CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 0

[Pahang] Lori tangki muatan diesel terbakar

[Copy link]
Post time 18-10-2021 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Lori tangki muatan diesel terbakar
ROSILAWATI ROSEDI | | 18 Oktober 2021


Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada lori tangki tersebut di KM 135.8 di LPT 1, pada Isnin. -Foto ihsan bomba


TEMERLOH - Sebuah lori tangki muatan diesel terbakar menyebabkan kebocoran bahan api itu di Kilometer 135.8 dekat Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 arah Barat, pada Isnin.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba, Syed Mohsen T Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 2.58 petang.


Menurutnya, seramai tujuh anggota dari BBP Temerloh dan dua lagi dari BBP Bukit Angin dengan sebuah jentera pemadam, ambulan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta tangki air terlibat dalam operasi tersebut.


"Dua aliran salur bantu digunakan untuk memadam dan mengawal kebakaran serta satu aliran gelung dari pam bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Jelasnya, jentera juga mengambil bekalan air dari pili bomba di hentian rehat dan rawat (R&R) sebelum tangki air dari Bukit Angin tiba.


Beliau memberitahu, kemusnahan melibatkan 80 peratus dan operasi tamat pada jam 4.52 petang.


"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tan-diesel-terbakar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.195117 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list