CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Sarawak] JPBN Sarawak pastikan masyarakat Penan Ulu Baram disuntik vaksin

[Copy link]
Post time 20-10-2021 01:20 AM | Show all posts |Read mode
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) akan berusaha memastikan masyarakat Penan di Ulu Baram menerima vaksin COVID-19.

Menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerajaan akan meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat untuk meyakinkan golongan berkenaan.

“Sekarang kita menyediakan bekalan vaksin CanSino.

“Vaksin dos tunggal ini adalah pilihan yang baik untuk mereka dan petugas perubatan kita akan pergi ke kawasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.



Sementara itu, ketika kumpulan etnik minoriti ini hidup secara berselerakan di enam penempatan berlainan di Ulu Baram, Uggah turut bersetuju dengan cadangan Pegawai Kesihatan Bahagian Miri  Dr Raviwharmman Packierisamy agar sepasukan perubatan sukarela diketuai oleh doktor dari Jabatan Kesihatan negeri termasuk pesara kakitangan perubatan dari Baram untuk melawat ke kawasan penempatan berkenaan.

“Pasukan ini akan pergi ke kawasan-kawasan pedalaman untuk memberikan rawatan perubatan dan pergigian selama beberapa hari. Mereka mempunyai hubungan erat dengan penduduk tempatan dan telah mendapat kepercayaan mereka.

“Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan kewangan kepada pasukan kesihatan untuk bantu masyarakat Penan,” katanya


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.131620 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list