CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7609|Reply: 37

Suami berubah bila dah kaya(PENGAJARAN & TELADAN...)

[Copy link]
Post time 29-6-2010 11:15 AM | Show all posts |Read mode

just nak sharing....



SEBELUM saya berbicara lebih lanjut saya ingin bertanya kepada pembaca wanita khususnya, adakah anda mencari suami yang taraf pendidikannya sama dengan anda atau anda menerima seadanya? Jika anda belum berkahwin, fikirkan sepuluh kali. Biasanya wanita menerima suami seadanya, tetapi suami zaman sekarang memilih isteri yang boleh memberi keuntungan dan memberi faedah kepadanya.. Bukan mereka sahaja, malah keluarga mereka juga berpandangan demikian.


''Kalau boleh mereka mahukan menantu perempuan yang ada segala-galanya yang boleh memberikan kesenangan dan tidak menyusahkan anak lelaki mereka, misalnya ada kereta, rumah dan pekerjaan yang baik.'' Demikian cerita Khalida dalam e-melnya.


''Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman sendiri dan melihat di kalangan kawan-kawan wanita sepejabat dengan saya.. Mereka juga mempunyai pandangan yang sama. Kalau boleh suami mahu melepaskan semua tugas hakikinya kepada isteri untuk laksanakan, sementara dia bebas menyenangkan dirinya sendiri.


''Dulu masa mula berkahwin saya tahu taraf pendidikan dan pendapatan suami saya Zainoor, cuma seorang kerani,sementara saya walaupun seorang guru tetapi berijazah. Biarpun saya tahu kedudukannya, tetapi saya yakin kebaikan, dedikasi dia dalam bekerja di samping pandai menjalankan perniagaan sambilan boleh bahagiakan kami.


''Saya lihat dia cukup rajin berusaha, kerana itu saya yakin dia boleh menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kami nanti. Hasrat saya tercapai hinggalah usia perkahwinan kami mencecah 12 tahun dan kami mempunyai 4 orang anak.


''Syukur kepada Allah kerana hidup kami cukup bahagia. Tambahan pula ketika itu Zainoor telah berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan atas dorongan saya, sementara saya sendiri telah naik pangkat menjadi guru besar.


''Berkat usaha dan persefahaman kami suami isteri, kami berjaya memiliki 3 buah rumah dan dua buah kereta untuk memudahkan kami bekerja.


''Sebenarnya bukan mudah memimpin suami menjadi berjaya, saya mengeluarkan wang simpanan yang banyak sebagaI modal untuk menggalakan dia berniaga pada awalnya. Malangnya ketika itu kerana sayangkan suami dan ikhlas untuk membantunya, saya tidak pernah meminta balik duit yang dijadikan modal dia berniaga.


''Sebaliknya saya nasihatkan dia supaya menambah modal lebih banyak lagi supaya perniagaan dapat berjalan lancar tanpa tertangguh kerana ketiadaan modal. Pendek kata sejak lima tahun melihatkan diri dalam perniagaan sepenuh masa, hidup kami memang boleh dikatakan senang juga.


''Malangnya, saya terlupa melihat perubahan suami saya, setiap kali keluar malam saya yakin bila dia kata jumpa kontek dan rakan perniagaan. Katanya berniaga mesti banyak kontek, barulah berjaya, kalau boleh ikut cara orang Cina berniaga mereka ramai kawan, yang boleh bertukar fikiran dan meminta nasihat kalau perlu.


''Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, dia sudah mula pandai balik rumah hingga subuh. Saya dek kerana terlalu sayang dan percaya, tidak pernah terfikir dia boleh memusnahkan harapan saya dengan bercinta lagi.


''Satu malam dia balik awal lepas makan malam dia meluahkan hasrat hatinya ingin berkahwin lagi. Nak pengsan saya. Hancur semua harapan, hilang sudah kepercayaan saya terhadapnya selama ini. Sebulan kami berperang, habis tu saya lancarkan perang dingin, harapan saya supaya dia ingat kepada janji kami dan segala pertolongan saya kepadanya selama ini, dan menjadikan dia dirinya sekarang..Bercinta


''Tapi orang tengah bercinta segala nasihat tidak didengar lagi, dia tetap ingin berkahwin dengan kekasihnya seorang wanita bekas pelayan kelab malam, berstatus janda anak tiga lima tahun lebih tua daripada saya.


''Saya rasa tidak ramai isteri yang sanggup bermadu dengan rela. Saya minta pendapat keluarga, memang tidak ada yang setuju, ibu saya yang tua dan uzur menyerahkan segalanya kepada saya, dan dia tidak menghalang kalau saya bercerai. Kerana ibu tahu besarnya pengorbanan saya menjadikan amat kesal kerana pengorbanan saya selama ini tidak dihargai.


