View: 14693|Reply: 15
|
Realism vs Liberalism
[Copy link]
|
|
Apa ke bendanya Liberalism n Realism ni? Dengar bunyi mcm falsafah politaik. Any ideas? Lagi satu Pluralism. Kalo dalam Comparative Religion ada gak istilah Pluralism. Tapi dlm teori politaik tetiba lak keluar benda ni. Apa pandangan Pluralism ni segi poltaik ya? thanks |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok tak apa aku dah faham dah. Penat aku tunggu orang tolong jawabkan |
|
|
|
|
|
|
|
liberalism ni dalam context jurisprudence adlh ideologi mcm persamaan hak antara semua orang--> which means everyone has the same equality before the law, mcm uphold individual liberty, fair election, equal treatment liberal democracy and etc.
manakala realism pula kalo dalam legal contextnya focus kepada uncertainty in law. contohnya Law in its nature tu, uncertain, vague and has no fixed meaning, berubah2 macam amoeba. would change according to the situation, time and need of the society. Basically legal realism ada 2 movements, satu american realism satu lagi scandanivian.
kalo american punya dia tak foucs sgt dengan theory of law, sbb die focus dengan discretionary power wielded by judges in judicial decision making. contohnya judges ada descretionary power untuk buat judgment ngan tak refer sangat dekat stare decisis. sbb bg dieorg law is associated with other social science contohnya, political, economy, religion, antropology and etc
hehe. tak tahu membantu ke tak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Goodness, ade gak thrid ni dalam ni. Sky dah ler nak exam ni. Thanks. Sky pun tgh baca nanti sky nak catat sikit sarah nyer notes dalam notes sky utk exam |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, ya! dah nak dekat abis sem dah aku belajar teori politaik ni. Walaupun menyampah tapi aku dapat la tangkap sedikit sebanyak intipati ajaran politaik Barat ni. Yang peningnya, pengalaman aku kena apply jugak teori ni dalam ekonomi antarabangsa. Sakit pala hotak aku.
Teori politaik dalam hubungan antarabangsa yang aku belajar terbahagi tiga. Yang aku tanya tu dua aja. Senarai dia:
1) Realism
2) Liberalism
3) Marxism
Yang aku tau, kerangka teori-teori ni boleh digunakan dalam nak kaji tentang hubungan dan tindakan negara atau "states" terhadap yang lain. Ada aktor jugak. Aku rasa mcm nak kongsi ja nota apa yang aku ada bukan sebab apa, sebab aku nak exam sambil-sambil tu tak salah kan orang len pon dapat jugak. Harap-harap board ni org smua berpikiran terbukak lar. Tak macam bod legend, history, mystery. Aku geli dengar perkataan mystery, pastu bod2 tak berkaitan jadi bod epistemologi pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Realism
Yang aku belajar pasal teori ni, realism ni dalam politaik dan hubungan antarabangsa maksud dia macam mengutamakan kepentingan negara dan keselamatan berbanding dengan ideologi, moral, dan pembangunan semula sosial. Istilah realism ni nak dekat-dekat sama dengan maksud politik kuasa. Ni aku trenslet dr wikipedia jer untuk basic. Ada banyak artikel lektrer aku bagi, susah nak baca smua n summarize balik. Harap2 berguna untuk aku jugak
Teori-teori yang dikeluarkan ahli teori ni ada tanggapan2 kunci yang:
1. sistem antarabangsa ni dah lama wujud.
2. sistem antarabangsa ni berterusan aja dok dalam keadaan anarki. tak ada aktor dari negara2 mana pun mampu nak atur interaksi; negara2 kena berhubungan dengan negara2 len secara sendiri daripda ada negara lain yang lagi superior yang aturkan hubungan negara tu dengan negara lain.
3. untuk keselamatan negara, negara tu akan cuba kumpul sebanyak mana sumber yang mungkin.
4. negara tu sniri merupakan satu2nya aktor rasional yang menggerakkan diri sniri terhadap kepentingan negara.
5. ada unsur2 umum ketidakpercayaan terhadap pakatan,kerjasama dalam jangka masa lama.
6. kepentingan negara yang pertama sebab ia adalah punca kepada keselamatan negara dan cara nak idup.
7. hubungan antara negara didorong oleh tahap kuasa yang ada daripada ketenteraan, dan kemampuan ekonomi.
