CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1044|Reply: 0

[Sarawak] PRN-12: SNAP Baru beri sokongan penuh kepada PSB

[Copy link]
Post time 24-10-2021 08:33 PM | Show all posts |Read mode


Edmund (dua kanan) bersama Wong, Rayong, Ranum dan ahli tertinggi SNAP Baru mengadakan sidang media di sini hari ini.

KUCHING: Presiden Protem Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Baru Edmund Stanley Jugol menyatakan parti itu memberi sokongan penuh kepada Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) nanti.

Beliau menegaskan, sokongan itu bagi mencapai misi untuk menang pada PRN-12 sekali gus membentuk gabungan kerajaan Sarawak baharu.

"PRN-12 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang, justeru kami (SNAP Baru) ingin menyatakan pendirian kami dalam perkara ini.

"Oleh itu, kami (SNAP Baru) ingin menyeru dan meminta semua ahli SNAP termasuk para penyokong yang setia memberi sokongan penuh kepada PSB dalam PRN-12 nanti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PSB di sini hari ini.

Jelas Edmund, SNAP Baru dan PSB adalah sama DNA yang merupakan parti pelbagai kaum yang menerima keahlian daripada semua bangsa yang ada di Sarawak sekali gus tidak meminggirkan mana-mana kaum yang ada di negeri ini.

Malah, tambahnya, SNAP Baru juga mengiktiraf PSB yang dipimpin Dato Sri Wong Soon Koh (Presiden PSB) kerana ideologi dan prinsip yang sama iaitu pelbagai kaum, pelbagai budaya dan inklusif untuk semua rakyat Sarawak.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan SNAP Baru kini dalam proses pendaftaran dan permohonan pendaftaran parti tersebut dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Ogos tahun lepas.

"Bila-bila masa SNAP Baru akan didaftarkan, kami akan terus memberi sokongan dan bekerja rapat dengan PSB dalam matlamat mencapai misi membentuk kerajaan Sarawak yang baharu," ujarnya.

Selain itu, Edmund berkata, SNAP sebelum ini mempunyai kira-kira 100,010 ahli sebelum parti tersebut dibatalkan pendaftaran oleh ROS pada 2002.

Sementara itu, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan mengalu-alukan kerjasama dan sokongan padu yang diberikan SNAP Baru kepada partinya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan sokongan yang dinyatakan SNAP Baru menerusi Presiden Protemnya Edmund kepada PSB.

"Dalam menghadapi PRN-12 ini, kita amat memerlukan sokongan daripada semua termasuk dari para penyokong SNAP Baru demi masa depan Sarawak," katanya.
Jelasnya, pada PRN-12 nanti, PSB menjangkakan akan bertanding lebih 70 kerusi DUN.

Hadir sama ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, ADUN Opar Dato Ranum Mina dan ahli-ahli tertinggi protem SNAP Baru.


utusanborneo.com.my/2021/10/24




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.169909 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list