CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 1

[Sarawak] Masih perlu buat permohonan untuk masuk Sarawak

[Copy link]
Post time 17-10-2021 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 17-10-2021 12:10 PM

Perlu buat permohonan untuk masuk Sarawak[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]

[size=0.9]
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

[size=0.9]


[size=0.9]
Kuching: Bukan warganegara dan warganegara Malaysia yang tidak berasal dari Sarawak masih perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak sebelum memasuki negeri itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan, pengecualian arahan itu diberikan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Menurut JPBN Sarawak, mereka hanya perlu menunjukkan surat pengesahan daripada ketua jabatan dan permit kerja sah (jika berkenaan) sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Pekerja sektor swasta juga diberikan pengecualian dan mereka perlu menunjukkan surat pengesahan majikan dan permit kerja sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.

"Bukan rakyat Sarawak yang berkahwin dengan pasangan berasal dari Sarawak juga tidak perlu mohon EnterSarawak, tetapi hanya perlu tunjuk sijil perkahwinan sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.

"Anak pasangan yang berasal dari Sarawak yang dilahirkan di luar Sarawak (negeri-negeri lain dalam Malaysia) juga hanya perlu menunjukkan sijil lahir sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS," menurut JPBN Sarawak.

Turut diberi pengecualian ialah pemegang visa Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang hanya perlu menunjukkan dokumen pas visa sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS.

Selain itu, kesemua mereka juga perlu mengisi Borang Deklarasi e-Health (eHDF) dan wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi.

Disiarkan pada: Oktober 17, 2021 @ 10:14am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2021 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka confirm sudah anak kepada pasangan Sarawak yg lahir di luar Sarawak tak perlu passport. Hanya sijil lahir.

Macam tau2 je last week ada cerita pasal benda ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.709529 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list