SARIKEI: Seorang lelaki terselamat selepas pacuan empat roda Produa Kembara yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Simpang Mudong, Sebangkoi, petang semalam. Insiden kira-kira jam 5.55 petang itu bagaimanapun mengakibatkan mangsa berusia 42 tahun mengalami kecederaan di bahagian dalaman.
Ketua Balai dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan menghala ke Saratok.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dilaporkan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah yang bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mahmudin berkata, sepasukan Bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Haron Jenai bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.59 petang.
Sebaik tiba di tempat kejadian katanya, mangsa masih berada di dalam kenderaannya dalam keadaan sedar.
“Mangsa tidak tersepit dikeluarkan oleh pihak Bomba lalu membawa ke Hospital dengan menggunakan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).
“Setelah mangsa diserahkan kepada Unit Kecemasan Hospital pihak Bomba betolak balik ke balai,” katanya.
sarawakvoice.com/2021/10/18
|