CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Sabah] Sabah mula laksana vaksin dos penggalak hari ini

[Copy link]
Post time 20-10-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode


DOS PENGGALAK: Hajiji (tengah) menerima suntikan vaksin dos penggalak sempena dengan program itu.

KOTA KINABALU: Kira-kira 60,000 petugas barisan hadapan dan 193,953 warga emas serta golongan berisiko tinggi di negeri ini layak mendapatkan vaksin dos penggalak (booster) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan bermula hari ini.

etua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, program vaksin dos penggalak di Sabah akan dilaksanakan dalam dua peringkat.

Katanya, peringkat pertama melibatkan petugas barisan hadapan kesihatan dan juga bukan kesihatan bermula 20 Oktober hingga 20 November depan.

Menurutnya, peringkat kedua dilaksanakan bermula 2 November depan membabitkan warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan yang menghidap penyakit berisiko tinggi.

Beliau berkata, menerusi PICK, vaksin dos penggalak diberikan percuma kepada penerima secara sukarela sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan selepas lengkap vaksinasi dos kedua.

Buat masa ini jelasnya, Kementerian Kesihatan memilih dos penggalak hanya untuk mereka yang menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech atau Comirnaty.

"Walaupun vaksin dos penggalak adalah pilihan untuk individu, pengambilannya amat disarankan bagi mengoptimumkan perlindungan dari jangkitan COVID-19.

"Dos penggalak ini juga untuk mereka yang mendapati imuniti semakin berkurangan selepas enam bulan melengkapkan vaksinasi.

"Pemberian vaksin dos penggalak di negeri ini akan dilaksanakan di fasiliti kerajaan dan swasta yang terpilih di bawah pemantauan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd," katanya ketika melancarkan program berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang berkelayakan akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera manakala Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan memaklumkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera.

Dalam pada itu, Hajiji turut menggesa rakyat supaya tidak mengabaikan arahan berikutan kebenaran rentas daerah dan negeri serta pembukaan semula beberapa sektor ekonomi di negeri ini.

"Kita perlu memastikan semuanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi melindungi bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang di sekeliling kita terutama ahli keluarga.

"Mereka yang belum menerima vaksin perlu segera mendapatkannya di PPV terdekat, hospital dan klinik atau mengunjungi program outreach yang dilaksanakan berhampiran kawasan masing-masing.

"Silalah dapatkan vaksin dalam usaha kita untuk melandaikan lekuk COVID-19 sebanyak yang mungkin," katanya.

Sempena dengan program itu, beliau mendahului barisan menteri Kabinet untuk menerima vaksin dos penggalak.

Setakat 18 Oktober lepas katanya, 70.8 peratus orang dewasa berumur 18 tahun ke atas di Sabah lengkap dua dos vaksinasi manakala, 319,707 atau 73.7 peratus penduduk remaja berumur 12 tahun ke atas menerima satu dos vaksin.

Menurutnya, sekitar 50.3 peratus atau 218,367 remaja berumur 12 tahun ke atas berjaya melengkapkan vaksinasi di Sabah.

Hajiji berkata, sejumlah 2,355,859 juta rakyat Sabah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, manakala 2,140,780 juta lagi belum lengkap vaksin.


utusanborneo.com.my/2021/10/20

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.043121 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list