CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Sarawak] Bajet 2022 beri keutamaan penduduk luar bandar Sarawak

[Copy link]
Post time 18-10-2021 03:04 PM | Show all posts |Read mode


MUKAH: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluluskan bajet bagi kawasan luar bandar di bawah Seksyen 11, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dalam mesyuarat khas Bajet 2022.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, bajet tersebut akan mengutamakan penduduk luar bandar terutama dari segi pembangunan, pertanian, kebajikan serta pendidikan.

“Untuk mengeluarkan duit rizab dalam kerajaan negeri di dalam Ordinan Darurat adalah kuasa mutlak oleh Ketua Menteri ataupun Kabinet.

“Walau bagaimanapun, sebagai kerajaan yang telus dan prihatin kepada rakyat, kita adakan mesyuarat khas, di mana saya sendiri turut menghadiri mesyuarat tersebut, demi ketelusan kerajaan GPS  kepada rakyat di negeri Sarawak,” katanya ketika ditemubual di pejabatnya, Pusat Khidmat DUN Balingian, pada Ahad.

Sementara itu, beliau memberitahu, bajet tersebut merangkumi dana asas terutama sekali kepada peniaga-peniaga kecil, dana baru Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang akan disambung, dan juga skim rumah pertama dengan bantuan daripada kerajaan negeri berjumlah RM10,000 bagi membantu pembayaran deposit rumah.

Tambah beliau lagi, bajet 2022 adalah bajet defisit yang mana kekurangan hasil pendapatan berbanding perbelanjaan yang diperlukan akibat serangan wabak COVID-19 yang melanda negara pada tahun 2019.

Dalam pada itu, bajet defisit adalah antara usaha kerajaan untuk pengunjuran ekonomi supaya ianya pulih seperti sediakala.


sarawakvoice.com/2021/10/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.041828 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list