8. penekanan kat moral dan nilai2 dalam hubungan antarabangsa negara hanya menyebabkan komitmen tu jadi tak guna, hubungan diplomtaik jadi rigid, dan menambah panjangkan lagi pertelingkahan.
9. negara berdaulat merupakan aktor utama dalam sistem antarabangsa dan tumpuan utama diberikan kepada negara kuasa besar sebab mereka ada lagi banyak pengaruh di pentas antarabangsa. Institusi antarabangsa, organisasi bukan kerajaan, syarikat multinasional, individu, dan lain-lain sub-negara atau trans-state actors dianggap sebagai hanya ada sikit saja pengaruh bebas.
Nak bagi ringkas, orang berfahaman realism ni percaya yang manusia ni tak selalunya baik. manusia penting diri dan suka bersaing. pandangan ni dikongsi oleh ahli teori macam Thomas Hobbes. Hobbes berpandangan manusia ada sifat egocentric. Bukan semestinya pentingkan diri tapi suka timbulkan konflik sebab dia hanya jaga kepentingan sendiri. konflik takkan timbul kalau ada keadaan yang betul yang membolehkan mereka saling wujud sebelah menyebelah.
Lagi, orang berfahaman ni percaya negara selalunya agresif (offeinsive realism). Terlalu obeses dengan keselamatan (defensive realism) dan perluasan kawasan disekat dengan perlawanan kuasa. Binaan hubungan agresif ni membawa pula kepada dilema keselamatan yang mana peningkatan keselamatan seseorang individu tu boleh bawak kepada ketidakstabilan yang lagi teruk sebab orang yang berlawan tu pun sama2 akan bina senjata sebagai tindak balas.
Makanya, keselamatan jadi zero-sum game sebab hasil nya sama saja. tak ada prinsip sejagat yang mana semua negara boleh guna untuk arahkan tindakan mereka. sbaliknya, sesuatu negara tu kena selalu waspada dengan tindakan negara sekeliling dan mesti guna pendekatan pragmatik untuk selesaikan masalah yang timbul.
kita cakap sikit2 dahulu untuk introduction. karangan harap2 lepas lapan muka surat, selalu aku karangan tak sampai 2 muka surat, hayoooooyoooyooo |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 17-11-2010 23:22
Liberalism
Fikrah awal jadi perintis sebelum munculnya liberalism ni sebenarnya adalah idealism. Idealism atau utopionism ni merupakan istilah yang diguna dengan kritikal oleh sapa2 yang melihat diri dia sebagai seorang realis contoh macam EH Carr.
Idealism dalam hubungan antarabangsa selalu merujuk kepada aliran pemikiran yang dipersonifikasi dalam sejarah diplomatik amerika oleh woodrow wilson. kadang2 idealism aliran ni dirujuk dengan panggilan wilsonianism. idealism berpegang bahawa negara patut jadikan falsafah politik dalamannya sebagai matlamat dasar luarnya. contoh, seorang idealis mungkin percaya bahawa pengakhiran kemiskinan kat rumah patut diikuti dengan menangani kemiskinan di luar negara. Idealism wilson ni merupakan perintis kepada teori liberal hubungan antarabangsa yang akan muncul antara "pembangun2 institusi" lepas perang dunia II.
Aliran liberalims berpandangan bahawa kecondongan negara, lebih daripada kepada kemampuan negara. Yang ini menjadi pendorong kepada tindakan negara. Bukan macam realism yang mana ia melihat negara sebagai satu2nya aktor. liberalism membolehkan pluralism dalam tindakan negara. Jadi kecondongan tiap2 negara tu ada bermacam bergantung kepada faktor2 mcm budaya, sistem ekonomi dan jenis kerajaan. liberalism juga berpandangan interaksi antara negara tak terhad kepada bidang politaik atau keselamatan (politik tinggi) aja. hubungan boleh jadi juga dalam bentuk kebudayaan atau ekonomi (politik rendah) sama ada melalui firmal dagangan, organisasi, atau individu.
