CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 5

[Sarawak] 40 minit dari Kuching ke Gedong

[Copy link]
Post time 18-10-2021 03:36 PM | Show all posts |Read mode


SIMUNJAN: Pembangunan infrastruktur sedang giat dilaksanakan di kawasan Gedung dan akan memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya penduduk di sekitarnya apabila siap kelak.

Adun Gedong Datuk Mohd Naroden Majais berkata, salah satu projek besar yang dilaksanakan adalah pembinaan jalan baharu melintasi ladang kelapa sawit dari Gedong ke kawasan Ulu Simunjan sepanjang 35 kilometer dengan kos RM150 juta.

“Sekarang perjalanan dari Kuching ke Gedong mengambil masa sekitar satu setengah jam melalui Serian. Justeru, setelah jalan baharu siap, ia menjimatkan masa dan perjalanan dari Kuching ke Gedong… hanya memakan masa 40 minit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 (Pertanian & Kediaman) serta Majlis Pelancaran Skim Pembesaran Kampung Gedong Baru, di sini, pada Sabtu.

Katanya, antara projek lain yang dibangunkan di Gedong adalah penubuhan dua gereja baharu untuk komuniti Kristian di Ulu Simunjan. “Ia masih dalam perancangan, tetapi dana sudah ada dan arkitek juga sudah membuat reka bentuknya,” jelas beliau.

Menurut Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusaan Kecil dan Sederhana itu juga, terdapat pelbagai projek besar lain yang dilaksanakan di kawasan Gedong termasuk dengan pembinaan jambatan, projek bekalan air dan banyak lagi.

“Projek berkenaan juga mungkin tidak dapat disiapkan dalam tempoh setahun kerana ada yang sedang berjalan dalam pembinaan dan dalam kajian… jadi dari tahun lepas ia dijangka siap tiga tahun yang akan datang (tempoh masa lima tahun),” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, beliau memaklumkan permohonan secara maya untuk lot perumahan dan Perumahan Pertiwi kini boleh dilakukan susulan pelancaran Skim Pembesaran Kamping Gedong Baru, Simunjan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.


suarasarawak.my/2021/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2021 04:29 PM | Show all posts
Sarawak ni KAYA. Kaya ngn oil gas royalties,hasil timber. Tp sedih dh bpuluh tahun such revenue hasn't been properly utilised @ distributed for the benefit of their ppl. Basic infrastructure mcm elektrik ngan bekalan air bersih masih byk tpt xsampai especially kt kaw jauuhhh kt pendalaman. By right ngn dorg punya abundance of wealth boleh bdiri sama tggi ngn industrialised states mcm sgor/penang. Tumpang gembira with this news. Harap d permudah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2021 08:02 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 18-10-2021 04:29 PM
Sarawak ni KAYA. Kaya ngn oil gas royalties,hasil timber. Tp sedih dh bpuluh tahun such revenue hasn ...
sangat setuju ...

sebab tu masa arwah Tok Nan memerintah sekejap ... tarik nafas lega ... walaupun sekejap... nampak ketara perubahan yang beliau bawa ...
sebab tu nak salah kan orang lain atas kemunduran Sarawak ni tak juga ...


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2021 12:11 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 19-10-2021 08:02 AM
sangat setuju ...

sebab tu masa arwah Tok Nan memerintah sekejap ... tarik nafas lega ... walaupun ...

Nk salahkn mantan chief minister yg paling lama boleh x ? Keee...sedara mara FC? Ampuunn beribu ampun..tp mmg sedih. Jalan,api,air menda basic ya. And royalties tu biliyun2 yearly. Mcm kt tganu pn ada royalty minyak tp kualiti jalan dia... dlu nk blk ke sskjp seblom LPT siap, rasa perit sgt2.(itu br kualiti jln)  Xleh byg perit org sana. It's been going on fr decades. Ruginyaa lahai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2021 03:39 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 19-10-2021 12:11 PM
Nk salahkn mantan chief minister yg paling lama boleh x ? Keee...sedara mara FC? Ampuunn b ...
nak kutuk... kutuk ja ... at your on risk gtu2

sebab tu my idola hanya arwah Tok Nan ... moga d tempatkan bersama-sama orang yang beriman ... aamiin

sekarang ...?
no komen ...takat ni takde yang menyerlah hasil pimpinan nya ...


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2021 11:49 PM | Show all posts

I reserved my comments then. Mau hidup aman2. Tua2 ni xmau carik gaduh ngn sapa dh. Tq FC slalu bg credit. Rasa mcm xdeserved pn ada. Komen gtu2 ja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.318564 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list