and buat2 tunggu result, I pegi la cuti kat Sydney selama seminggu lawat my cousin yg kat situ. Tinggal la my housemate sendiri kat rumah. Kami tinggal ber dua je. FYI, its normal for me la kalau ada bengkak2 biru kecil kat betis ke, kat tgn ke.. I tak kisah, bagi I biasa je..Tapi org tua2 ckp tu bekas di cubit hantu. Tapi I selalu deny la kan, I ckp ni psl too much gym and too much exercise la ni (cheh! Konon2 mcm athletic la I ni). Masa kat Sydney, cousin I ada la jugak tegur kenapa byk bengkak mcm kena dera je.. aku ignore je, dah lali
So, lepas balik dari Sydney, memang jarang plak jumpa my housemate ni sebab die busy nak exam masa tu (diff course, diff uni, psl tu la tak sama). Sorangla I kat rumah sambil buat telur and buat bodoh, jobless ter amat la sangat. Hehehe.Sampai je kat rumah tu, rasa pening2, tak baik, rasa demam mcm tu la, mkn pun tak berapa. Sampai I ter paksa jual my ticket tengok concert Alicia Keys!! Kesian plak my housemate, ter paksa dia pegi ngan org lain padahal kami dah plan nak gi sama2. Tapi apa bleh buat, I benar2 tak sihat.
Sepanjang I tak sihat ni, I selalu tdor awal before 10pm then pasti akan bangun dalam jam 5 to 6am. SO mcm tu la je.. atas katil layan internet etc huhuhu. After few days, I gi airport sebab my aunty ngan anak2 (my cousins la tu) dtg lawat sambil vacation la kan masa tu budak2 cuti sekolah. So, flight diorang sampai Brisbane malam. Sampai rumah pun dalam 10pm la mcm tu. My cousin yg 4 tahun ni punya la bad mood, marah2, tak nak ckp sebab ter lalu lama dlm airplane. Anyway, my aunty nampak teperanjat tengok rumah I. dia ckp napa gelap? I said memang mcm ni la org sini SAVE ENERGY. Kedekut electric huhuhuhu. FYI, rumah ni rumah lama, QUEENSLANDER home.Rumah tu bahagi 3; owner duduk kat sebelah, kat depan a Japenese girl, unit kami kat blakang Japanese. On the way ke pintu entrance kami, memang ada pokok besar. So, dalam angkat2 luggage tu, cousin yg 4 tahun ni dia nangis la plak sampai masuk bilik.. kami tak tau kenapa. Dia nangis jeeee memanjang sampai te tidur. Adui! Yg mahal nya esuk pagi, boleh plak dia yg over excited dan extremely hyper nak gi shopping. Alahai budak ni… boleh dia ckp kat I, “Kaka**, lets go jalan now, I want to buy alooooooot of toooys” dgn gaya tgn. Budak sekarang…memang.
So, dalam beberapa hari tu we all gi theme parks + shopping etc, and I memang realise bengkak2 biru ni makin byk la plak, tapi ignore je,biasa je. And one day, masa kami lawat fruit world ni, masa lunch kami semua rehat la.. sebab ladang buah ni besaarrr and cuaca yg amat la panas. I gi restroom and masa tengok cermin, leher I plak ada bengkak biru tu! rasa seram la pulak! Terus I kasitau my aunty, mata dia membesar and mcm she wanna tell me something tapi tak juga. Malah, dia kata.. tidur satu bilik ngan dia je starting mlm tu sampai kami pulang ke tanah air. Lupa plak nak ckp, bilik I utk my aunty tdor ngan my cousin yg 4 tahun tu. I tdor ngan housemate ngan my other 2 cousins sebab bilik housemate memang besar siap ada own living room lagi. So, malam tu semua busy la.. My aunty and I kemas2 brg dlm bilik, my other 2 cousins sibuk ngan main game dlm bilik housemate, cousin yg kecik tu apa lagi BUSY DGN TOYS baru dia la… kat dapur. Oh my housemate masa tu kat library di uni.
All of sudden, cousin kecik ni ber lari ke bilik I sambil ketawa2 lagi, dia ckp “kaka **, someone is outside, someone’s coming.. capa tu?” I was like, huh? Bengang tahap gaban. Sapa lak dtg tengah2 malam ni!! My cousin kecik ni tarik I bawa kat pintu entrance, but I didn’t see anyone pun! (pintu entrance ni sexy tau, pintu kaca). Dia keep on saying “ni… ada org datang..capa ni?” (sambil tgn nya tunjuk2) haiiyy… meremang bulu aku. I bawa je masuk bilik, my aunty diam je. My other 2 cousins tu pun nampak takut la plak......
Dipendek kan cerita, sesudah selamat sampai kat tanah air.
Rupa2 nya my aunty kasi tau one of my uncles pasal leher I. My uncle ni boleh la, dia pandai la dlm brg2 mcm ni. So, he called me utk dtg kermh dia. I gi la saje. Dia plak senyum2 masa I sampai. I belum ceta ape2, my uncle sendiri describe rumah I kat Brisbane tu mcm mane, dia ckp gelap sunyi,old house, ada pokok besar etc. I senyum2 kambing je.. huhuhu. Dia pun start la nak ubati I, pegang leher I sambil ter tunduk2 dan mulut nya ter kumat kamit. Bla bla bla bla bla bla… tiba2 dia ber suara, dah! .. Dah siap la.
Lepas ubat,baru la dia nak cite. Sebenar nya rumah I ada penjaga perempuan. And pokok besar tu actually kalau tempat kita ada tempat kubur je, kalau tak silap dia ckp pohon ara ke? Ntah im not sure. And selama ni benda tu ikut ber sangkut kat belakang I (mcm bawa bag tu la) !! aduhai… yg I geram, elok2 je 'benda' ni ikut I kan! I bayar mahal ticket airplane, dia senang2 dok ber sikut kat belakang I tumpang free
Tapi my uncle ckp dia yg jenis baik, tak kacau , dia ikut je sebab dia lonely takde kawan. Sebab tu bengkak biru2 tu ade.. dia cubit suruh I bangun utk temani dia. Tu je yg my uncle ceta kat I. Alhamdulillah I ok lepas tu, no more bengkak2..
Selang beberapa hari, I story la plak kat my aunty ni kan,lepas tu baru la dia buka mulut. Dia memang sudah memang rasa masa sampai kat rumah I, sebab rumah tu nampak 'murung' plus dgn kehadiran pokok tu punya la dia teperanjat dan sebab tu la anak kecik dia nangis masa malam pertama sampai tu. And memang anak kecik tu memang selalu nampak yg anih2. Ya la kan mata budak2..
Sekian tamat la cerita I tak seberape. Hehehe. Dgn ini saya tunjukkan ngan uols gambar rmh tu and bengkak2 biru tu. FYI, I dah tak tinggal kat rumah tu, dah pindah..
|