CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 0

[Terengganu] Simbah minyak pelincir supaya anggota APMM mudah terjatuh

[Copy link]
Post time 18-10-2021 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Simbah minyak pelincir supaya anggota APMM mudah terjatuh[size=0.8][size=0.9]Zaid Salim
[email protected]


Ariffin (uniform putih) menunjukkan hasil rampasan ikan. FOTO ZAID SALIM





Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan Vietnam membabitkan nilai rampasan RM3 juta, Sabtu lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot berkenaan bersama 18 awak-awak termasuk tekong berusia 17 hingga 55 tahun ditahan di kedudukan 60 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu antara jam 4 hingga 5 petang.

Katanya, kehadiran bot terbabit secara haram di perairan negeri ini dikesan kapal peronda KM Gemia yang menjalankan rondaan Ops Kuda Laut di kawasan berkenaan.

"Ketika dikesan, nelayan terbabit sedang melakukan penangkapan menggunakan kaedah tunda ganding dan sebaik menyedari kehadiran kapal APMM, nelayan terbabit segera memotong tali pukat sebelum cuba melarikan diri.

"Namun usaha untuk meloloskan diri gagal apabila kedua-dua bot terbabit ditahan walaupun ada cubaan melanggar kapal APMM," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain merampas empat tan hasil laut, pihaknya turut merampas 2,500 liter diesel serta peralatan menangkap ikan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM3 juta.

Menurutnya, pihaknya percaya nelayan terbabit sudah sebulan berada di laut dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu bot daripada Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, katanya, nelayan terbabit dikatakan menggunakan taktik baharu apabila menyimbah pelincir di atas lantai bot bagi menghalang bot berkenaan dinaiki anggota APMM.

"Taktik ini dilakukan dengan harapan anggota penguat kuasa terjatuh ke laut ketika melompat ke atas bot mereka untuk tujuan pemeriksaan.

"Mereka dikesan menggunakan anjing bagi menghalang anggota naik ke bot mereka," katanya.

Beliau berkata, bot terbabit dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu untuk disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Katanya, sejak Ops Kuda Laut dilancarkan Jun tahun lalu, sebanyak 126 bot nelayan Vietnam membabitkan awak-awak seramai 1,300 orang berjaya ditahan.

Disiarkan pada: Oktober 18, 2021 @ 6:47pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.041424 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list