CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Sabah] PKK Sabah KDN adakan Program Pemuliaan Al Quran dan Pelupusan

[Copy link]
Post time 18-10-2021 03:17 PM | Show all posts |Read mode


PELUPUSAN: Kerja-kerja pelupusan sedang dilakukan.

TUARAN: Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK Sabah) Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Program Pemuliaan Al Quran dan Pelupusan dengan kerjasama Masjid Haji Sidek, Kampung Bolong Baru, Tuaran.

Program Pemuliaan Al-Quran dan Pelupusan ini merupakan julung-julung kalinya diadakan oleh PKK Sabah dan juga amnya di Sabah yang menggunakan kaedah pelupusan Al-Quran dan Bahan Al- Quran dengan menggunakan Relau yang dicipta khas di tapak pelupusan Al-Quran rosak di Masjid Haji Sidik, Kg. Bolong Baru, Tuaran mengikut kelulusan dan garis panduan KDN.

Program ini melibatkan aktiviti pengumpulan Al-Quran dan Bahan Cetakan Al-Quran yang telah rosak dan koyak yang dibawa oleh Bahagian PKK Sabah yang melibatkan keseluruhan 750 Naskah Al-Quran yang menyalahi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986) serta 1535 Bahan Al-Quran yang menyalahi Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984).

Kesemua bahan-bahan ini telah di angkat ke Jawatankuasa  Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ)  dan telah mendapat kelulusan Lembaga untuk dilupuskan.

Pelancaran Program Pemuliaan dan Pelupusan Al -Quran tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri, Negeri Sabah Mohd Nashuddin Haji Daud.

Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah Pengerusi Masjid Haji Sidek Kg. Bolong Baru Tuaran Mohd Hadri Mohd Dait, Mohd Hailmi Misbah, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Tuaran dan semua Ahli Jawatankuasa Masjid Haji Sidek, Kg. Bolong Baru, Tuaran.

Turut diadakan juga pada Program tersebut adalah Pameran Pendidikan dan Pencegahan yang bertujuan memberi kesedaran serta pengetahuan kepada kariah Masjid Hj Sidek, Kg. Bolong Baru serta  penduduk kampung dengan mempamerkan beberapa bahan Al-Quran dan kesalahan Naskah Al-Quran yang menyalahi akta (APTQ 1986 dan AMCP 1984).

Sekalung penghargaan juga buat Ketua Seksyen Standard dan Pematuhan KDN, PKK Sabah Ahmad Syukry Suaed yang merupakan Penyelaras Program tersebut bersama Ketua Unit Regulatori Al Quran serta Hadith Awang Sharin Ahmad, Jawatankuasa Masjid Haji Sidek, Kg Bolong Baru, Tuaran, serta semua Jawatankuasa Pelupusan PKK Sabah yang terlibat dalam menjayakan program ini.


utusanborneo.com.my/2021/10/18


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.319842 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list