''Kerana permintaannya di bantah, dia jadi seorang peminum dan jarang-jarang balik ke rumah. Dia bukan lagi suami saya yang saya kenal dulu. Akhirnya saya terpaksa memberi kata dua kepada suami saya untuk melepaskan saya. Dua bulan lamanya dia membuat keputusan dan seterusnya dia meninggalkan rumah dan pindah ke rumah baru dengan wanita tersebut bersama anak-anaknya.


''Apa yang saya kesalkan sudahlah suami buat saya sedemikian rumah, adik beradiknya ikut memfitnah suami saya bahawa saya tidak hebat dirajang, terlalu sibuk bekerja, selalu berkursus dan paling menyakitkan hati bila dia menuduh saya membodohkan dirinya selama ini kerana mengikut cakap saya.


''Pada saya tuduhan membomohkan dia memang fitnah, siapa dia? Dia cuma kerani asalnya, kalau saya pandai cari bomoh lebih baik saya bomohkan jutawan atau pegawai tinggi kerajaan supaya Kejayaan dia dalam perniagaan sekarang pun hasil modal saya kalau tidak hingga kini dia masih kerani lagi.Memang dasar tak sedar diri!


''Lebih pelik mengapa selepas 13 tahun berkahwin baru timbul isu bomoh? Sepatutnya saya tuduh suami saya yang bomohkan saya, kerana mahu berkahwin dengan dia cuma seorang kerani sedangkan saya ada ijazah.


''Sesungguhnya Allah Maha Besar. Baru setahun berkahwin, hidupnya mula berantakan, sudahlah duitnya dikongkong oleh isteri barunya, nak jumpa anak-anak sendiri pun disekat. Sehinggakan telefon bimbitnya pun dikawal rapi.


''Namun saya tidak kisah saya mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak saya. Syukur kepada Allah anak-anak saya dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan tahunan mereka. Hakikatnya perceraian kami sedikit pun tidak mengganggu pelajaran mereka, malah saya lihat hidup mereka lebih ceria lagi. Dengar cerita belum sampai dua tahun berkahwin bekas suami saya sudah jadi kaki hutang.


''Kini hidup saya lebih bahagia. Benarlah kata orang, kekayaan belum tentu menjadikan kita bahagia. Kini hati dan fikiran saya lebih tenang, tak perlu melihat jam pukul berapa suami balik. Tak perlu terkejar-kejar siapkan makanan bila suami balik, kini saya lebih bahagia hidup bersama anak-anak. Biarlah dia bahagia bersama anak-anak tiri dan isteri barunya, di situ mungkin dia lebih bahagia daripada dengan anak-anaknya sendiri.


''Bukan niat berdendam tetapi bila segala pergorbanan tidak dihargai, tiada gunanya bertahan dan berpura-pura bahagia. Saya ambil langkah tepat untuk membahagiakan diri dan anak-anak saya. Bukan menderita menunggu suami yang sudah lupa diri.


''Kepada kaum hawa di luar sana , saya ingin berpesan, anda tidak perlu berasa lemah jika ditinggalkan suami kerana Allah yang mengatur segala kehidupan kita. Tentunya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala yang berlaku. Anda bukan perempuan malang . Tetapi anda terpilih untuk melalui ujian-Nya.'' Demikian cerita Khalida panjang lebar untuk menjadi teladan anda.


Yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, Terpulang kepada anda mentafsirkan tetapi kalau tidak yakin anda boleh berdikari, sabar dan telanlah atas apa yang berlaku.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 11:23 AM | Show all posts
emm...kadang2 tu sedangkan x kaya pun dah boleh berubah, inikan pula bila dah kaya :re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 11:26 AM | Show all posts
Reply 2# hh_hs


tu la pasal sedih je kan bila kita ni bini sgp wat ape saje demi suami tapi last2 dia pi gak cari pompuan lain...

hancur hati...


waaaaa... sedih...

hope jauhkan la benda2 ni semua mase time dah kawin nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 12:08 PM | Show all posts
nak cari isteri cam dalam cite ni
tapi tanak jadi laki cam dalam cite ni boleh

Bukan senang nak cari wanita camtu skang huhu... kalau ada semua dah berpunya hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 01:07 PM | Show all posts
Wa kedekut style........ nak kahwin satu pun tak lepas ini dua kali kahwin...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 01:11 PM | Show all posts
betul...xpayah nak senangkan hati org lain..baik pentingkan diri sundrikk...dr sakit hati..baiklah bercerai..idup sorg2 sbnrnye best jgk...nak berkwn..nak pegi mana2..xperlu bgtau sesape..klu mak bapak ada..kne jgk la bgtau....buat apa yg kita pk nk buat selg benda tu xslh dr sisi agama...

