CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11073|Reply: 12

Novel Kakinovel "Mencari Jalan Ke Syurga"

[Copy link]
Post time 19-6-2010 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Ada sesiapa yang dah baca novel terbaru dari penulis Hasliza Ismail 'Mencari Jalan Ke Syurga"?  Novel ke dua beliau yang pastinya tidak akan menghampakan pembaca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2010 11:33 AM | Show all posts
inopsis:
Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki;memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkitsemula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadiinsan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengandosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkanKhirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitammula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yangdatang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.


Di mata Shahrul Azwan, Khiranaadalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruahkeluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntuapabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka.Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalamdirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antarakeluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannyapasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

[url=http://www.facebook.com/ajax/share_dialog.php?s=4&appid=2347471856&p[]=112503595434365&p[]=132905570054476]Kongsi[/url]
pada 07hb Jun 2010 pukul 4.33 ptg

MENCARI JALAN KE SYURGA
karya HASLIZA ISMAIL

Ulasan:

Naskah kedua dari penulis ini bersama Kaki Novel ternyata sungguhberkesan dan mencuit hati saya untuk terus membacanya. Dalam masa tujuhhari saya sudah menghabiskan pembacaannya. Itu manandakan novel initelah berjaya mencuri hati saya. Paling cepat saya habis baca noveladalah seminggu. Paling lama adalah sebulan lebih. Semakin cepat sayahabis baca sesebuah novel itu menandakan novel itu menarik bagi saya.

Saya lebih terarah menyukai novel yang bergendrekan suspen, triller dantanda tanya. Sentasa berfikir dan terus mahu tahu bab seterusnya. Tidakkiralah novel itu novel cinta, sians fiksyen, seram, satira, humor atausebagainya. Jika ada elemen suspens dan pergolakkan perasaan pasti sayaakan menyukainya.

Berbalik pada MENCARI JALAN KE SYURGA (MJKS), plot cerita dimulakandengan sebuah kemalangan ngeri apabila sebuah kereta mewah meletup danmelibatkan dua orang mangsa dan seorang terkorban jiwa dan seorang lagitercampak ke ambang maut. Namun, peluang kedua lebih menyapa kepadasalah seorang mangsa yang terlibat.

Dari kemalangan itu bermulalah kisah yang penuh konflik dan pergolakanperasaan ini. Khirana diberi kehidupan semula selepas mata sementaraselama dua tahun. Dia tersedar dalam jiwa 'orang lain' apa biladisahkan hilang ingatan. Di sini menurut penulis Khirana hilang hampirkeseluruhan ingatannya, mungkin akan membuat pembaca fikir ianyasesuatu tidak masuk akal. Jika seseorang itu hilang hampir kesemuaingatannya, sudah pasti seseorang itu tidak basa bercakap dan mungkinmembaca.

Namun, jangan terus fikir melulu. Baca terus dari bab 1 sehinggalah babseterus akan diceritakan memori ingatan Khirana hilang bukansepenuhnya, tetapi sebahgian dari hidupnya sahaja serta mertaingatannya terhadap kejahilan sikapnya dua tahun lalu langsung tidakmelekat di dalam memorinya yang pada hakikatnya dia telah melakukansatu kesilapan besar yang melibatkan ketenteraman sebuah keluarga.

Shahrul Azwan (Azwan) muncul menggantikan abang longnya menguruskansyarikat keluarganya yang meninggal dunia dua tahun lalu akibatkemalangan jalan raya yang melibatkan Khirana yang dianggap sebagaiwanita jalang yang telah merosakkan rumah tangga abangnya sehinggamenyebabkan abang longnya meninggal dunia. Kemunculan semula Khiranatelah memutikkan dendam di hatinya dan nekad untuk membalas dendam itupada penyebab abang longnya meninggal dunia.

Dalam usaha untuk membalas dendam pada Khirana, Azwan telah menempuhipelbagai konflik keluarga, dan halangan sehinggakan melibatkanperasaannya sendiri. Tanpa sedar dia telah jatuh cinta pada musuhnyasendiri yang telah menjadi 'orang baru'.

Selepas sedar dari koma selama dua tahun, bagaikan ulat yang bertukarmenjadi rama-rama yang cantik. Khirana muncul dengan personaliti barudan menyebabkan hatri Azwan bertukar persepsi. Keperibadian Khiranayang baru menyebabkan rasa kecintaan Azwan pada gadis itu semakinmenebal hari demi hari. Apakah cinta Azwan bakal bersatu dengan Khiranawalaupun di hatinya terlalu pekat dendamnya pada gadis itu? Kaliankenalah belinya dan bacanya sendiri sehingga ke titik yang terakhir.Agak lama tempoh koma Khirana. Respect dengan sikap sahabat baikKhirana Ros Azura yang sanggup menjaga kawan baiknya sendiri selama duatahun terlantar koma. Agak sukar untuk menemui seorang sahabat sbaikitu. Dan mungkin wujud di dalam novel ini sahaja.