Jadi, daripada sistem antarabangsa yang anarki, ada banyak peluang untuk kerjasama dan fahaman yang lebih meluas tentang kuasa macam modal budaya. contoh macam pengaruh filem bawa kepada populariti sesuatu budaya dari sesuatu negara dan menghasilkan pasaran untuk eksport ke sluruh dunia.
anggapan lain, adalah capaian mutlak yang boleh didapati kalau melalu kerjasama dan salingbergantungan. oleh tu keamanan boleh dicapai. teori keamanan demokratik bahaskan bahawa demokrasi liberal tak pernah atau hampir tak nah mencetuskan perang antara negara, perbalahan timbul hanya sikit saja.
Hal ni dilihat sebagai bertentangan dengan teori realist dan ada dakwaan empirik bahawa sekarang ni jadi satu daripada keserabutan dalam sains politaik. Ada banyak penjelasan diajukan untuk keamanan demokrasi. ada dibahaskan mcm dlm buku never at war bhw demokrasi yg aturkan diplomasi umumnya berbeza yang amat sangat daripada non-demokrasi.
Orang fahaman neo-realis tak setuju dengan teori orang liberal ni. mereka selalu petik sebab struktural untuk kemanan berlawanan dengan kerajaan dalam negara. Sebastian Rosato yang kritik teori keamanan demokrasi tunjuk kepada tebiat amerika terhadap demokrasi mencondong ke-kiri di latin amerika masa perang dingin bagi mencabar teori keamanan demokrasi.
satu perbahasan mengatakan salingbergantungan ekonomi menyebabkan kurang perang muncul antara rakan dagangan. Sebaliknya realist kata salingbergantungan ekonomi ni lagi mewujudkan perbalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Marxism
Marxist dan neo-marxist dalam teori hubungan antarabangsa merupakan pandangan strukturalist yang tolak dua2 realis dan liberalis punya pandangan tentang keadaan perbalahan negara atau kerjasama. sebaliknya marxist hanya tumpu kepada ekonomi dan aspek kebendaan aja.
pendekatan perbahasan marxist, kedudukan sejarah kebendaan dan buat tanggapan bahawa kesedaran terhadap ekonomi terjelma daripada benda2 lain. hal ni mebolehkan peningkatan kelas jadi tumpuan kajian. marxist pandangan bahawa sistem antarabangsa merupakan sistem kapitalis berintegrasi dalam usaha nak mengumpulkan modal.
a sub-disiplin dalam pengajian hubungan antarabangsa marxist iaitu pengkajian keselamatan kritikal. pendekatan gramscian bergantung kepada idea antonio gramsci dr italia yang menulis berkenaan dengan penguasaan kapitalisme yang dipegang juga sebagai ideologi.
pendekatan marxist juga memberi ilham kepada ahli teori kritikal macam robert cox yang bahaskan bahawa teori selalunya untuk seseorang untuk sesuatu tujuan.
pendekatan marxist yang agak terkenal jugak dalam teori hubungan antarabangsa adalah teori sistem dunia oleh immanuel wallerstein. idea ni dikesan ada sejak zaman lenin dalam imperialisme: kapitalisme tahap tinggi. teori sistem dunia ni menyatakan bahawa kapitalisme yang diglobalkan telah mencipta negara2 utama yang berperindustrian. negara2 utama ni mengeksploitasi atau manipulasi negara2 periferi di dunia ketiga. malaysia masuk negara mana? malaysia negara semi-periferi
idea2 ni smua dibangunkan oleh aliran kebergantungan amerika latin. neo-marxist atau marxist baru punya pendekatan kembali semula kepada tulisan karl marx utk ilham mereka. idea2 utama marxist baru datang dari justin rosenberg dan benno teschke. marxist punya pendekatan juga melalui zaman pembaharuan sejak kejatuhan communisme di eropah timor.
kritikan terhadap pendekatan hubungan antarabangsa marxism ni termasuklah tumpuan sempit semata2 kat kebendaan dan aspek ekonomi dalam idop aja. |
|
|
|
|
|
|
|
Nota yang lektrer aku bagi masa dia membebel tengah bengang kat orang katanya pasai x baca. aku sempat mencatat2 semasa itu dengan tulisan macam cakar ayam haram jadah btoi, bg artikel berjela2 tulisan kecik mana la orang nak buleh baca. sakit pala hotak kami
Liberalism
John Locke
John Locke ni ahli teori abad ke-17 M.
kaw of nature (undang2 alam) wujud sblom politaik, dikurniakan Tuhan.
undang2 alam melampaui keperluan politaik dan mutlak.