ai plg rindu zaman bujg adlh tdo dr pg smpi tghr...skrg dh xblh buat...

bg wife2 yg berkerjy..pastikan duit uols adlh duit uols..xperlu la nk satukan bagai..ai xkan sekali2 satukan duit ai dgn my laling..ckplah apa saja...slmt dia pun paham dan mmg nk gitu jgk...bkn nk mintak benda yg xelok jd..tp be rasional la..skrg ni cerai senang sgt puak2 jejanz ni ckp...mcm xder hape jah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2010 03:13 PM | Show all posts
sedeynye.......................

kalau hubby bena jadi camtu,moga2 bena jadi cam pompuan dlm citer tu

tapi mintak2lah dijauhkan drpd hubby jadi cam tu,sbb tu bena x nk dok umah n bergantung kat hubby w/pun die mampoooooo
duit saya,duit saya,duit awak duit saya mesti cenggini tau...

tapi kalau hubby terdesak n die mintak tolong kenelah tolong ok,tapi rasenye stakat ni alhamdullilah ok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 03:48 PM | Show all posts
errrr pjgnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 04:13 PM | Show all posts
padan muka lakik tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 06:01 PM | Show all posts
org yg menganiaya org lain akan terima balasannye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 07:39 PM | Show all posts
tak semua orang camtu..

what u give u get back..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:43 PM | Show all posts
lenkali seblom dia tinggalkan uols , kekes abes2an .
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:50 PM | Show all posts
btol la org kata..kalau aniaya n tinggalkn isteri pertama secara x baik,Allah akan tarik segala nikmat hidup...so,kpd isteri2 n wanita2 kat luar sana,jangan takut bila ditinggalkan suami n bangkit la untuk masa hadapan
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 08:54 AM | Show all posts
well...sebab tu kena guna otak do not just marry and JUST to ANYONE....sebab kita ingat masalah akan berakhir tapi ..hmm..lebih banyak yg datang so....hati hati.Lelaki yang macam ni , playing the fool ni  percayalah... ni tak ada pun sekelumit kejujuran dalam diri mereka dan dah taraf org tak malu dengan ALLAH so tak payah pandang pun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 09:05 AM | Show all posts
PADAN MUKAAAAA!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 10:05 AM | Show all posts
kalo temantidoxx nih, mesti salahkan pompuan dah looseee.....

tapi inilah kebenaran...yg teraniaya akan diberi ganjaran yg baik...dan wat aniaya akan dibalas kalo x didunia...diakhirat kelak....harap TT tabah, setiap dugaan ade hikmah sebaliknyerrrrr..........itulah yg terbaik buat kite...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2010 10:08 AM | Show all posts
naper skrg ni slalu dengar citer lelaki lupa diri ni  rrr...sian kat anak2 jadi mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 10:34 AM | Show all posts
bersimpati dgn aper yg terjadi....tp sgt berbangga kaum hawa boleh hidup tanpa kaum adam...
the moral of story klau boleh wanita2 diluar sana jgnlah berhenti kerja bila dah berkahwin coz kita tidak tahu aper
yg bakal terjadi dikemudian hari...
Tp saya bersyukur keluarga aman damai setakat hari ini.....ya allah jauhkan keluarga aku dari segala bala...amin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 10:40 AM | Show all posts
kalo temantidoxx nih, mesti salahkan pompuan dah looseee.....

tapi inilah kebenaran...yg teraniay ...
haneco Post at 30-6-2010 10:05



ni bukan pasal diri sy...
just sharing ngan ualls...

kisah seseorg.....

mmg sedih bila jadi cam ni...

seb bek la dia ade anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 11:05 AM | Show all posts
Reply 13# 3dea_mension


   ni lah orang kata susah senang bersama isteri..... tapi bezanya susah ngan isteri lain, senang ngan isteri lain.... maaf cakap.. aku tak paham betul.. org lelaki cuba la fikir cara rasional, kalau pompuan ke2 or ke3 tu ikhlas nak kan dia, deorang akan nak masa dia masih lagi kuli batak...kalau jatuh cinta bila dah bergelar boss, dah bawak merz... itu bukan cinta namanya.... sebab tulah walau dlm apa keadaan isteri pertama lah satu2nya yg sanggup jatuh bangun bersama2.... tapi isteri pertama jugaklah yg selalunya di cop isteri yg paling bodoh.... bodoh sebab sanggup bersusahpayah untuk suami... sedangkan kesenangan akan dinikmati oleh perempuan lain.........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.055888 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list