Memaca novel ini saya teringatkan novel ILHAM HATI karya DAMYA HANNAyang konsep ceritanya sama. Hilang ingatan dan membalas dendam. Tetapimood cerita jauh berbeza.

Sebuah naskah triller cinta yang sangat menarik. Ada plot pencolekkan,kemalagan ngeri, alam halusinasi, alam mimpi, roh kembali ke masalampau dan adegan suspen bila Khirana ditikam dengan pisau oleh kakaiparnya sendiri. Adegan cemas ini mungkin sesuai untuk pengemar noveltriller cinta yang sangat berkesan. Babak sedih juga tidak ketinggalandi saat Khirana tersangkut lagi di alam koma buat kali keduanyasehingga dia tesepit di antara jalan maut dan jalan kehidupan. Manayang dia akan pilih? Anda perlu baca MJKS ini. Tidak rugi memilikinya.

Satu poin yang membuatkan saya boleh menghayati novel ini adalahwatak-wataknya. MJKS ini, watak hero dan heroinnya seimbang. Sesuaidibaca oleh lelaki dan perempuan. Kepada pembaca perempuan, bolehmembayangkan diri anda Khirana yang cukup tabah. Dan pada yang lelakiboleh membayangkan diri anda Shahrul Azwan yang tinggi egonya yangakhirnya egonya tertumpas juga kerana cinta. Sukar untuk mencari novelyang watak lelakinya lebih 'dihidupkan'. Kebanyakan novel dipasaranlebih 'menghidupkan' watak perempuan berbanding watak lelaki yang manasama pentingnya. Dengan cara ini, mungkin boleh menarik minat pembacalelaki untuk mencari novel Melayu berbanding novel inggeris.

Membaca novel ini langsung tidak membuatkan saya mengantuk. Plot yangtidak terlalu panjang membuatkan saya dan mungkin pembaca lain berhentibuat seketika di bahagian plot yang ada. Terkadang plot yang terlalupanjang sehingga lima muka surat membuatkan plot melalut dan pembacaterasa bosan.

Syabas kepada penulis kerana berjaya mencipta mood ceria yang berkasansehinggakan membuat pembaca terasa terkejut dengan setiap pengakhiranmasalah di salam MJKS ini. Awal pembacaan saya memikirkan memangKhirana yang menjadi punca kemalangan itu berlaku. Di tengah ceritabarulah terbongkar rahisa yang sebenar. Dari lima bintang sayamemberikannya 4.5 bintang. Syabas penulis! Bertambah lagi koleksi noveltriller cinta saya. Kepada pengemar novel Melayu, novel ini harusmenjadi koleksi anda.


Ulasan novel dari Rudi  Hirdy

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 03:24 PM | Show all posts
sy dah beli n baca novel ni....
okay jer cerita dia....
nk kata best sgt......mungkin jiwa sy bkn utk penulisan hasliza ismail
tapi berbaloi ler sy membeli n membaca novel ni....
ada pengajaran jika kita halusinya....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 01:47 PM | Show all posts
cite dia ala-ala misteri gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:29 AM | Show all posts
dah beli...tapi belum baca lagi...
kalau best...wah tak rugi membeli....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 08:13 PM | Show all posts
Dah baca..ok lah pada saya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2010 12:07 PM | Show all posts
ai dah beli buku dalam sebulan...

tp sampai skang ai belum tergerak hati nak baca..kenape ye??
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 11:34 AM | Show all posts
ai dah beli buku dalam sebulan...

tp sampai skang ai belum tergerak hati nak baca..kenape ye??
tudung_bawal Post at 29-6-2010 12:07

maybe cite dia x menepati citarase kot.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 11:49 AM | Show all posts
Reply 8# zafran_iman

x jugak, ai beli buku ni lepas dpat review dr kwn baik ni. may be ai belum jumpa mase yang paling
sesuai untuk baca dan hayati buku ni betul2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2010 10:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by langit_biru18 at 4-7-2010 10:35

emiel312 nie bukan penulis novel tu sndri ke?? ..... pasal kat page belakang2 tu ada tulis sebarang komen sila post kat [email protected] ... tanya je tau..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 05:16 PM | Show all posts
x terbaca lg sampai skang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 12:29 PM | Show all posts
x terbaca lg sampai skang..
tudung_bawal Post at 5-7-2010 17:16

baca la...lepas tu, boleh kongsi kat sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2013 05:02 PM | Show all posts
saya sama mcm emiel...tgk kat tv mmg best...tak sabar nk p beli novelnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.080840 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list