Tuhan jadikan semua kita sama, kita boleh gerakkan prinsip2 asas politaik.
natural rights (hak2 semulajadi) untuk bebas daripada sebarang kuasa yang kita tak suka atau memegang harta.
state of nature masih lagi dalam keadaan anarki tapi masih ada pegang kepada nilai moral atau peraturan macam jangan bunoh manusia lain.
tak ada siapa2 menguatkuasakan peraturan moral, tapi ia masih terpakai.
Liberalisme Locke ni mempertahankan hak2 manusia, pengagihan semula kekayaan daripada yang kaya kepada miskin, dan asasnya orang kaya tak ada hak nak rampas harta orang lain.
Benthan Jeremy
ni pelopor aliran utilitarianisme.
berdasarkan penilaian politaik atas sesuatu yang boleh dianggarkan.
memaksimumkan utiliti (kepenggunaan), konsep kepenggunaan ni memberikan kandungan kepada kategori macam baik dan jahat, betul atau salah.
negara2 sangatlah penting, tapi projek2 membina undang2 antarabangsa patut korbankan idea kepentingan kebangsaan (national self-interest), idea sejagat tentang "kebahagian agung bagi semua negara" diambil sekali.
aliran ni menekankan berbincang dalam penyelesaian masalah daripada pakai kuasa.
Immanual Kant
ni pelopor kosmopolitanisme.
tugas mutlak melayan manusia sebagai agen moral yang autonomi.
imperatif moral dikategorikan berbanding jadi sesuatu yang instrumental.
mesti bertindak dengan moral, sebab ia satu kewajipan bukan sebab ia bawa keuntungan.
hey, menyesal aku tak buat macam ni dari awal
ia berguna untuk diri aku sniri |
|
|
|
|
|
|
|
Konstruktivisme
bermula dengan premis bahawa dunia ini lebih condong ke sosial drpd kebendaan.
kepentingan aktor n identiti x diberikan.
kepentingan dan identiti aktor muncul dalam situasi interaksi, dibentuk secara sosial.
maknanya, corak stabil dalam hubungan antarabangsa merupakan kesan drpd persefahaman yang dikongsi bersama oleh aktor2 mengenai persekitaran mereka, peranan mereka, dan lain2.
Behaviorialisme
pergerakan yang ada makna besar juga dalam sains politik lepas perang yang menuntut penghasilan generalisasi yang bentuk macam undang2 tentang kehidupan politaik berdasarkan kepada kajian yang canggih n bentuk kuantitatif selalunya atas sesorang individu juga kajian tebiat politaik secara terkumpul.
aliran ni beri pengaruh besar kepada aliran neo-functionalism dan transnationalism.
* apakah dia dependent variable (atau pembolehubah bergantung)?
- ahli analisis fenomena cuba untuk menghuraikan sesuatu.
- isu yang ada kekeliruan dalam pengajian EU (Kesatuan Eropah) atau EC (Komuniti Eropah). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
engkorang ni betul2 menyusahkan orang ler...
kalau engkorang ni cikgu dan aku jadi murid korang, mau mati terkangkang ler aku tak paham menda...
baca tulisan2 kat atas tu pun aku rasa aku baru turun dari marikh yg tak paham menda cakap manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk paham apa itu realism, liberalism dan pluralism bagitau dulu apa kata dasar dia... ie apa itu real atau reality, liberal dan plural... dan apa maknanya
lepas tu tambah ism2 kat belakang dia, jadilah ia teori atau doktrin atau kepercayaan atau ideologi... beritau apa definisi2 umumnya
dah paham barulah kaitkan dgn bidang2 falsafah, politik, ekonomi, perundangan, perdagangan, seni, agama, sosial dll dll...
tambah ist kat belakang misal real jadi realist, liberal jadi liberalist dll untuk mengetahui siapa tokoh2 atau penganut2nya...
lepas tu tengok plak bagaimana dan oleh siapa ism2 tu digunapakai dlm pelbagai bidang untuk nampak apa jadi...
baru boleh nampak jelas...
itu kalau korang nak ajar aku ler...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perkataan2 tue semua ada dalam falsafah sains sosia...
adeiiiiiiiii...
aku kne present tntg menda2 nie next week...
seb baik ada inf0 ciput kat sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ade test esok ni.satu sem belajar xpaham.thanks la korang ade penerangan ciput kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Realism |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|